BTC USD 83,473.0 Gold USD 4,181.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perihal RCI TH

Audit tak blh cakap A Salah B betul sepatutnya laporan tu kene neutral Dan Dokumen yg dia mintak tu tu mesti genuine bersama resit Dan Dokumen asal, minit mesy Lembaga Pengarah, laporan Aset, laporan susut nilai, perolehan Aset dll.soal selidik pun bkn dia panggil Lembaga Pengarah, CEO tabung haji tapi staff tabung haji je yg bg dokumen Dan jawab maklumbalas odit tu.😁

Lepas dah keluar laporan audit tunjuk lah sama maklumbalas Laporan Audit Dari Tabung haji, baru lah org dlm tabung haji jawab pada penemuan audit Dan org awam pun tahu apa yg TH ambil tindakan.

Dlm maklumbalas odit tu kalau audit tak berpuas hati dengan jawapan terutamanya RCM yg pemberatnya tinggi baru la syor utk laporan polis SPRM kepada Pengurusan tertinggi TH bukanya odit yg gi report polis 🤣🤣🤣

Bukanya dengan laporan audit terus laporan polis 🤣 ni yg geng PH tgh nak pakai modal PRN.

Bila maklumbalas TH kepada PWC,EY,JAN sebagai external audit tak tunjuk tu yg jadi skg. Org ramai Komen mcm hilang akal

Dan Internal audit TH pun blur dia nak pakai mana satu punya skop audit nya guideline Utk tabung haji nya Pengurusan kewangan, pelaburan, Aset, equity dll.🤭


tu blm lg kerugian th bila asset dijual under market value

bila jual murah confirm2 lah bertambah defisit

ini yg ramai tak nampak.. btul2 taktikal ph musnahkan th

skng mereka sedang menyalahkan pihak lain
 
Penangan geng Sakkau


Suruh bahas isu rci walaun pusing pasal pmx 😂 😆 😂

Sakkau sakkau sakkau
 
Geng mkn gaji buta 😂 😆

FB_IMG_1786496639543.jpg
 
Ahli Parlimen Langkawi membuat pendedahan mengejutkan di Dewan Rakyat apabila mendakwa kemudahan berkaitan Tabung Haji pernah digunakan oleh seorang menteri UMNO untuk meraih sokongan dalam perebutan jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerai.

Dato' Mohd Suhaimi bin Abdullah yang pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian Jerai berkata, perkara itu berlaku ketika seorang menteri mencabarnya dalam pemilihan parti.

Menurutnya, ketika pertandingan tersebut berlangsung, hampir 99 peratus ketua cawangan UMNO di bahagian berkenaan pergi ke Makkah, sehingga memberi kesan kepada sokongan yang diterimanya.

Beliau mendakwa ada penduduk kampung yang datang meminta maaf kepadanya kerana berasa terhutang budi kepada menteri berkenaan selepas mendapat peluang ke Makkah.

“Orang kampung tak tahu ada menteri offer pergi Makkah. Siapa tak nak?

“Datang jumpa saya, ‘Tok Mi, Tok Mi tak dapat hantar kami pergi Makkah, minta maaf. Kami terhutang budi dengan menteri ini’,” katanya ketika berbahas.

Menurut beliau, pengalaman itu akhirnya menyaksikan dirinya tewas dalam pemilihan Ketua Bahagian.

Lebih menarik, katanya, tiga nama pemimpin UMNO Bahagian ketika itu kini disebut dalam Laporan RCI Tabung Haji, termasuk Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian.

Beliau berkata selama ini hanya mampu berdoa supaya suatu hari nanti apa yang berlaku dapat diketahui.

“Ya Allah, Engkau tunjukkanlah satu hari perkara-perkara ini akan timbul.

“Alhamdulillah, ia timbul pada 11 haribulan ini, di Dewan yang suci ini,” katanya.

Pendedahan tersebut sekali lagi menimbulkan persoalan besar mengenai sejauh mana campur tangan politik dalam urusan Tabung Haji berlaku pada ketika itu dan sama ada kemudahan institusi umat Islam pernah dimanfaatkan untuk kepentingan pemilihan dalaman parti.

#unofficialinfo
 

Apa Sebenarnya Berlaku Kepada Tabung Haji 2014-2017 ?​


Dalam siri video ini, kita akan menelusuri semula fakta, angka, keputusan dan peristiwa penting yang berlaku sepanjang tempoh tersebut termasuk persoalan yang sering menjadi perbincangan dan perkara-perkara yang mungkin tidak diketahui oleh masyarakat.

Insya-Allah, siri demi siri akan diterbitkan bagi membincangkan isu ini dengan lebih dekat berdasarkan dokumen, laporan dan fakta yang tersedia.
  • Adakah segala yang berlaku ketika itu telah dijelaskan kepada pendeposit?
  • Ke mana arah pengurusan Tabung Haji ketika itu?
  • Dan apakah kesannya kepada institusi yang menjadi amanah jutaan umat Islam di Malaysia?
Ini bukan sekadar cerita tentang angka. Ini tentang amanah, tadbir urus dan wang para pendeposit.Ikuti siri video ini sehingga akhir. Kita teliti satu persatu — fakta, angka dan kronologi.

 

Apa Sebenarnya Berlaku Kepada Tabung Haji 2014-2017 ?​


Dalam siri video ini, kita akan menelusuri semula fakta, angka, keputusan dan peristiwa penting yang berlaku sepanjang tempoh tersebut termasuk persoalan yang sering menjadi perbincangan dan perkara-perkara yang mungkin tidak diketahui oleh masyarakat.

