sawamura
Legendary Member

- Messages
- 12,479
- Joined
- Mar 24, 2010
- Messages
- 12,479
- Reaction score
- 926
- Points
- 161
boleh bagi rujukan kitab dan ijmak yg dinyatakan?
bukankah hadith Nabi ini lebih terang...
"Rasulullah saw menjama'kan solat Zohor dan Asar di Madinah, pada masa itu tiada ketakutan dan tidak pula musafir, Abu al-Zubair berkata : Aku bertanya kepada Sa'ed (iaitu Ibn Jubair), Kenapa baginda melakukan begitu? Dia berkata, Aku telah bertanya Ibn 'Abbas soalan yang sama, dan dia berkata : Dia tidak mahu sesiapa dikalangan umatnya menghadapi kesukaran" [Hadith Riwayat Muslim #705].
tak dinafikan bahawa terdapat byk hadith tentang fiqh. tetapi kene ingat, hadith (seperti juga firman Allah SWT) tidak boleh ditafsir secara terus tanpa penjelasan ulamak kerana dikhuatiri mempunyai makna tersirat.
Ini juga menjawab persoalan kenapa wujudnya ijmak dikalangan ulamak dan mazhab2. mazhab2 wujud berlandaskan alquran dan assunnah sementara mempraktikkan kepada kehidupan dan cara hidp pengikutnya. satu hadith (atau firman) boleh membawa kepada dua fiqh yg sedikit berbeza
sementara hadith menjadi rujukan yg baik, adalah lebih elok sekiranya potongan hadith tersebut dehuraikan dgn lanjut oleh ulamak. saya boleh quote beratus2 hadith dari website2 dan online, tetapi samada makna tersurat dan tersirat disebalik hadith tersebut, ilmu saya belum cukup untuk menghuraikannya.
menjawab persoalan sumber rujukan saya, sepertimana yg kita tahu, matlaul al-badrain adalah kitab rujukan utama bagi mazhab syafie dalam menjawab persoalan fiqh pengikutnya
maaf saya x mampu nk nyatakan mukasurat berapa dalam kitab matlaul badrain yg menyatakan bahawa 3 sebab tuh sahaja yg membenarkan rukhsoh jamak/qasar. saya mungkin pelupa, tapi sekiranya ilmu yg diajarkan tuh tidak luput, setakat yg saya ingat (dan yg saya pegang), tidak kesemua keadaan dibenarkan untuk jamak/qasar.
kenyataan saudara tuh boleh menimbulkan kekeliruan. nanti ada pula yg sengaja menjamakkan solat (tanpa qasar) dengan tidak bersebab. mohon sesiapa yg lebih arif tolong huraikan permasalahan nih
wallahualam.
Last edited: