BTC USD 83,850.6 Gold USD 4,139.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perihal RCI TH

Screenshot_20260812-135827_Facebook.png


 
Sudah kantoi ke bang PH jual PH beli balik :ROFLMAO: :ROFLMAO: :ROFLMAO: :ROFLMAO:

Poket UJSB belubang 130 juta, Sakau ke tu?

Org sembang rci... Slurpppp bailout pakai tabung hj cap dancing ke 😂 😆

 

Laporan RCI TH Diserah Kepada Pihak Berkuasa - Fahmi​

21c2bb318ca307b9e69169bb26fe55526a7c641c005bc

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil (tengah) bercakap kepada media selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan Rakan Strategik Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 di Menara Komunikasi hari ini.

Kelihatan ialah timbalannya, Teo Nie Ching (kiri) dan Ketua Setiausaha Kementrian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah (kanan).

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) akan diserahkan kepada pihak berkuasa bagi siasatan penuh berdasarkan semua dapatan dan maklumat yang dimaktubkan dalam laporan berkenaan, kata Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Pihak berkuasa berkenaan termasuklah Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pihak berkaitan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA), Bank Negara Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Sebagai permulaan, kita akan serahkan kepada pihak berkuasa seperti yang Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah umumkan, sama ada pihak PDRM, SPRM, AMLA, Bank Negara, LHDN untuk melakukan siasatan penuh berdasarkan semua dapatan.

“Hal ini termasuk maklumat yang telah dimaktubkan dalam laporan dan maklumat tambahan yang telah dijawab oleh Menteri Kewangan II (Datuk Seri Amir Hamzah Azizan) dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan semalam sewaktu perbahasan mengenai laporan RCI Tabung Haji,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 di sini, hari ini.

Ditanya tentang gesaan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) agar kerajaan menubuhkan RCI baharu bagi tempoh 2021 hingga 2025, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata perkara itu melibatkan dua keputusan yang perlu dibuat.

“Pertama, pada peringkat Jemaah Menteri, sama ada untuk meneruskan ataupun mengembangkan kerana kita tahu apabila RCI diwujudkan pada 2021, bukan hanya Jemaah Menteri, tetapi kerana perkara ini ialah Suruhanjaya Siasatan Diraja, maka perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong,” kata Fahmi.

Laporan RCI TH didedahkan kepada umum pada 29 Julai, yang merekodkan pelbagai kelemahan pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 serta mengemukakan 25 syor penambahbaikan, dengan 75 peratus daripadanya telah dilaksanakan oleh TH setakat 30 Julai tahun ini.

Dalam pada itu, Fahmi menyifatkan kehadiran Ahli Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada sidang khas Dewan Rakyat semalam bagi membahaskan laporan RCI TH sebagai satu tindakan yang bijak dan tepat.

 

RCI Tabung Haji: PN kena basuh habis-habisan dengan Syed Saddiq! Abaikan Tanggungjawab Ahli Parlimen​

Dalam isu RCI Tabung Haji kali ini, saya lebih bersetuju dengan pendirian Syed Saddiq.Ketika sebahagian Ahli Parlimen pembangkang mengambil keputusan keluar Dewan kerana Perdana Menteri tidak hadir, Syed Saddiq dan beberapa Ahli Parlimen lain memilih untuk kekal dan meneruskan perbahasan.

Alasan beliau menarik:
“Parliament is not a one-man show.”
Pembangkang memang mempunyai hak untuk memprotes dan mendesak Perdana Menteri hadir.
Tetapi persoalannya, apabila Dewan Rakyat sudah menyediakan ruang untuk bertanya, mengkritik dan membahaskan kerajaan, adakah lebih baik ruang itu ditinggalkan atau digunakan semaksimum mungkin?

Dalam video ini saya membincangkan isu tersebut daripada sudut tanggungjawab dan amanah seorang wakil rakyat. Kita juga melihat beberapa panduan daripada hadis Nabi SAW tentang amanah, tanggungjawab dan kesungguhan melakukan perkara yang memberikan manfaat.

