BTC USD 81,660.9 Gold USD 4,133.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perihal RCI TH

LSS tu dok Malaysia je bang tak betul saman je la saman tak nak tapi koyak lebau :ROFLMAO:

dah nampak kan presedence kes tu jadi nya kalau org tu dok obersea kutuk-kutuk or masuk campur urusan politik Malaysia tapi dia duduk oversae tak blh la nak saman dah.

ni LSS dok Malaysia awat teruk sgt

Sape koyak gan apek Eric??

Yg den tau walaun type r koyak gan harakat sampai masuk parlimen suruh pmx block 🤣 😂 🤣 😂

Yg Sarawak report deal tepi sebab alasan duk obersea ke?? Bukan memang dia kt oversea tuang presideng saman sampai kutip derma berjuta? Kutip derma sebab nak lawan saman bukan suruh deal tepi kan 😂 😆
 
Sape koyak gan apek Eric??

Yg den tau walaun type r koyak gan harakat sampai masuk parlimen suruh pmx block 🤣 😂 🤣 😂

Yg Sarawak report deal tepi sebab alasan duk obersea ke?? Bukan memang dia kt oversea tuang presideng saman sampai kutip derma berjuta? Kutip derma sebab nak lawan saman bukan suruh deal tepi kan 😂 😆
kP Jkom pun ad Komen kat page LSS

LSS sorg ramai trooper keroyok pakai fake account.
 
HO2C0mbaIAAYwmn.jpg


𝗦𝗶𝗿𝗶 𝗙𝗼𝗿𝘂𝗺 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 #𝟭: 𝗔𝗽𝗮 𝗔𝗸𝗮𝗻 𝗝𝗮𝗱𝗶 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗧𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗛𝗮𝗷𝗶?

Laporan RCI Tabung Haji telah membuka banyak persoalan yang perlu dijawab. Namun, persoalannya sekarang bukan lagi sekadar apa yang berlaku, tetapi tindakan yang akan diambil selepas ini.

Kerajaan dan ahli politik hanya akan memberi perhatian apabila wujud perbincangan awam yang berterusan serta tekanan daripada rakyat. Apabila isu semakin sunyi, keutamaan juga berubah. Akhirnya, laporan tinggal laporan, tanpa tindakan yang benar-benar membawa perubahan.

Sebab itu kita tidak boleh membiarkan isu ini dilupakan. Kita perlu terus menyegarkan diskusi dapatan RCI, membincangkannya secara terbuka, dan memastikan pihak yang bertanggungjawab terus dipersoalkan sehingga tindakan diambil.

Justeru, BERSAMA menjemput orang awam untuk menghadiri 𝗦𝗶𝗿𝗶 𝗙𝗼𝗿𝘂𝗺 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 #𝟭: 𝗔𝗽𝗮 𝗔𝗸𝗮𝗻 𝗝𝗮𝗱𝗶 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗧𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗛𝗮𝗷𝗶 pada ketetapan berikut:

𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵:
6 Ogos 2026 (Khamis)

𝗠𝗮𝘀𝗮:
8.00 malam

𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁
Ibu Pejabat BERSAMA, 31, Jalan PP16/4, Perdana Industrial Park, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor.

𝗕𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗻𝗲𝗹𝗶𝘀:

1- Rafizi Ramli
2- Nik Nazmi
3- Datuk Nik Mustapha Nik Hassan
4- Faizal Rahman

𝗠𝗼𝗱𝗲𝗿𝗮𝘁𝗼𝗿
Ibrahim Sani
 



𝟮𝟬𝟭𝟲 𝗛𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔 𝟮𝟬𝟭𝟵: 𝗥𝗖𝗜 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧𝗜 𝗭𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥 𝗟𝗧𝗛 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗭𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗘𝗣𝗢𝗦𝗜𝗧

Ramai orang tua kita simpan dalam Tabung Haji bukan sebab dividen.

Mereka simpan sebab satu perkara. Zakat dah diuruskan. Tak payah fikir dah.

Asasnya kukuh. Pada 1979, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan kontrak antara LTH dengan pendeposit adalah mudarabah. Sebab itulah LTH kena bayar zakat bagi pihak pendeposit sebelum hibah diagihkan.

Rujuk semula laporan RCI - baca perenggan 3.7.13 hingga 3.7.24 dalam laporan RCI, muka surat 68 hingga 72.

Pada 2016, akad itu ditukar kepada wadiah yad dhamanah. Suruhanjaya mendapati tiada penjelasan kenapa.

Di bawah akad baharu itu, LTH menjadi peminjam kepada duit simpanan. Maka zakat yang dibayar LTH pada masa itu adalah zakat LTH sendiri sebagai institusi. Bukan zakat pendeposit.

Pendeposit sepatutnya membayar zakat simpanan sendiri. 2.5% daripada jumlah simpanan.

Ini berlangsung dari 2016 sehingga Disember 2019.

Tiga tahun.

Bank Negara sudah bangkitkan perkara ini dalam surat kepada Perdana Menteri ketika itu pada 26 Jun 2019.

