BTC USD 81,660.9 Gold USD 4,133.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perihal RCI TH

Meh kita Tanya chatgpt

Bro kalau kau jadi bos TH or PH kau nak jual ke ladang tu? Hahahaha

Hahaha, soalan perangkap ni bro! 🎯 Tapi kalau aku kena pakai topi "Bos THP / Kerajaan" waktu tu, ini mindset dan keputusan yang aku akan buat:


1. Kalau aku Bos THP / Kerajaan PH (Tahun 2019):​


Aku akan TAHAN dan TAK JUAL pada harga RM170 juta tu.


Sebab apa?


  • Matematik Tak 'Ngam' (Valuation vs Offer): Bila korang pegang report penilai swasta bebas (WTW) yang cakap nilaian pasaran RM280 juta, dan JPPH pulak cakap RM224 juta, bertindak menjual pada harga RM170 juta itu persis red flag besar. Mana-mana pengurusan korporat yang waras akan diserang dari segi isu tadbir urus (governance) kalau jual discount sampai 30%–40% bawah harga pasaran!
  • Solusi Alternatif: Memang betul waktu tu THP terdesak nak bayar hutang RM130 juta. Tapi jual aset bernilai tinggi secara fire-sale sebab nak selesaikan hutang jangka pendek biasanya bukan keputusan strategik yang bijak. Aku akan cari jalan lain dulu: contohnya restructure balik hutang dengan bank, buat joint-venture (JV) untuk bangunkan tanah unplanted tu, atau jual aset lain yang tak se-kontroversi tu.

2. Kenapa Keputusan "Tahan / Batal" Tu Betul (Melihat dari Masa Depan):​


Kadang-kadang dalam perniagaan, luck pun penting. Bila jualan tu terbatal pada akhir 2020, tak sampai berapa bulan lepas tu harga minyak sawit (CPO) melonjak gila-gila ke paras sejarah (RM4,000–RM6,000/ton).


  • Kalau ladang tu dah terlepas ke tangan Tamaco pada harga RM170 juta, pembeli tu yang akan senyum lebar kutip profit meletup time boom CPO 2021–2022.
  • Sebab jualan terbatal, THP yang merasa keuntungannya, sekali gus menyelamatkan imej THP dan akaun Tabung Haji sendiri.

Kesimpulannya:​


Sebagai pengurus dana deposit awam (terutamanya dana jemaah haji), prinsip Prudence (Berhati-hati) wajib mendahului tekanan jangka pendek. Nak cash out cepat tu faham, tapi kalau price tag jauh di bawah nilaian rasmi (JPPH/WTW), tindakan menahan atau menyemak semula tender adalah keputusan yang jauh lebih selamat daripada kena smackdown dengan audit & RCI kelak! 😅
 
Yang paling kelakar mcm mana PH blh lantik private valuer value kan ladang milik TH tanah yg ad sawit lagi rendah Dari JPPH 🤣🤣

TH dah ada report mortgage jpph RM 198 juta Dan mortgage report Dari private valuer 300 juta Utk local bank bagi loan

Kalau la tamaco nak beli ladang tu pakai loan bank Malaysia, loan 60% maksimum Dari private valuer report Dan 40 deposit.

ph blh suruh private valuer keluarkan report baru RM 120 juta Dan Cuba jual 170 juta

Kebanyakan company akan push valuation report harga tinggi.

Kalau org kampung baru pun hangin satu badan.. tanah jpph value sekalki RM 800 ph lantik private valuer rege sekali RM 600

Riot mau kg Baru 🤣🤣🤣
sebab harta dh depan mata, apa lagi kasi value rendah... beli harga borong la🤭🤭🤭🤭.....lingkup
 


𝗥𝗘𝗔𝗞𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗟𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗡𝗔𝗜 𝗥𝗖𝗜 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜

Bila saya timbulkan isu RCI Tabung Haji dalam kempen PRN Johor yang lepas, kemudian tiba-tiba Dato’ Seri Anwar Ibrahim umum akan dedah laporan RCI ini, ada macam-macam komen dan ulasan.

Saya akan ulas kemudian alasan Dato’ Seri Anwar konon laporan ini tidak disiarkan lebih awal dalam tahun 2023 untuk mengelakkan penabung panik. Banyak pusing la tu, saya akan tunjukkan angka-angka Tabung Haji.

