BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amukan di sekolah Hat Yai, remaja lepaskan tembakan rambang

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,808
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,808
Reaction score
98
Points
80
tembak-hat-yai.jpg

Polis dikerahkan ke Sekolah Phatong Prathan Keeriwat di Hat Yai semalam. - Biro Siasatan Pusat

BANGKOK – Seorang remaja  lelaki bersenjata yang menyerbu sebuah sekolah di selatan Thailand semalam telah ditahan, dengan tiga orang cedera dalam kejadian itu, lapor akhbar Global Times.

Polis Thai berjaya mengawal suspek yang menyerbu sekolah di daerah Hat Yai, wilayah Songkhla, petang semalam, demikian menurut pejabat perhubungan awam wilayah tersebut.

Tiga individu cedera dalam serangan itu, termasuk pengetua sekolah dan seorang pelajar perempuan yang cedera parah.

Seorang lagi pelajar perempuan mengalami kecederaan ringan, kata Gabenor wilayah Songkhla, Ratthasart Chidchoo. Ketiga-tiga mereka telah dibawa ke hospital untuk rawatan.

Suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 17 tahun, juga cedera dan telah dimasukkan ke hospital.

Pihak berkuasa berkata, keadaan mentalnya tidak stabil dan dia  telah menerima rawatan psikologi pada Disember 2025.

Motif serangan mungkin berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap guru-guru di sekolah itu, demikian menurut maklumat awal.

Dalam kejadian tersebut, sejumlah pelajar dan guru terperangkap di sekolah ketika unit polis mengepung bangunan tersebut.

Polis kemudian mengesahkan bahawa suspek menyerah diri selepas pertempuran selama dua jam sebelum dia ditahan. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register