BTC USD 81,677.9 Gold USD 4,144.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perihal RCI TH

Polis Buka Lima Kertas Siasatan Kes Jenayah Komersial Termasuk Berkaitan RCI Tabung Haji​

53077967060df1031f5474f81511bd3169f994f09f627

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Rusdi Mohd Isa

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Polis membuka lima kertas siasatan selepas menerima sembilan laporan daripada Lembaga Tabung Haji (TH), anak syarikatnya dan orang awam berhubung kes jenayah komersial termasuk perkara yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Rusdi Mohd Isa berkata bagi melengkapkan siasatan, tindakan sedang diambil untuk merakam keterangan saksi dari dalam dan luar negara selain mendapatkan dokumen berkaitan bagi membantu siasatan.

"Polis komited untuk memastikan setiap siasatan dijalankan secara bebas, telus, profesional dan berlandaskan undang-undang.

"Mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sebarang perlakuan jenayah akan diambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung siasatan yang sedang dijalankan.

"Sebarang kenyataan atau penyebaran maklumat yang tidak berasaskan fakta bukan sahaja boleh mengelirukan masyarakat, malah berpotensi menjejaskan proses siasatan,” katanya.

 
HO8n-rha4AA9qvF.jpg


𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
𝟱 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲

𝗜𝗦𝗨 𝗭𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜:
𝗥𝗘𝗔𝗞𝗦𝗜 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗘𝗟𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜

Saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Tabung Haji yang mengeluarkan satu kenyataan media semalam (4 Ogos 2026) mengenai pendirian Tabung Haji mengenai isu zakat yang ditimbulkan di dalam laporan RCI Tabung Haji.

Secara ringkasnya, kenyataan Tabung Haji menjelaskan pendirian pengurusannya bahawa isu zakat yang dipersoalkan oleh Suruhanjaya Diraja Tabung Haji adalah tidak berbangkit.

Mengikut Tabung Haji, semua zakat yang dikeluarkan pada setiap masa adalah bagi pihak pendeposit kerana Tabung Haji tidak diwajibkan zakat ke atasnya.

Saya berharap pihak berwajib, termasuk pengurusan Tabung Haji, bersabar dengan saya yang perlu terus menanyakan soalan bagi pihak orang ramai. Lebih-lebih lagi dalam keadaan tidak ramai yang ingin bertanya mendapatkan penjelasan dalam isu yang sensitif seperti ini.

Saya juga pernah melalui zaman yang mana setiap perkara mengenai hal ehwal pengurusan dan kewangan Tabung Haji yang saya bangkitkan dinafikan bulat-bulat oleh pengurusan Tabung Haji ketika itu.

Malah, saya dituduh memfitnah dan Tabung Haji sendiri membuat laporan polis terhadap saya sehingga saya diheret ke mahkamah.

Sepuluh tahun kemudian, satu laporan Suruhanjaya Diraja mengesahkan isu-isu yang dinafikan oleh pengurusan Tabung Haji pada satu ketika adalah benar belaka.

Oleh itu, saya berharap pengurusan Tabung Haji di bawah pentadbiran Madani menangani isu-isu yang dibangkitkan dengan lebih terbuka.

Sementara saya mengalu-alukan jawapan dari pengurusan Tabung Haji mengenai isu zakat, saya percaya ada beberapa perkara yang belum dikupas dengan memuaskan.

Perkara yang ditimbulkan oleh Suruhanjaya Diraja mengenai isu zakat ini adalah lebih dalam daripada yang dikupas kenyataan media Tabung Haji semalam.