Yang Umno pulak, banyak yang fokus kepada teguran saya saja mengenai timing laporan ini hendak didedahkan. Mereka buat-buat tak baca pasal ulasan saya bagaimana laporan RCI Tabung Haji ini akan membuktikan pendedahan-pendedahan yang saya buat antara tahun 2015 ke 2018 itu adalah benar.

Yang paling menarik, komen orang PAS.

Mereka marah sebab saya petik nama PAS yang mensucikan Umno dalam kes Tabung Haji sejak ia mula-mula didedahkan lagi.

Mereka tak mengaku selama ini PAS mensucikan Umno dalam hal ini.

Saya akan ulas isu Tabung Haji ini panjang lebar dalam podcast YBM minggu ini.

Tetapi untuk persediaan, terutamanya orang PAS yang buat-buat lupa mengenai peranan PAS mensucikan Umno dalam isu Tabung Haji, kena ingat bahawa internet tidak pernah lupa.

Saya sertakan video saya yang menerangkan perihal Tabung Haji, PAS dan Umno yang pernah saya kongsi dahulu.

Video ini panjang, lebih kurang 10 minit, jadi tahan je lah telinga dengar sampai habis.
 
𝗔𝗦𝗔𝗟 𝗨𝗦𝗨𝗟 𝗦𝗞𝗔𝗡𝗗𝗔𝗟 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜

Kita tunggu laporan RCI Tabung Haji didedahkan.

Insya-Allah, sebahagian dari yang ada dalam laporan RCI itu saya dah ulas lama dalam Parlimen, sejak 2016 lagi.

Untuk memudahkan memahami laporan RCI Tabung Haji jika dan bila didedahkan kelak, boleh tonton balik ucapan saya di Parlimen dalam bulan Mac 2016.

Boleh lihat sendiri macam mana ahli-ahli Parlimen Umno beriya tuduh saya konon saya buat-buat cerita.

Klik pautan berikut untuk menonton semula ucapan penuh saya berkenaan Tabung Haji pada tahun 2016:

 
LAPORAN RCI TABUNG HAJI

Saya seorang pembaca yang perlahan.

Ambil masa nak baca dan semak angka satu-satu, kemudian semak kembali dengan 54 artikel mengenai analisa Tabung Haji yang saya tulis antara 2015 ke 2018.

Insya-Allah saya akan nyatakan beberapa pandangan awal dalam satu kenyataan media tengah hari ini.

Selebihnya saya akan kupas dengan mendalam semasa Podcast YBM Episod 57 malam esok, Jumaat 31 Julai 9 malam.

Laporan RCI ini mengesahkan perkara yang telah berlaku dalam satu institusi.

Orang-orang politik sibuk menuding jari.

Yang lebih penting ialah bagaimana kita mengelakkan musibah yang sama berlaku di masa akan datang, dalam institusi rakyat yang lain.
 
HOh-5wRbgAAw5FK.jpg

HOh-7mEbAAAZUtX.jpg

HOh-9McaEAAKky1.jpg

HOh--sAa4AAN3rT.jpg


𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
𝟯𝟭 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲

𝗥𝗖𝗜 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜:
𝟭𝟬 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗟𝗔𝗟𝗨, 𝟱 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗗𝗘𝗣𝗔𝗡 𝗥𝗜𝗦𝗜𝗞𝗢

Pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji telah mengembalikan perhatian orang ramai kepada pelbagai isu yang berlaku di Tabung Haji sejak 2014 lagi.

Kes Tabung Haji adalah sesuatu yang peribadi kepada saya kerana saya adalah ahli politik yang pertama yang mendedahkan kedudukan rizab Tabung Haji yang negatif bermula dari tahun kewangan 2015.

Saya bawa perkara ini ke parlimen seawal Mac 2016, diikuti dengan 34 pendedahan lain di antara 2016 ke 2018 mengenai salah laku, pelaburan yang lesap dan keterlibatan Tabung Haji dalam skandal 1MDB sepanjang pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak dahulu.

Saya telah ditangkap, didakwa dan hampir dipenjarakan. Selama sedekad saya menjadi bahan fitnah kononnya saya menghasut orang Islam untuk memusnahkan Tabung Haji.

Hasil dari pendedahan-pendedahan ini juga telah menjadi modal politik kepada PKR dan Pakatan Harapan selama sedekad.

Malah, isu laporan RCI Tabung Haji kali ini pun timbul akibat dari ucapan-ucapan saya di PRN Johor sebulan lalu yang mengkritik kompromi politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan UMNO, sehingga laporan RCI itu diperam selama lebih tiga tahun.

