BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemuda PKR dakwa Akmal cuba ‘alih tiang gol’ berkait RCI TH

afwan83

Active+ Member
Messages
3,224
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,224
Reaction score
12
Points
25

Pemuda PKR dakwa Akmal cuba ‘alih tiang gol’ berkait RCI TH​

5d23ebe0-d021-4815-acb9-c880a944871a-danish-hairudin-n-akmal-saleh-collage-260826.jpg

Ketua Penerangan Pemuda PKR Danish Hairudin (kiri) meminta Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh jangan hanya memilih bahagian tertentu dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji untuk mengukuhkan naratif politiknya.

Ketua Penerangannya, Danish Hairudin, mendakwa Akmal, yang juga antara individu paling lantang mendesak laporan RCI itu didedahkan, cuba “mengalih tiang gol” apabila hasil siasatan tidak menepati naratif politik diingininya.

“Bagaimana dengan ‘creative accounting’? Bagaimana dengan kelemahan tadbir urus? Bagaimana dengan pelaburan yang rugi sehingga 100%?

“Ini semua persoalan besar yang sepatutnya Akmal dan Umno jawab dan perjuangkan. Anehnya, bab ini senyap pula.

“Kalau benar mahu kebenaran, terima kebenaran itu sepenuhnya. Jangan cari RCI sampai jumpa jawapan yang kita suka,” katanya di Facebook.

Terdahulu, Akmal dilaporkan berkata, laporan RCI itu perlu didedahkan secara menyeluruh, bukannya “separuh-separuh” bagi mengelakkan kekeliruan rakyat.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Pemuda PKR mempertikaikan kewajaran desakan Umno dan Perikatan Nasional supaya RCI baharu ditubuhkan bagi menyiasat pentadbiran serta pengurusan TH.

Danial menegaskan RCI ditubuhkan sebelum Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri pada 2022.

“Jadi, kalau tidak puas hati dengan dapatan RCI, jangan pula cuba alihkan kesalahan kepada kerajaan hari ini.”

Beliau turut menggesa Umno melalui Ahli Parlimen mereka membahaskan laporan itu secara telus di Dewan Rakyat dan menyerahkan sebarang bukti baharu kepada pihak berkuasa.

“Dedah dan bahaskan semuanya, termasuk perkara yang mungkin tidak selesa untuk Umno sendiri. Jangan hanya memilih bahagian tertentu untuk mengukuhkan naratif politik.

“Jangan ulang perangai lama dalam isu 1MDB. Bila perkara pokok sudah berada depan mata, tiang gol dialihkan, isu lain dibesarkan. Akhirnya, perkara sebenar cuba dikaburkan dan disucikan.”
 
Bab RCI tabung Haji org PH baca report 2014-2017 je :ROFLMAO:

2018 -2020 diorg tak tgk padahal fokus RCI ni pasal pengambilan alih Aset TH ke pada SPV.

tapi buat-buat tak nampak yg 25 bilion Aset dipindah milik tapi TH dapat kertas hutang dan salah satu kertas hutang yg matang 2026 sambung lagi 10 tahun.
 
Back
Top
Log in Register