Saya petik beberapa penemuan Suruhanjaya Diraja mengenai perkara ini:

“𝘚𝘶𝘳𝘶𝘩𝘢𝘯𝘫𝘢𝘺𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵𝘪, 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯 2016, 𝘢𝘬𝘢𝘥 𝘥𝘦𝘱𝘰𝘴𝘪𝘵 (𝘬𝘰𝘯𝘵𝘳𝘢𝘬) 𝘪𝘯𝘪 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘪𝘵𝘶𝘬𝘢𝘳 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘞𝘢𝘥𝘪 ’𝘢𝘩 𝘠𝘢𝘥 𝘋𝘩𝘢𝘮𝘢𝘯𝘢𝘩 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘥𝘦𝘱𝘰𝘴𝘪𝘵 𝘥𝘪𝘬𝘪𝘳𝘢 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘴𝘪𝘮𝘱𝘢𝘯𝘢𝘯, 𝘥𝘢𝘯 𝘓𝘛𝘏 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳 𝘬𝘦𝘶𝘯𝘵𝘶𝘯𝘨𝘢𝘯 (𝘩𝘪𝘣𝘢𝘩) 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘦𝘱𝘰𝘴𝘪𝘵 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘦𝘭𝘢𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘮𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘳𝘪𝘣𝘢. 𝘕𝘢𝘮𝘶𝘯, 𝘚𝘶𝘳𝘶𝘩𝘢𝘯𝘫𝘢𝘺𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵𝘪 𝘵𝘪𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘫𝘦𝘭𝘢𝘴𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘢𝘱𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘶𝘣𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘢𝘥 𝘪𝘯𝘪 𝘥𝘪𝘭𝘢𝘬𝘶𝘬𝘢𝘯.”

“𝘞𝘢𝘭𝘢𝘶𝘱𝘶𝘯 𝘣𝘦𝘨𝘪𝘵𝘶, 𝘚𝘶𝘳𝘶𝘩𝘢𝘯𝘫𝘢𝘺𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵𝘪 𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢 𝘧𝘢𝘬𝘵𝘰𝘳 𝘱𝘦𝘳𝘶𝘣𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘣𝘶𝘵 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘓𝘛𝘏 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘶𝘭𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘨𝘶𝘯𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘶𝘯𝘵𝘶𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘭𝘢𝘣𝘶𝘳𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘪𝘢𝘺𝘢𝘪 𝘴𝘶𝘣𝘴𝘪𝘥𝘪 𝘥𝘪 𝘣𝘢𝘸𝘢𝘩 𝘢𝘬𝘢𝘥 𝘔𝘶𝘥𝘢𝘳𝘢𝘣𝘢𝘩. 𝘛𝘦𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘵𝘪𝘢𝘥𝘢 𝘥𝘰𝘬𝘶𝘮𝘦𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘯𝘫𝘶𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘦𝘱𝘰𝘴𝘪𝘵 (𝘳𝘢𝘣𝘣𝘶𝘭 𝘮𝘢𝘭) 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘦𝘵𝘶𝘫𝘶 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘶𝘯𝘵𝘶𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘭𝘢𝘣𝘶𝘳𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘨𝘶𝘯𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘴𝘶𝘣𝘴𝘪𝘥𝘪.”

“𝘒𝘦𝘴𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘵𝘶𝘬𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘥 𝘞𝘢𝘥𝘪’𝘢𝘩 𝘠𝘢𝘥 𝘋𝘩𝘢𝘮𝘢𝘯𝘢𝘩 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘶𝘣𝘢𝘩 𝘩𝘶𝘣𝘶𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘦𝘣𝘢𝘣𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘦𝘱𝘰𝘴𝘪𝘵 𝘵𝘦𝘳𝘥𝘦𝘥𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘵𝘢𝘯𝘨𝘨𝘶𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘻𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘬𝘦 𝘢𝘵𝘢𝘴 𝘥𝘦𝘱𝘰𝘴𝘪𝘵 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘴𝘦𝘳𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘓𝘛𝘏. 𝘗𝘦𝘳𝘬𝘢𝘳𝘢 𝘪𝘯𝘪 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘪𝘣𝘢𝘯𝘨𝘬𝘪𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘉𝘕𝘔 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘴𝘶𝘳𝘢𝘵𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘗𝘦𝘳𝘥𝘢𝘯𝘢 𝘔𝘦𝘯𝘵𝘦𝘳𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘳𝘪𝘬𝘩 26 𝘑𝘶𝘯 2019. 𝘔𝘦𝘯𝘶𝘳𝘶𝘵 𝘉𝘕𝘔, 𝘱𝘦𝘯𝘻𝘢𝘩𝘪𝘳𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘬𝘦𝘯𝘢𝘢𝘯 𝘻𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘦𝘱𝘰𝘴𝘪𝘵 𝘮𝘶𝘯𝘨𝘬𝘪𝘯 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘰𝘯𝘵𝘳𝘢𝘬 𝘥𝘪 𝘣𝘢𝘸𝘢𝘩 𝘞𝘢𝘥𝘪’𝘢𝘩 𝘠𝘢𝘥 𝘋𝘩𝘢𝘮𝘢𝘯𝘢𝘩.”