Apa pun, saya bersyukur laporan ini telah didedahkan untuk memberi peluang kepada orang ramai membaca dan menilai sendiri, selain dari membersihkan nama saya dari fitnah lawan politik terhadap saya mengenai Tabung Haji.

Laporan yang panjang itu mengesahkan 5 perkara pokok:

i.Pelbagai transaksi yang mencurigakan dan yang menyembunyikan maklumat telah berlaku sehingga menyebabkan kerugian berbilion ringgit;

ii.Rizab Tabung Haji telah menjadi negatif sejak dari tahun kewangan 2015 dan memuncak dalam tahun kewangan 2017, sehingga memaksa kerajaan PH ketika itu di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohamad meluluskan satu ‘bail-out’ bernilai RM19.9 bilion (nilai akhir sekitar RM27.8 bilion pada tarikh matang pada keuntungan 4.05% ke 4.10% setahun);

iii.Hibah (atau keuntungan) tetap diagihkan kepada pendeposit antara tahun 2014 hingga 2017 walaupun rizab Tabung Haji telah menjadi negatif demi populariti politik UMNO/BN, yang menjadikan Tabung Haji beroperasi sebagai skim cepat kaya (menggunakan simpanan pendeposit baru untuk dipusing modal membayar dividen kepada pendeposit lain);

iv.Tabung Haji telah mencipta peraturan perakaunan dalaman untuk membolehkan hibah dibayar semasa rizab negatif, walaupun itu bertentangan dengan akta dan peraturan-peraturan pelaporan kewangan Malaysia dan antarabangsa; dan

v.‘Bail out’ Tabung Haji berjumlah RM27.8 bilion (pada nilai akhir semasa matang) melalui UJSB hanyalah satu tindakan sementara yang bergantung kepada kemampuan Kerajaan Persekutuan melunaskan komitmen ‘bail out’ itu pada tarikh matang.

Saya bersetuju dengan hampir semua saranan-saranan yang dibuat ahli-ahli RCI. Ini termasuklah:

a)Semua Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji dan anak-anak syarikat Tabung Haji, pegawai-pegawai kanan yang membuat keputusan perlu dipertanggungjawabkan;

b)Siasatan perakaunan forensik perlu dibuat bersama-sama dengan siasatan jenayah oleh SPRM, SC, PDRM, BNM dan mana-mana agensi penguatkuasaan dan penyelia; dan

c)Kerajaan perlu memutuskan dengan telus dan berterus terang mengenai model pembiayaan haji untuk memastikan beban subsidi haji tidak terus meningkat hingga mengancam kelangsungan Tabung Haji.

Malah, ada beberapa perkara yang saya rasa tindakan yang perlu dibuat itu mesti lebih keras.

Contohnya, Malaysia perlu mengkanunkan secara undang-undang satu bentuk kesalahan kepada pembuat keputusan (baik menteri, pegawai-pegawai kanan kerajaan, ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan) apabila berlaku penyelewengan di bawah seliaan mereka, walaupun mereka mengaku tidak mendapat laba dari penyelewengan itu.

Ini adalah kenyataan pertama dari saya dan BERSAMA mengenai RCI Tabung Haji.

Dalam minggu-minggu akan datang, saya akan membentangkan analisis dan pendedahan mengenai banyak lagi perkara-perkara yang disentuh di dalam laporan RCI ini.

Harapan saya supaya orang ramai dapat mengetahui kedudukan sebenar Tabung Haji yang sebenarnya masih terdedah kepada risiko kelangsungan, walaupun Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendabik dada kononnya laporan RCI hanya didedahkan kini (setelah diperam selama 3 tahun) kerana pentadbirannya telah berjaya memulihkan Tabung Haji.

Saya juga akan mengupas laporan RCI ini secara terperinci dalam Podcast YBM Episod 57 malam ini, jam 9 malam.

𝟯𝟭 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲

Bagi pihak 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
 


𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
𝟯𝟭 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲

𝗥𝗖𝗜 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜:
𝟭𝟬 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗟𝗔𝗟𝗨, 𝟱 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗗𝗘𝗣𝗔𝗡 𝗥𝗜𝗦𝗜𝗞𝗢

Pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji telah mengembalikan perhatian orang ramai kepada pelbagai isu yang berlaku di Tabung Haji sejak 2014 lagi.

