BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

APMM Pulau Pinang Tahan Dua Kapal Pindah 700,000 Liter Diesel Secara Haram

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,162
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,162
Reaction score
346
Points
141
4394bf03a65a8eddca4e71d481e9110f69db68434bbe2

16a32a936bb7d584d86f2e6b73018dca69db6858b3f43

Kredit : APMM Pulau Pinang

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang berjaya mematahkan cubaan memindahkan kira-kira 700,000 liter minyak diesel secara haram dengan penahanan dua kapal tangki bersama 22 kru dalam operasi di perairan Bagan Ajam, malam semalam.

Pengarah APMM Pulau Pinang Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata tindakan itu hasil maklumat risikan yang diterima seawal 10.45 pagi berhubung pergerakan mencurigakan dua kapal yang bersauh di lokasi berkenaan.

Beliau berkata susulan maklumat itu, satu operasi bersepadu digerakkan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Pulau Pinang sebelum sebuah bot peronda APMM dihantar ke lokasi untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua kapal berada dalam keadaan bergandingan dan disyaki menjalankan aktiviti pemindahan minyak dari kapal ke kapal tanpa kebenaran.

"Pemeriksaan lanjut mendapati kegiatan itu melibatkan pemindahan minyak diesel Euro 5 dianggarkan sebanyak 700,000 liter, manakala anggaran keseluruhan rampasan minyak mencecah 800,000 liter," katanya dalam kenyataan hari ini

Muhammad Suffi berkata operasi itu turut membawa kepada penahanan 22 kru terdiri daripada warga Malaysia, Myanmar, Rusia, Filipina dan Indonesia yang berada di kedua-dua kapal berkenaan.

Beliau berkata nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM2.33 bilion, merangkumi dua kapal tangki serta muatan diesel Euro 5 yang cuba diseludup dianggarkan bernilai RM5.43 juta.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 491B (1)(k) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana melakukan aktiviti pemindahan kapal ke kapal tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

“Siasatan turut dijalankan di bawah Akta Kastam 1967 susulan kegagalan mengemukakan dokumen berkaitan pemindahan minyak serta pengisytiharan kargo,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register