www.facebook.com
CURANG
“Takkanlah setiap kali pelaburan Kerajaan rugi, Menteri yang kena dakwa. Susahlah buat kerja,” kata SUPOL Menteri Undang-undang, semalam.
Lalu diangkat menjadi naratif penyokong parti keramat. Tepuk dahi kita dengar.
Takkan setara itu pemikiran mereka. Tak mengkaji ke sebelum nak memandirkan kita?
Bekas Menteri Agama kena dakwa bukan hanya sebab pelaburan rugi.
Kalau macam tu, kesemua 10 PM kita boleh didakwa. Termasuk Tun M dan Pak Lah juga. Berapa banyak GLC rugi zaman mereka. Kita kena bailout merata.
Tapi itu bukan puncanya.
Bekas Menteri Agama didakwa di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan, melibatkan dakwaan pelupusan/penyelewengan harta secara TIDAK JUJUR/ CURANG (dishonestly).
Itu bezanya.
Pendakwaan bukan sahaja perlu buktikan wang TH berjumlah RM860.3 juta dilupuskan seperti dalam pertuduhan.
Mereka perlu buktikan ada unsur TIDAK JUJUR atau CURANG dalam pelupusan wang tersebut.
Dalam bahasa mudah, “tidak jujur” bermaksud ada niat untuk memberi keuntungan kepada seseorang ATAU menyebabkan kerugian kepada orang lain secara tidak sah.
Jadi bukan cerita:
“Pelaburan rugi, tangkap Menteri.”
Definitely bukan.
Persoalannya ialah bagaimana wang itu dilupuskan dan adakah ia dilakukan secara tidak jujur.
*************
Ini yang menarik bila kita baca dapatan mengenai pelaburan Al-Rawda.
Pelaburan dibuat tanpa jaminan bank, walaupun pegawai pengurusan risiko TH meminta jaminan tersebut.
Due diligence pula belum selesai.
Sebaliknya, TH menerima promissory notes dan jaminan peribadi pemilik Al-Rawda.
Untuk wang sebanyak itu?
It’s just unacceptable.
Kemudian Al-Rawda berhenti membuat bayaran.
Sebab itulah perkara ini perlu dibicarakan. Biar Pendakwa buktikan kes mereka dan Bekas Menteri Agama diberi ruang membela diri.
Tapi jangan pula spin seolah-olah dia didakwa semata-mata kerana pelaburan rugi.
Itu mengelirukan.
*************
Ni bukan wang pinjaman Kerajaan yang bila rugi, ramai pemimpin boleh cuci tangan.
“Ooppss rugi. Bukan salah kita. Nanti bailout sahaja lah.”
Ini wang simpanan orang Islam.
Berbilion ringgit kita simpan dari muda sampai tua. Ada yang kumpul sedikit demi sedikit bertahun-tahun semata-mata mahu menunaikan Haji.
Wang itu diamanahkan kepada institusi dan pemimpin kita.
Tak wajar dibuat macam harta mak pak sendiri.
Daripada 14 pelaburan bermasalah yang disentuh RCI Tabung Haji, 7 daripadanya mengalami kerugian penuh.
Duit pendeposit. Hancur lebur.
Heads must roll!
Jangan pula beri alasan, “Kalau macam ni, susahlah Menteri nak buat kerja.”
Memang susah.
Sebab itu bukan semua orang layak diberi kuasa.
*************
Al-Ghazali sejak hampir seribu tahun dahulu mengingatkan bahawa kekuasaan bukan sekadar kemuliaan.
Kalau mahu kuasa, bersedialah dipersoalkan.
Kalau mahu jawatan, bersedialah dipertanggungjawabkan.
Kerana negara yang baik tidak dibina oleh pemimpin yang sekadar tahu menggunakan kuasa.
Ia dibina oleh pemimpin yang tahu batas kuasanya dan takut mengkhianati kepercayaan rakyat.
Kuasa akhirnya akan pergi. Jawatan akhirnya akan berganti.
Yang tinggal ialah bagaimana kita menjaganya ketika ia berada dalam tangan.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
NB- kita menulis melawan naratif memandirkan Rakyat. Makanya perlu kita lawan hujah mereka dengan hujah juga. Harap pembaca tak serang peribadi. Pohon jangan SUPOL ini kıta keji dan makNi. TK