Kes Tabung Haji adalah sesuatu yang peribadi kepada saya kerana saya adalah ahli politik yang pertama yang mendedahkan kedudukan rizab Tabung Haji yang negatif bermula dari tahun kewangan 2015.

Saya bawa perkara ini ke parlimen seawal Mac 2016, diikuti dengan 34 pendedahan lain di antara 2016 ke 2018 mengenai salah laku, pelaburan yang lesap dan keterlibatan Tabung Haji dalam skandal 1MDB sepanjang pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak dahulu.

Saya telah ditangkap, didakwa dan hampir dipenjarakan. Selama sedekad saya menjadi bahan fitnah kononnya saya menghasut orang Islam untuk memusnahkan Tabung Haji.

Hasil dari pendedahan-pendedahan ini juga telah menjadi modal politik kepada PKR dan Pakatan Harapan selama sedekad.

Malah, isu laporan RCI Tabung Haji kali ini pun timbul akibat dari ucapan-ucapan saya di PRN Johor sebulan lalu yang mengkritik kompromi politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan UMNO, sehingga laporan RCI itu diperam selama lebih tiga tahun.

Apa pun, saya bersyukur laporan ini telah didedahkan untuk memberi peluang kepada orang ramai membaca dan menilai sendiri, selain dari membersihkan nama saya dari fitnah lawan politik terhadap saya mengenai Tabung Haji.

Laporan yang panjang itu mengesahkan 5 perkara pokok:

i. Pelbagai transaksi yang mencurigakan dan yang menyembunyikan maklumat telah berlaku sehingga menyebabkan kerugian berbilion ringgit;

ii.Rizab Tabung Haji telah menjadi negatif sejak dari tahun kewangan 2015 dan memuncak dalam tahun kewangan 2017, sehingga memaksa kerajaan PH ketika itu di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohamad meluluskan satu ‘bail-out’ bernilai RM19.9 bilion (nilai akhir sekitar RM27.8 bilion pada tarikh matang pada keuntungan 4.05% ke 4.10% setahun);

iii. Hibah (atau keuntungan) tetap diagihkan kepada pendeposit antara tahun 2014 hingga 2017 walaupun rizab Tabung Haji telah menjadi negatif demi populariti politik UMNO/BN, yang menjadikan Tabung Haji beroperasi sebagai skim cepat kaya (menggunakan simpanan pendeposit baru untuk dipusing modal membayar dividen kepada pendeposit lain);

iv. Tabung Haji telah mencipta peraturan perakaunan dalaman untuk membolehkan hibah dibayar semasa rizab negatif, walaupun itu bertentangan dengan akta dan peraturan-peraturan pelaporan kewangan Malaysia dan antarabangsa; dan

v. ‘Bail out’ Tabung Haji berjumlah RM27.8 bilion (pada nilai akhir semasa matang) melalui UJSB hanyalah satu tindakan sementara yang bergantung kepada kemampuan Kerajaan Persekutuan melunaskan komitmen ‘bail out’ itu pada tarikh matang.

Saya bersetuju dengan hampir semua saranan-saranan yang dibuat ahli-ahli RCI. Ini termasuklah:

a) Semua Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji dan anak-anak syarikat Tabung Haji, pegawai-pegawai kanan yang membuat keputusan perlu dipertanggungjawabkan;

b) Siasatan perakaunan forensik perlu dibuat bersama-sama dengan siasatan jenayah oleh SPRM, SC, PDRM, BNM dan mana-mana agensi penguatkuasaan dan penyelia; dan

c) Kerajaan perlu memutuskan dengan telus dan berterus terang mengenai model pembiayaan haji untuk memastikan beban subsidi haji tidak terus meningkat hingga mengancam kelangsungan Tabung Haji.

Malah, ada beberapa perkara yang saya rasa tindakan yang perlu dibuat itu mesti lebih keras.

Contohnya, Malaysia perlu mengkanunkan secara undang-undang satu bentuk kesalahan kepada pembuat keputusan (baik menteri, pegawai-pegawai kanan kerajaan, ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan) apabila berlaku penyelewengan di bawah seliaan mereka, walaupun mereka mengaku tidak mendapat laba dari penyelewengan itu.

Ini adalah kenyataan pertama dari saya dan BERSAMA mengenai RCI Tabung Haji.

Dalam minggu-minggu akan datang, saya akan membentangkan analisis dan pendedahan mengenai banyak lagi perkara-perkara yang disentuh di dalam laporan RCI ini.