Saya bukan pakar syariah. Saya tidak mengeluarkan hukum. Itu tugas Muzakarah MKI dan mufti.

Tetapi saya berhak bertanya, dan saya sudah bertanya secara rasmi:

Adakah kerajaan telah melunaskan zakat bagi pihak pendeposit bagi tempoh 2016 hingga 2019?

Apakah panduan yang boleh diberikan kepada pendeposit yang selama ini yakin zakat mereka sudah dibayar?

Bilakah Tabung Haji akan keluarkan kenyataan menjelaskan perkara ini?

Sehingga hari ini, belum ada jawapan.
 
Laporan RCI ni UMNO, PAS Dan PN yg mintak dibuat pada tahun 2020

Yang menentang Utk dibuat laporan RCI ni PH

🤣🤣🤣🤣

Diorg ni Tau ke tak baca laporan tu laporan tu dibuat Masih ikut laporan Dari PWC sampai tahun 2020 hahahaha..

Lagi satu masa PH jadi kerajaan laporan audit 2018 tabung haji lewat dikeluarkan pada tahun 2019 tetapi laporan akan dikeluarkan mac 2020 dikeluarkan secara rasmi 25 ogos 2020

 
Last edited:
Laporan RCI ni UMNO, PAS Dan PN yg mintak dibuat pada tahun 2020

Yang menentang Utk dibuat laporan RCI ni PH

🤣🤣🤣🤣

Diorg ni Tau ke tak baca laporan tu laporan tu dibuat Masih ikut laporan Dari PWC sampai tahun 2020 hahahaha..

Lagi satu masa PH jadi kerajaan laporan audit 2018 tabung haji lewat dikeluarkan pada tahun 2019 tetapi laporan akan dikeluarkan mac 2020 dikeluarkan secara rasmi 25 ogos 2020



Tak pelik la...
diorg yg mintak pun taktau...
Bkn bosskur yg mintak...
Skang puashati ke?
Dulu kate fitnah...
Skang nak kate ape? 🤣
 
Last edited:

RCI Tabung Haji: Bekas CFO Syarikat Milik Badan Berkanun Hadir Ke SPRM​

5074abecf8a967b5c672e5a093422fb06a72cce34c26b

Bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) sebuah syarikat milik badan berkanun hadir semula di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini bagi menyambung rakaman percakapan dan membantu siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam proses pembelian saham dua syarikat perladangan bernilai RM370 juta serta Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji.

Bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) sebuah syarikat milik badan berkanun yang disyaki menyalahgunakan kuasa dalam proses pembelian saham dua syarikat perladangan bernilai RM370 juta hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini untuk dirakam percakapan.

Wanita berusia 60 tahun itu tiba dengan menaiki sebuah kenderaan berwarna hitam pada 11.40 pagi.

Difahamkan wanita berkenaan merupakan individu ketiga yang dipanggil SPRM untuk membantu siasatan berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji itu.

Semalam, SPRM menahan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat milik badan berkanun yang disyaki telah menyalah guna kuasa dalam proses pembelian saham dua syarikat perladangan bernilai RM370 juta.

Menurut sumber SPRM, suspek berumur 68 tahun itu ditahan semasa hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira 6.30 petang semalam.

Bagaimanapun, individu itu dibebaskan pada malam hari yang sama atas faktor kesihatan dan diarahkan hadir semula hari ini bagi menyambung rakaman percakapan.

Tangkapan itu susulan siasatan pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyemak dan meneliti hasil Laporan RCI Tabung Haji yang didedahkan kepada umum menerusi portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 29 Julai lepas.

Sebelum ini media melaporkan penahanan seorang pengarah syarikat reka bentuk kerana disyaki memberi rasuah kepada seorang bekas ketua pegawai operasi (COO) badan berkanun bernilai kira-kira RM300,000 sebagai balasan membantu mendapatkan projek ubah suai di badan berkanun tersebut.

Suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu direman dua hari hingga hari ini.

 

RCI Tabung Haji: SPRM Reman Tiga Lagi Individu Berhubung Penyelewengan NOP RM450,000​

13686d4aa1f9844b9d9f6057cc9995c86a72d7543cb06

Kredit: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga lagi individu, termasuk seorang timbalan pengurus besar pembinaan, pengurus keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pengarah projek sebuah syarikat hartanah yang merupakan anak syarikat sebuah badan berkanun, kerana disyaki bersubahat menyeleweng caj notis penalti (NOP) berjumlah kira-kira RM450,000.

Perintah reman selama lima hari hingga 9 Ogos terhadap ketiga-tiga suspek lelaki berumur lingkungan 50-an itu dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Menurut sumber SPRM, kesemua suspek ditahan di Ibu Pejabat SPRM kira-kira 6 petang semalam.

"Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara 2017 hingga 2019," menurut kenyataan itu.

Sumber SPRM memaklumkan tahanan reman itu susulan daripada siasatan oleh pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyemak dan meneliti hasil Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji yang telah didedahkan kepada umum menerusi portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 29 Julai lepas.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

 
Back
Top
Log in Register