ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Helikopter digunakan untuk menurunkan pasukan STAR bagi menjalankan operasi menyelamat.
KUANTAN - Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia( Maritim) melancarkan pemeriksaan secara rambang ke atas kapal-kapal yang melalui perairan negara dengan menggunakan anggota penguat kuasa mereka daripada Special Task dan Rescue Team (STAR).
Ketua Penolong Pengarah Kanan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Kapten Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, pemeriksaan rambang oleh pasukan STAR dilakukan menerima tindakan menggunakan tali menuruni helikopter Maritim ke atas kapal yang sedang belayar.
Menurutnya, pemeriksaan itu adalah sebagai langkah keselamatan khas kepada kapal milik dan berdaftar di Malaysia.
"Ini secara tidak langsung membolehkan Maritim melakukan pemeriksaan penguatkuasaan ke atas kapal-kapal dengan lebih cepat dan efektif terutama kepada kapal yang berada di laluan titik panas dan yang memerlukan bantuan segera.
"Pendekatan ini diambil untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan kapal-kapal yang melalui perairan negara agar kejadian rompakan kapal boleh dibanteras dengan lebih awal," katanya kepada media pada Program Pelancaran Pemeriksaan Rambang di Perairan Negara di sini, semalam.
Robert berkata, pasukan STAR yang berperanan sebagai pasukan elit Maritim digunakan dalam operasi khas ke atas kapal yang dirompak dan juga ke atas kapal yang mengalami situasi berisiko tinggi.
Beliau berkata, pegawai dan anggota STAR yang mendapat latihan khas daripada pasukan elit Angkatan Tentera Diraja (ATM), US Coast Guard an Japan Coast Guard.
"Pasukan STAR telah melakukan lebih 15 pemeriksaan force boarding dari helikopter Maritim ke atas kapal-kapal.
"Antara operasi khas yang telah disertai ialah Ops Jerung Emas, Ops Khas Sateria Selatan, Ops Cegah Penyelewengan Diesel, Ops Vesel MT Ocean Eleven dan Ops Lanun," katanya.
Dalam pada itu katanya, sehingga kini, Maritim telah menangkap dan mendakwa 40 perompak yang terlibat dalam kes-kes rompakan di laut.
"Dari segi sudut pemeriksaan penguatkuasaan pula, Maritim melakukan 203,556 pemeriksaan ke atas kapal dan bot dari tahun 2006 hingga Jun 2015 manakala jumlah tangkapan 8,597 bagi pelbagai kesalahan," katanya.
Pada pelancaran pemeriksaan rambang yang dilakukan di atas kapal MT Orkim Harmony itu, demonstrasi menyelamat oleh pasukan STAR turut dilakukan.