“𝘋𝘪 𝘣𝘢𝘸𝘢𝘩 𝘢𝘬𝘢𝘥 𝘞𝘢𝘥𝘪’𝘢𝘩 𝘠𝘢𝘥 𝘋𝘩𝘢𝘮𝘢𝘯𝘢𝘩, 𝘬𝘦𝘥𝘶𝘥𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘓𝘛𝘏 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘱𝘦𝘮𝘪𝘯𝘫𝘢𝘮 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘥𝘦𝘱𝘰𝘴𝘪𝘵 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘴𝘪𝘮𝘱𝘢𝘯 𝘥𝘪 𝘓𝘛𝘏. 𝘑𝘶𝘴𝘵𝘦𝘳𝘶, 𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘻𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘓𝘛𝘏 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘢 𝘪𝘵𝘶 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘮𝘦𝘸𝘢𝘬𝘪𝘭𝘪 𝘱𝘦𝘳𝘯𝘪𝘢𝘨𝘢𝘢𝘯 𝘓𝘛𝘏 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘴𝘦𝘣𝘶𝘢𝘩 𝘪𝘯𝘴𝘵𝘪𝘵𝘶𝘴𝘪, 𝘮𝘢𝘯𝘢𝘬𝘢𝘭𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘦𝘱𝘰𝘴𝘪𝘵 𝘴𝘦𝘱𝘢𝘵𝘶𝘵𝘯𝘺𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳 𝘻𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘴𝘪𝘮𝘱𝘢𝘯𝘢𝘯. 𝘒𝘢𝘥𝘢𝘳 𝘻𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘴𝘪𝘮𝘱𝘢𝘯𝘢𝘯 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘯𝘺𝘢𝘬 2.5% 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘫𝘶𝘮𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘪𝘮𝘱𝘢𝘯𝘢𝘯. 𝘐𝘯𝘪 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘦𝘣𝘢𝘣𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘮𝘢𝘶𝘯 𝘻𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶 𝘥𝘪𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘓𝘛𝘏 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘣𝘦𝘴𝘢𝘳 𝘣𝘦𝘳𝘣𝘢𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘬𝘪𝘳𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘥𝘪𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘣𝘦𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘻𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘱𝘦𝘳𝘯𝘪𝘢𝘨𝘢𝘢𝘯. 𝘍𝘰𝘳𝘮𝘶𝘭𝘢 𝘻𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘱𝘦𝘳𝘯𝘪𝘢𝘨𝘢𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘥𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘪𝘭𝘢𝘪 𝘻𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘳𝘦𝘯𝘥𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘻𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘴𝘪𝘮𝘱𝘢𝘯𝘢𝘯.”