Kita boleh berbeza politik.
Kita boleh kritik kerajaan dan pembangkang.
Tetapi apabila seseorang melakukan sesuatu yang baik, tak salah kita mengakuinya walaupun dia bukan daripada kelompok yang kita sokong.

 
Klau takde UJSB gune Creative accounting la teruskan penipuan... 🤣
Jual 400j, ujsb beli lepas tu jual pada TH harga 270j, ujsb untung ke rugi creative akaun lah tu PH buat hahahaha rugi 4.1 bilion cover rugi 25 bilion PH sakau ke tu?

Th jual aset kat ujsb tapi ujsb bayar dgn jaminan Hutang suku. Tabung haji tak blh guna duit 25 bilion 🤣🤣🤣

TH asal beli tanah tu 188.5 juta.

sapa yg nak tanggung rugi 130 + kerugian atas penilaian tahun 2026 kat UJSB bila jual balik bukan ikut pasaran harga 2026

400 juta tu ikut harga 2018 skg ni dah 2026 bang tanah tak ada susut nilai. :ROFLMAO: :ROFLMAO: :ROFLMAO:
 
Last edited:

Pembangkang Gagal Guna Ruang Parlimen Perjuang Kepentingan Pendeposit TH - Penganalisis​

ebfe88576a593475b56985c669a7272a6a7d19bd1dc6a

Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar meninggalkan Dewan Rakyat dan tidak akan mengambil bahagian dalam sesi penerangan Menteri berkenaan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) melibatkan isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH).

Keputusan pembangkang meninggalkan Dewan Rakyat dan tidak mengambil bahagian pada sesi penerangan Menteri mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji (TH) Selasa lepas dilihat menjejaskan fungsi mereka dalam memainkan peranan semak dan imbang, khususnya bagi memastikan kepentingan 10 juta pendeposit TH terus diberi perhatian.

Penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Dr Mazlan Ali berkata tindakan itu juga  disifatkan mengecewakan pendeposit yang mengharapkan wakil rakyat menggunakan ruang Parlimen untuk meneliti laporan berkenaan dan mendapatkan penjelasan kerajaan.

"Saya fikir sepatutnya pembangkang kekal di dalam Dewan Rakyat dan mereka mendengar dahulu penerangan daripada menteri. Jika mereka ada kemusykilan, perdebatan atau tidak berpuas hati selepas itu, mereka boleh bertanya secara langsung kepada menteri.

“Ini juga selaras dengan peranan Parlimen sebagai sebuah institusi yang luhur dan tidak boleh menyembunyikan sebarang fakta. Jadi peluang tersebut seharusnya digunakan oleh pihak pembangkang dengan meletakkan kepentingan awam mengatasi perbezaan politik,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mazlan berkata pendekatan itu juga boleh digunakan oleh blok pembangkang untuk menguji dapatan RCI secara terbuka serta memberikan peluang kepada mereka mengetengahkan persoalan berkaitan kepentingan pendeposit dalam rekod Parlimen.

Mengulas alasan pembangkang yang mahukan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi tersebut, Mazlan berkata perkara itu tidak seharusnya menghalang proses pembentangan RCI berkaitan TH kerana menteri berkenaan tetap berupaya memberikan penjelasan selaras dengan portfolio yang dipertanggungjawabkan.

“Soal mereka mahu Perdana Menteri sendiri (hadir ke Parlimen), pada saya sama ada Perdana Menteri ataupun menteri berkaitan, sama sahaja kerana isu yang lebih utama adalah berkaitan TH. Semua juga maklum yang Perdana Menteri menerima rawatan di hospital, jadi berilah ruang kepada beliau untuk berehat,” katanya.

Mazlan berkata tindakan memboikot perbahasan juga boleh memberi kesan politik yang berupaya membentuk persepsi bahawa pembangkang kurang bersungguh-sungguh memperjuangkan kepentingan pendeposit, sedangkan isu kelestarian serta pengurusan institusi umat Islam itu memerlukan penelitian berterusan.

 
Back
Top
Log in Register