Insya-Allah, siri demi siri akan diterbitkan bagi membincangkan isu ini dengan lebih dekat berdasarkan dokumen, laporan dan fakta yang tersedia.
  • Adakah segala yang berlaku ketika itu telah dijelaskan kepada pendeposit?
  • Ke mana arah pengurusan Tabung Haji ketika itu?
  • Dan apakah kesannya kepada institusi yang menjadi amanah jutaan umat Islam di Malaysia?
Ini bukan sekadar cerita tentang angka. Ini tentang amanah, tadbir urus dan wang para pendeposit.Ikuti siri video ini sehingga akhir. Kita teliti satu persatu — fakta, angka dan kronologi.



Yg best ya. Walaun gan apek Erik pi twist ke pmx gan Ujsb.. yg lapora rci ni masing2 jd setang bisu 😂 😆
 
Walaun lain Kali undi apek Erik la Tanya soalan2 dlm parlimen 😂 😆 😂 😆


Saya tak pasti siapa yang perlu letak jawatan:

Sama ada Menteri Kewangan II Amir Hamzah, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ataupun Perdana Menteri yang membiarkan menteri-menterinya terang-terang menipu parliamen atau Rakyat.

Menteri Kewangan II Amir Hamzah dilaporkan berkata TH menanggung kerugian hampir RM13 bilion akibat 14 “pelaburan bermasalah” yang disenaraikan RCI, dan tujuh daripadanya rugi 100%.

Kalau laporan media itu tepat, MK2 perlu menjelaskan kepada Parlimen dan rakyat bagaimana 14 pelaburan berikut boleh menghasilkan kerugian hampir RM13 bilion:

1. PT TH Indo Plantations (THIP)
2. Emrail Sdn Bhd
3. Wellspring Worldwide Limited
4. Deru Semangat Sdn Bhd
5. Trurich Resources Sdn Bhd
6. Abraj Sdn Bhd
7. Putrajaya Perdana Berhad
8. Al-Rawda Real Estates Development & Project Management Co Ltd
9. Alfareeda Residential Fund
10. TH Plantations Berhad
11. TH Properties Sdn Bhd
12. Alam Maritim Resources / TH Marine
13. TH Hotel & Residences Sdn Bhd
14. FGV Berhad

Tunjukkan pengiraannya satu demi satu:

Berapa modal TH?
Berapa impairment?
Berapa yang sudah dipulihkan?
Berapa hasil penjualan?
Dan akhirnya berapa kerugian (atau keuntungan) sebenar setiap pelaburan?

Adakah jumlah kesemua itu sampai ke kerugian RM13 bilion?

Sebab apabila saya semak satu demi satu daripada 14 kes yang disenaraikan RCI, saya dapati banyak daripadanya sama ada boleh dijelaskan dengan mudah, akhirnya mendapat kembali wang malah untung atau untung besar, kerugiannya tidak begitu material, ataupun kerugian berlaku atau menjadi lebih buruk akibat keputusan PH1.0 sendiri.

Kalau sebenarnya MK2 tidak pernah mengatakan bahawa 14 pelaburan ini menyebabkan kerugian RM13 bilion, maka Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pula perlu menjelaskan bagaimana BERNAMA boleh menerbitkan laporan yang memberi gambaran sedemikian sehingga diulang oleh media-media arus perdana.

Salah seorang perlu bertanggungjawab.

Lebih mudah lagi: Menteri sendiri sudah berkata audit forensik terhadap pelaburan yang disenaraikan RCI telah dilakukan.

Jadi dedahkan kesemua laporan audit forensik itu.

Kalau benar 14 pelaburan tersebut menyebabkan TH rugi hampir RM13 bilion, laporan forensik itulah bukti terbaik kerajaan.

Kenapa perlu disembunyikan?

Atau kerajaan bimbang apabila laporan-laporan itu dibuka kepada rakyat, angka sebenar akan menunjukkan bahawa naratif “14 pelaburan = kerugian RM13 bilion” sebenarnya tidak benar?

Jika MK2 benar-benar telah mengelirukan Parlimen dan rakyat mengenai perkara sebesar RM13 bilion, beliau patut meletakkan jawatan.

Sebaliknya, jika kata-kata MK2 telah diputar oleh media kerajaan BERNAMA sehingga menjadi berita palsu, pihak yang bertanggungjawab terhadap penyebaran itu pula perlu menjawab.

MADANI ini sangat tak jujur. Asyik menipu.

Mereka kini cuba mengaitkan hampir RM13 bilion kerugian dengan masalah sebelum 2018. Sedangkan defisit TH pada akhir 2017 bawah BN sekitar RM4.1 bilion sebab terlebih bayar Hibah.

Selepas PH mengambil alih dan memainkan propagada yang menyebabkan bank run, defisit itu melonjak kepada sekitar RM10.9 bilion pada akhir 2018 dan terus meningkat kepada kira-kira RM13.2 bilion bawah UJSB pada akhir 2025.

Maknanya, sekitar RM9 bilion daripada pertambahan defisit itu berlaku selepas PH mengambil alih.

Jadi jangan campurkan semuanya lalu salahkan pentadbiran lama.

Asingkan dengan jujur:
- RM4.1 bilion diwarisi dari BN sebab terlebih bayar Hibah.
- Sekitar RM9 bilion lagi muncul selepas itu yang hilang pada pasaran.
 
Back
Top
Log in Register