“𝘚𝘶𝘳𝘶𝘩𝘢𝘯𝘫𝘢𝘺𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵𝘪 𝘱𝘦𝘳𝘵𝘶𝘬𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘢𝘥 𝘔𝘶𝘥𝘩𝘢𝘳𝘢𝘣𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘥 𝘞𝘢𝘥𝘪’𝘢𝘩 𝘠𝘢𝘥 𝘋𝘩𝘢𝘮𝘢𝘯𝘢𝘩 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯 2016 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘦𝘣𝘢𝘣𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘭𝘢𝘬𝘶 𝘬𝘦𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬𝘩𝘢𝘳𝘮𝘰𝘯𝘪𝘢𝘯 𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢 𝘈𝘬𝘵𝘢 535 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘭𝘢𝘬𝘴𝘢𝘯𝘢𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘢𝘥 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘣𝘶𝘵. 𝘐𝘯𝘪 𝘵𝘦𝘳𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘥𝘪 𝘣𝘢𝘸𝘢𝘩 𝘢𝘬𝘢𝘥 𝘞𝘢𝘥𝘪’𝘢𝘩 𝘠𝘢𝘥 𝘋𝘩𝘢𝘮𝘢𝘯𝘢𝘩, 𝘓𝘛𝘏 𝘣𝘦𝘳𝘱𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘱𝘦𝘮𝘪𝘯𝘫𝘢𝘮 𝘸𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘦𝘱𝘰𝘴𝘪𝘵 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘥𝘪𝘭𝘢𝘣𝘶𝘳𝘬𝘢𝘯. 𝘓𝘛𝘏 𝘣𝘦𝘣𝘢𝘴 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘨𝘶𝘯𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘶𝘯𝘵𝘶𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘣𝘶𝘵 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘱𝘦𝘮𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘶𝘯𝘵𝘶𝘯𝘨𝘢𝘯 (𝘩𝘪𝘣𝘢𝘩), 𝘴𝘶𝘣𝘴𝘪𝘥𝘪 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪𝘯𝘺𝘢 𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘬𝘦𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘦𝘱𝘰𝘴𝘪𝘵. 𝘋𝘪 𝘢𝘵𝘢𝘴 𝘢𝘬𝘢𝘥 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘣𝘶𝘵 𝘫𝘶𝘨𝘢 𝘱𝘦𝘮𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘻𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘓𝘛𝘏 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳𝘯𝘺𝘢 𝘻𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘯𝘢 𝘥𝘪𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘓𝘛𝘏, 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘻𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶 𝘥𝘪𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘦𝘱𝘰𝘴𝘪𝘵.”

“𝘚𝘦𝘥𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯, 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘳𝘶𝘵 𝘈𝘬𝘵𝘢 535, 𝘓𝘛𝘏 𝘴𝘦𝘮𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨𝘯𝘺𝘢 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘥𝘪𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘮𝘪𝘯𝘫𝘢𝘮 𝘥𝘢𝘯 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘵𝘦𝘳𝘵𝘢𝘬𝘭𝘶𝘬 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘮𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘻𝘢𝘬𝘢𝘵. 𝘞𝘢𝘭𝘢𝘶𝘱𝘶𝘯 𝘣𝘦𝘨𝘪𝘵𝘶, 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘱𝘪𝘩𝘢𝘬 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘦𝘱𝘰𝘴𝘪𝘵, 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯𝘨𝘨𝘢𝘱 𝘱𝘦𝘮𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘻𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘓𝘛𝘏 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘸𝘢𝘬𝘪𝘭𝘪 𝘻𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢.”

Ada beberapa percanggahan ketara di antara pendirian pengurusan Tabung Haji dan penemuan Suruhanjaya Diraja, antaranya:

𝟭)Suruhanjaya Diraja memberi penekanan mengenai perubahan akad yang tidak dimaklumkan kepada pendeposit, terutamanya untuk mendapat persetujuan pendeposit supaya sebahagian keuntungan pelaburan digunakan untuk subsidi. [𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺 𝗯𝗮𝗹𝗮𝘀 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗻𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝗶𝗻𝗶.]

𝟮)Kesan perubahan akad, dari Mudarabah kepada Yadi’ah Yad Dhamanah, telah mengubah hubungan Tabung Haji dengan pendeposit, dari rakan kongsi menjadi peminjam kepada pendeposit. Zakat ke atas pendeposit telah menjadi zakat simpanan sebanyak 2.5%. [𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺 𝗯𝗮𝗹𝗮𝘀 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗻𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝗶𝗻𝗶.]

