kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,917
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,917
- Reaction score
- 99
- Points
- 80
Kerajaan MADANI Utamakan Pendeposit TH Berbanding Kepentingan Politik
Kredit: Fb Aiman Athirah Sabu
Kerajaan MADANI memberi keutamaan kepada kepentingan pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) dan pemulihan amanah umat, berbanding mengejar keuntungan politik jangka pendek menerusi proses pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) secara berhati-hati.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata langkah tersebut bagi memastikan kestabilan institusi kewangan yang menguruskan simpanan lebih 10 juta pendeposit itu, tidak terjejas sehingga mencetuskan kebimbangan awam.
Beliau berkata tindakan sedemikian penting bagi mengelakkan pengeluaran panik dalam jumlah besar seperti yang pernah berlaku pada 2018, yang menyaksikan pengeluaran simpanan mencecah lebih RM6 bilion susulan isu kelemahan tadbir urus ketika itu.
“Tabung Haji bukan sekadar sebuah organisasi biasa, ia mengurus amanah lebih 10 juta pendeposit dan berkait secara langsung dengan hasrat umat Islam menunaikan Rukun Islam kelima.
“Dalam keadaan seperti ini, tindakan kerajaan seharusnya bukan sekadar mengurus persepsi politik, tetapi memastikan kestabilan sebuah institusi yang menjadi tempat simpanan dan harapan jutaan umat Islam terus diberikan keutamaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Aiman Athirah berkata maklum balas pihak tertentu khususnya Pas dan Parti Wawasan Negara (Wawasan), yang mempersoalkan tempoh masa pendedahan laporan itu perlu dijawab dengan fakta serta tanggungjawab dan bukannya retorik politik.
Beliau turut merujuk titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim supaya isu berkenaan disiasat sehingga ke “lubang cacing”, yang menunjukkan ia bukan sekadar kelemahan biasa, sebaliknya melibatkan kepincangan tadbir urus yang serius.
Selain itu, beliau menyambut baik penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan pada Sidang Khas Dewan Rakyat semalam, bahawa lebih 70 peratus daripada syor RCI berkaitan pengurusan dan operasi TH telah dilaksanakan.
“Pelaksanaan audit forensik terhadap 14 pelaburan bermasalah merupakan langkah penting bagi memastikan setiap persoalan dijawab secara tuntas dan kelemahan dikenal pasti dengan jelas,” katanya.
