BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Iran secara rasmi umum Selat Hormuz ditutup kepada kapal sekutu musuh

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
3473814.webp

Jika terdapat pihak yang berdegil, mereka bakal berhadapan tindakan tegas.- Agensi

TEHERAN – Pasukan Pengawal Revolusi Islam (IRGC) pada Jumaat mengeluarkan arahan rasmi bahawa Selat Hormuz kini ditutup dan semua kapal yang bergerak dari atau ke pelabuhan sekutu musuh Iran dilarang.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Perhubungan Awam IRGC, tindakan itu susulan apa yang digambarkan sebagai 'pembohongan Presiden Amerika Syarikat yang korup' mengenai status keterbukaan selat strategik tersebut.

Menurut kenyataan itu: "Pagi ini, tiga kapal kontena dari pelbagai negara cuba memasuki koridor yang dibenarkan untuk kapal sah tetapi telah dihalang dan diarahkan berpatah balik oleh Tentera Laut IRGC."

IRGC menegaskan bahawa 'sebarang pergerakan dalam Selat Hormuz akan dihadapi dengan tindak balas keras'.

Selain itu, transit kapal 'dari atau ke' pelabuhan sekutu dan penyokong musuh Zionis-Amerika, tidak kira destinasi atau koridor yang digunakan diharamkan sepenuhnya.

Langkah ini menambah ketegangan di kawasan Teluk yang strategik yang mana kira-kira 20 peratus pengeluaran minyak global dan gas asli cecair melalui Selat Hormuz setiap hari.

Kenyataan IRGC itu dijangka akan memberi impak besar terhadap pasaran tenaga global, terutamanya ketika harga minyak telah melonjak susulan konflik di Asia Barat.- Agensi

 
Back
Top
Log in Register