𝟯)Amaun zakat yang perlu dibayar oleh Tabung Haji, sekiranya dibayar sebagai zakat simpanan dan bukannya zakat perniagaan seperti amalan Tabung Haji, adalah lebih besar daripada apa yang dibayar. [𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺 𝗯𝗮𝗹𝗮𝘀 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗻𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝗶𝗻𝗶.]

Apabila kenyataan pengurusan Tabung Haji menyebut bahawa zakat telah dibayar bagi pihak pendeposit tanpa menjawab isu-isu yang dibangkitkan di dalam laporan Suruhanjaya Diraja dan secara tidak langsung berpendirian isu zakat tidak berbangkit, ia boleh memberi gambaran bahawa pengurusan Tabung Haji tidak bersetuju dan menolak penemuan-penemuan di dalam laporan itu.

Apatah lagi dalam keadaan salah seorang anggota Suruhanjaya Diraja iaitu Profesor Dr. Asmadi bin Mohamed Naim adalah seorang agamawan yang dikenali sebagai ahli ilmu dalam kewangan Islam.

Selain dari menjadi Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), beliau juga pernah menjadi ahli Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, ahli Jawatankuasa Waqaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, ahli Majlis Zakat Kedah dan ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Malah, pengerusi Tabung Haji sekarang iaitu Tan Sri Abdul Rashid Hussain adalah salah seorang ahli Suruhanjaya Diraja yang bersetuju dengan penemuan-penemuan mengenai zakat yang terkandung di dalam laporan RCI.

Saya berharap pihak berwajib terus memberi penjelasan yang boleh menjernihkan perkara-perkara yang ditimbulkan, terutamanya mengenai status bayaran zakat yang ditimbulkan.

Jangan kita ulangi episod sepuluh tahun lepas yang menolak mentah-mentah apabila rakyat biasa seperti saya mengutarakan soalan-soalan seperti yang saya tanya sekarang.

𝟱 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲

Bagi pihak 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
 
Saya ucapkan terima kasih kepada Tabung Haji atas satu kenyataan berkenaan isu zakat yang telah ditimbulkan dalam laporan RCI Tabung Haji.

Perkara yang ditimbulkan oleh Suruhanjaya Diraja mengenai isu zakat ini adalah lebih dalam daripada yang dikupas kenyataan media Tabung Haji semalam.

Malah, ada beberapa percanggahan ketara di antara pendirian pengurusan Tabung Haji dan penemuan Suruhanjaya Diraja.

Saya berharap pihak berwajib terus memberi penjelasan yang boleh menjernihkan perkara-perkara yang ditimbulkan, terutamanya mengenai status bayaran zakat yang ditimbulkan.

Jangan kita ulangi episod sepuluh tahun lepas yang menolak mentah-mentah apabila rakyat biasa seperti saya mengutarakan soalan-soalan seperti yang saya tanya sekarang.

Tonton ulasan lanjut saya di video ini.

 

RCI TH jadi ujian kematangan politik Umno, kata penganalisis​

c96033e9-5_pau2025_perhimpunan_agung_umno_moganraj_fmt_16012026-copy-7.jpg

Khairy Jamaluddin berkata Umno perlu mengakui kegagalannya dalam menguruskan Tabung Haji ketika berkuasa, susulan pendedahan laporan RCI.

Syaza Shukri berpandangan gesaan bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin memberi ruang kepada parti itu menunjukkan kesediaan menerima kesilapan lalu tanpa terlalu cepat menolak dapatan berkenaan.

Penganalisis dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu berkata langkah terbaik ketika ini adalah mengakui kelemahan yang berlaku kerana siasatan RCI sudah selesai, manakala sebarang tindakan lanjut harus dibenarkan sekiranya mempunyai asas.

“Jika Umno boleh mengakui memang ada kesilapan berlaku dan sekiranya ada asas untuk tindakan lanjut, biarlah siasatan diteruskan.

