Bulan lalu, Tabung Haji mengumumkan dua aset sudah dipulangkan daripada Urusharta Jamaah. Sebidang tanah di TRX dan sebuah ladang kelapa sawit.
Ada yang terus kata, ini bukti pelan penyelamat 2018 akhirnya berjaya.
Dua aset. Daripada RM19.9 bilion aset yang dipindahkan.
Selama ini, tumpuan semua orang hanya kepada Tabung Haji. Berapa wang pendeposit, berapa rizab, berapa dividen.
Setakat ini, saya belum nampak seorang pun yang betul-betul mengupas prestasi kerajaan dalam memulihkan aset-aset yang dipindahkan itu.
Ini bahagian yang ramai terlepas pandang.
Memindahkan aset toksik keluar daripada Tabung Haji bukan bermakna masalah itu hilang. Beban itu cuma berpindah. Daripada Tabung Haji, kepada kerajaan dan akhirnya rakyat.
Ini bukan pendapat saya seorang.
RCI sendiri menyatakan penubuhan UJSB tidak menghapuskan masalah asal. Ia hanya memindahkan risiko daripada Tabung Haji kepada kemampuan UJSB memulihkan nilai aset dan membayar balik sukuknya.
Kalau PH mahu kata merekalah yang menyelamatkan Tabung Haji pada 2018, dan hari ini PH juga menjadi tulang belakang Kerajaan Madani, maka kita kena tengok satu lagi angka yang jarang orang bincangkan.
Apa sebenarnya prestasi kewangan UJSB dari 2019 sampai 2025?
Jadi, dalam demam-demam ini saya pergi beli dan muat turun semua penyata kewangan beraudit UJSB. Daripada penyata pertama pada 2019 sampai yang terkini bagi 2025.
Saya baca satu-satu. Sebab kalau orang biasa baca, memang boleh pening kepala.
Angka-angka ini bukan saya reka. Semuanya datang daripada penyata kewangan yang telah diaudit dan ditandatangani.
Tujuh tahun berlalu. Saya belum nampak seorang pun ahli Parlimen pergi semak angka-angka ini secara menyeluruh.
Lebih menarik, pada Jun lalu, sukuk itu dilanjutkan lagi selama sepuluh tahun.
Jadi soalannya bukan sekadar sama ada Tabung Haji sudah diselamatkan.
Soalan sebenarnya, siapa yang akhirnya menanggung kos penyelamatan itu?