BTC USD 83,909.4 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perihal RCI TH

Zaman PH 22 bulan bang non sayang ketat2 atoek. Bang non tengan tunggu giliran nak jadi PM takkan nak lawan atoek pulak.

menunjukkan perjungan yg scamm..
 

Dr. Marzuk bongkar Tabung Haji tenat, hilang banyak aset bila PH jadi kerajaan​

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary mempersoalkan kegagalan kerajaan membayar RM12.5 bilion kepada Tabung Haji seperti yang disentuh dalam laporan RCI.

Beliau berkata, kegagalan pembayaran itu perlu dijelaskan kerana RCI sebelum ini memberi peringatan bahawa kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Tabung Haji berdepan krisis kewangan terbesar.

Dalam masa sama, Ahmad Marzuk turut membangkitkan isu penjualan aset dan pegangan saham Tabung Haji, termasuk pelepasan 27 peratus saham dalam Theta Edge sebelum syarikat berkenaan menerima projek bernilai RM3 bilion.

Beliau turut mengaitkan isu RCI Tabung Haji dengan perkembangan kerjasama politik, khususnya antara PAS dan UMNO, yang menurutnya menjadi punca berlakunya apa yang disifatkannya sebagai pendakwaan politik.

 

Laporan RCI: Pendeposit Sifatkan Pendedahan Langkah Berani Kerajaan Pulih Integriti TH​

135ea8dc1c13333f4868a247ad978dce6a76fc7550dac


Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) menyifatkan  pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sebagai langkah penting dan berani kerajaan bagi memulihkan integriti, tadbir urus dan keyakinan orang ramai terhadap institusi itu.

Eksekutif bank, Anis Atifah Che Rawi, 39, yang menjadi pendeposit sejak berusia 25 tahun, berkata beliau menyambut baik pendedahan berkenaan kerana ia membolehkan pencarum memahami situasi sebenar selain memastikan isu yang berbangkit dapat ditangani secara adil dan telus.

"Bagi saya laporan ini penting untuk memahami apa yang sebenarnya berlaku. Sebagai pendeposit TH, saya berharap isu ini dapat ditangani secara telus dan adil agar keyakinan rakyat terhadap TH terus terjaga," katanya kepada Bernama.

Mengulas jaminan kerajaan berhubung keselamatan simpanan pendeposit di bawah Akta Tabung Haji 1995, beliau berkata langkah itu memberikan ketenangan kepada pencarum, sekali gus membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam melindungi kepentingan umat Islam.

Anis Atifah turut menyokong tindakan undang-undang berterusan terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan salah laku serta berharap pengurusan TH terus diperkasakan dengan lebih terbuka pada masa hadapan.

"Saya setuju dengan tindakan yang diambil. Jika ada salah laku, perkara itu perlu disiasat mengikut undang-undang. Apa yang penting, pengurusan TH perlu terus diperkukuh supaya keyakinan pendeposit dapat dikekalkan," katanya.

Pandangan sama turut dikongsi Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM) Azlin Othman, 49, yang menganggap pendedahan RCI itu sebagai titik tolak penting bagi membersihkan pengurusan institusi berkenaan.

Azlin yang telah menjadi pendeposit TH selama 31 tahun berkata beliau berasa lega kerana kebenaran mengenai kelemahan tadbir urus terdahulu akhirnya dibongkar secara terbuka dan tidak lagi dilindungi.

 
HQDolmdb0AAl1nU.jpg


Bulan lalu, Tabung Haji mengumumkan dua aset sudah dipulangkan daripada Urusharta Jamaah. Sebidang tanah di TRX dan sebuah ladang kelapa sawit.

Ada yang terus kata, ini bukti pelan penyelamat 2018 akhirnya berjaya.

Dua aset. Daripada RM19.9 bilion aset yang dipindahkan.

Selama ini, tumpuan semua orang hanya kepada Tabung Haji. Berapa wang pendeposit, berapa rizab, berapa dividen.

Setakat ini, saya belum nampak seorang pun yang betul-betul mengupas prestasi kerajaan dalam memulihkan aset-aset yang dipindahkan itu.

Ini bahagian yang ramai terlepas pandang.

Memindahkan aset toksik keluar daripada Tabung Haji bukan bermakna masalah itu hilang. Beban itu cuma berpindah. Daripada Tabung Haji, kepada kerajaan dan akhirnya rakyat.

Ini bukan pendapat saya seorang.

RCI sendiri menyatakan penubuhan UJSB tidak menghapuskan masalah asal. Ia hanya memindahkan risiko daripada Tabung Haji kepada kemampuan UJSB memulihkan nilai aset dan membayar balik sukuknya.

Kalau PH mahu kata merekalah yang menyelamatkan Tabung Haji pada 2018, dan hari ini PH juga menjadi tulang belakang Kerajaan Madani, maka kita kena tengok satu lagi angka yang jarang orang bincangkan.

Apa sebenarnya prestasi kewangan UJSB dari 2019 sampai 2025?

Jadi, dalam demam-demam ini saya pergi beli dan muat turun semua penyata kewangan beraudit UJSB. Daripada penyata pertama pada 2019 sampai yang terkini bagi 2025.

Saya baca satu-satu. Sebab kalau orang biasa baca, memang boleh pening kepala.

Angka-angka ini bukan saya reka. Semuanya datang daripada penyata kewangan yang telah diaudit dan ditandatangani.

Tujuh tahun berlalu. Saya belum nampak seorang pun ahli Parlimen pergi semak angka-angka ini secara menyeluruh.

Lebih menarik, pada Jun lalu, sukuk itu dilanjutkan lagi selama sepuluh tahun.

Jadi soalannya bukan sekadar sama ada Tabung Haji sudah diselamatkan.

Soalan sebenarnya, siapa yang akhirnya menanggung kos penyelamatan itu?
 
Saya ulas isu doktrin penyatuan ummah dalam kalangan parti politik Melayu di Podcast YBM Episod 58.

Ada dua "penyapu" yang kita serahkan sendiri kepada ahli politik UMNO dan PAS.

Penyapu pertama untuk sapu semua masalah ke bawah karpet. Gaji tak naik. Kos sara hidup naik. Sekolah, hospital, peluang anak-anak kita. Semua boleh disorok, sebab bila desakan datang dia cuma perlu tekan satu butang emosi: Melayu Islam terancam.

Yang kedua, dan ini yang lebih berbahaya, penyapu untuk menyapu harta yang ada di dalam rumah itu sendiri.

Tabung Haji. Syarikat kerajaan. Duit yang orang kampung simpan untuk pergi Mekah.

Sebab logiknya sudah rosak. Kalau orang Cina membankrapkan syarikat, kita kejar.

Kalau orang Melayu yang buat, tak apalah, dia orang kita.

Ini bukan kuasa Melayu. Ini candu politik. Bila pengundi ketagih candu, kuasa sebenar bukan di tangan pengundi. Kuasa ada pada 'dealer'.

Ingat satu perkara: semua yang berlaku kepada Tabung Haji berlaku SEMASA kuasa Melayu berada pada kemuncaknya, di tangan UMNO.

Bukan sebab kita kurang kuasa. Sebab kita terlalu percaya.

 
Back
Top
Log in Register