“Jangan terlalu cepat menolak atau mendakwa tiada apa-apa yang salah,” katanya kepada FMT.

Khairy menerusi program audio siar Keluar Sekejap dipetik berkata Umno perlu mengakui kegagalannya dalam menguruskan TH ketika berkuasa, susulan pendedahan laporan RCI mengenai pengurusan, operasi dan kewangan dana berkenaan.

Beliau turut mengkritik tindakan sesetengah pihak mempertahankan parti atas alasan laporan itu tidak membuktikan penyelewengan dana oleh pemimpin politik atau kerana TH masih mampu mengagihkan hibah kepada pendeposit.

Laporan RCI setebal 252 muka surat berhubung siasatan ke atas pengurusan dan operasi TH dari 2014 hingga 2020 dinyahklasifikasikan dan didedahkan minggu lalu, selepas suruhanjaya itu menyiapkannya pada Julai 2022.

Hasil siasatan RCI antara lain mendapati TH menyembunyikan keadaan sebenar kewangannya selama bertahun-tahun, dengan melaporkan keuntungan RM3.4 bilion bagi 2017, sedangkan di bawah piawaian perakaunan betul ia sepatutnya merekodkan kerugian bersih RM1.4 bilion – jurang hampir RM4.8 bilion.

Bagaimanapun, Syaza tidak menjangkakan teguran Khairy akan memberi tekanan besar kepada kepimpinan Umno atau mengubah pendirian akar umbi yang masih sukar menerima bahawa wujud kelemahan dalam pengurusan TH.

Menurutnya, kenyataan seumpama itu lazimnya dianggap pandangan peribadi, walaupun terdapat sedikit keterbukaan daripada Presiden Umno Zahid Hamidi, terhadap laporan berkenaan.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dari Global Asia Consulting pula melihat laporan RCI sebagai peluang Umno menunjukkan kematangan dengan mengakui kelemahan ketika parti itu memerintah.

Namun, beliau menegaskan pembaharuan tidak boleh terhenti pada pengakuan Umno kerana laporan itu turut mencerminkan kelemahan sistemik dalam tadbir urus institusi strategik negara.

Menurutnya, walaupun tiada bukti pemimpin politik menyeleweng dana pendeposit, laporan berkenaan mendedahkan keputusan pelaburan tidak berhemah, kegagalan pengawasan dan budaya membuat keputusan yang dipengaruhi kepentingan politik.

“Dalam tadbir urus moden, kegagalan bukan hanya diukur melalui jenayah, tetapi juga melalui kecuaian institusi.

“Persoalan lebih besar ialah mengapa institusi kewangan bernilai berbilion ringgit masih dikendalikan mengikut logik politik, bukannya meritokrasi,” katanya.
 
𝗥𝗖𝗜 𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗔𝗞𝗔𝗨𝗡 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜: "𝗖𝗥𝗘𝗔𝗧𝗜𝗩𝗘 𝗔𝗖𝗖𝗢𝗨𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚"

Akta Tabung Haji dah tulis dengan jelas. Hibah hanya boleh dibayar daripada lebihan. Kalau rizab negatif, tak boleh bayar.

Itu bukan teknikaliti. Itu benteng perlindungan dan ada sebabnya.

Rizab Tabung Haji mula negatif pada 2014. Hibah tetap dibayar. 2014, 2015, 2016, 2017.

Macam mana?

Kalau ikut piawaian perakaunan yang betul, saham yang dibeli RM4 tapi nilainya 30 sen kena dikira 30 sen. Bezanya rugi. Kalau ikut cara itu, akaun Tabung Haji negatif, dan hibah tak boleh dibayar.

Jadi mereka tak ikut cara itu.

Mereka cipta kaedah sendiri. Namanya realizable asset value. Di bawah kaedah itu, rosot nilai hanya diiktiraf kalau nilai jatuh 70 peratus. Lepas tu ditukar lagi kepada 10 peratus.

Maksudnya, saham yang dibeli pada RM4 kekal dikira pada RM4, selagi ia tak jatuh sampai 40 sen.

Hasilnya, daripada rugi RM1.4 bilion, akaun tunjuk untung RM3.4 bilion.

Polisi perakaunan itu ditukar dua kali dalam tahun 2017 sahaja.

Perkataan yang digunakan RCI untuk menggambarkan semua ini bukan perkataan saya. Suruhanjaya RCI sendiri yang tulis - Creative Accounting.

Kepada Akmal Saleh dan sesiapa yang masih berhujah bahawa dividen tinggi maksudnya Tabung Haji untung, inilah jawapannya. Saya telah berhujah benda yang sama di Parlimen Mac 2016. Sepuluh tahun kemudian, RCI mengesahkan.

 

'Polis Bertindak Selepas PM?' Rafizi Jawab Soalan Datuk Salim Mengenai SPRM​

Bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengakui kegagalan Pakatan Harapan (PH) memperkukuhkan naratif integriti ketika mentadbir negara menjadi antara faktor utama mengapa politik perkauman dan agama kembali mendominasi landskap politik Malaysia.

Berucap dalam Siri Forum BERSAMA #1:
Apa Akan Jadi Kepada Tabung Haji, Rafizi berkata isu rasuah tidak lagi memberi kesan besar kepada persepsi pengundi kerana keyakinan rakyat terhadap usaha membanteras penyelewengan telah semakin terhakis.Beliau berkata, selepas empat tahun mentadbir, kerajaan sepatutnya membuktikan bahawa mempertahankan integriti benar-benar membawa manfaat kepada rakyat.

Sebaliknya, peluang tersebut menurutnya telah disia-siakan sehingga ramai kini melihat semua ahli politik sebagai sama."Kalau kita dakwa siapa pun sekarang, orang sudah tidak peduli. Mereka kata semua ahli politik sama," katanya.

Mengulas persoalan mengenai tindakan pihak berkuasa dalam kes-kes berprofil tinggi termasuk isu Tabung Haji, Rafizi berkata beliau tidak mengetahui sama ada terdapat arahan daripada Perdana Menteri. Namun beliau mengakui persepsi bahawa siasatan hanya bergerak apabila melibatkan kepentingan politik tertentu telah menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap institusi penguatkuasaan.

Menurut beliau, SPRM sebenarnya mempunyai kepakaran forensik kewangan yang terbukti dalam siasatan kompleks seperti 1MDB dan SRC. Justeru, beliau berpandangan agensi itu perlu diberikan kebebasan sepenuhnya serta sumber tambahan untuk menjejaki aliran wang dalam kes-kes seperti Tabung Haji sehingga ke dalang sebenar.Rafizi turut menegaskan bahawa pertembungan politik di Malaysia sentiasa berkisar antara dua naratif, iaitu politik perkauman dan agama berdepan politik yang berasaskan integriti serta kecekapan pentadbiran.

Katanya, kegagalan PH memperkukuhkan "antidot" tersebut menyebabkan naratif perkauman menjadi semakin dominan. Beliau juga mengingatkan bahawa menyalahkan rakyat selepas sesuatu kekalahan pilihan raya bukanlah jalan penyelesaian, sebaliknya golongan progresif perlu menerima kegagalan mereka sendiri dalam menawarkan alternatif yang lebih meyakinkan.

Walaupun mengakui parti baharunya kini masih kecil, Rafizi tetap optimis perubahan mampu berlaku. Beliau percaya rakyat akhirnya akan menilai prestasi dan keupayaan sebenar pemimpin, bukannya retorik berasaskan kaum atau agama semata-mata."Kita perlu terus membina politik yang berasaskan integriti dan kecekapan. Naratif perkauman dan agama tidak pernah menyelesaikan masalah rakyat," katanya.

 
Back
Top
Log in Register