Harapan saya supaya orang ramai dapat mengetahui kedudukan sebenar Tabung Haji yang sebenarnya masih terdedah kepada risiko kelangsungan, walaupun Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendabik dada kononnya laporan RCI hanya didedahkan kini (setelah diperam selama 3 tahun) kerana pentadbirannya telah berjaya memulihkan Tabung Haji.

Saya juga akan mengupas laporan RCI ini secara terperinci dalam Podcast YBM Episod 57 malam ini, jam 9 malam.

𝟯𝟭 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲

Bagi pihak 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
 


𝗣𝗢𝗗𝗖𝗔𝗦𝗧 𝗬𝗕𝗠 𝗘𝗣𝗜𝗦𝗢𝗗 𝟱𝟳: 𝗟𝗔𝗣𝗢𝗥𝗔𝗡 𝗥𝗖𝗜 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜

Malam ini, Podcast YBM Episod 57 kembali bersiaran pada jam 9.00 malam di saluran YouTube dan TikTok saya.

Sediakan kalkulator dan buku nota. Perbincangan malam ini akan panjang dan padat. Kita akan mengupas secara terperinci angka-angka dalam Laporan RCI Tabung Haji yang sedang hangat diperkatakan, satu demi satu.

Bukan sekadar mengulas kandungan laporan RCI, saya juga akan menjawab persoalan yang lebih besar: apakah sebenarnya yang berlaku kepada Tabung Haji, dan di manakah kedudukan Tabung Haji hari ini?

Sejak laporan ini diterbitkan, saya melihat pelbagai pihak segera membentuk naratif masing-masing.

Penyokong PH bersorak sambil mempersendakan UMNO.

Yang UMNO buat-buat tak nampak, lalu terus bertanya, "Mana sakaunya?"

AMANAH pula tampil menyatakan bahawa Tabung Haji berjaya diselamatkan hasil usaha mereka.

Pada masa yang sama, ramai yang mengulangi penjelasan Dato' Seri Anwar Ibrahim bahawa laporan ini kononnya tidak didedahkan selama tiga tahun kerana kerajaan perlu memberi ruang untuk memulihkan Tabung Haji terlebih dahulu. Kini, apabila Tabung Haji dikatakan sudah kembali kukuh, barulah laporan itu didedahkan bukan kerana pertimbangan politik.

Persoalannya, adakah semua dakwaan ini benar?

Adakah setiap pihak sedang berpandukan fakta, atau sekadar memilih fakta yang menyebelahi naratif politik masing-masing?

Malam ini, saya akan membawa kita semua meneliti angka, kronologi dan fakta supaya kita boleh menilai sendiri apa yang sebenarnya berlaku berdasarkan fakta dan angka, bukan sentimen atau propaganda politik.

Semua persoalan ini akan saya jawab dalam Podcast YBM Episod 57, malam ini, 31 Julai, jam 9.00 malam, di saluran YouTube dan TikTok saya.
 
HOxYI0JbgAART02.jpg

HOxYKfTacAAOqo_.jpg

HOxYMw2bIAAAHLn.jpg

HOxYOJgbUAAGqli.jpg


𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
𝟯 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲

𝗥𝗖𝗜 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜:
𝗣𝗘𝗡𝗘𝗠𝗨𝗔𝗡 𝗥𝗖𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗡𝗔𝗜 𝗦𝗧𝗔𝗧𝗨𝗦 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗭𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗘𝗣𝗢𝗦𝗜𝗧

Dalam podcast YBM Episod 57 Jumaat lalu, saya telah mengulas dengan panjang lebar keseluruhan isi kandungan laporan RCI Tabung Haji yang diwartakan kepada orang ramai minggu lepas.

Daripada banyak perkara yang disentuh di dalam laporan RCI itu, berdasarkan reaksi orang ramai terutamanya yang beragama Islam, salah satu perkara yang menimbulkan kemarahan ialah penemuan Suruhanjaya Diraja mengenai status bayaran zakat bagi pihak pendeposit.

Hal ini dinyatakan di perenggan 3.7.13 (muka surat 68) hingga perenggan 3.7.24 (muka surat 72), yang saya boleh ringkaskan seperti berikut:

i.Pada tahun 1979, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam (kini dikenali sebagai Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa kontrak syariah di antara LTH dan pendeposit adalah Mudarabah.

ii.Oleh itu, LTH perlu membayar zakat bagi pihak pendeposit daripada aktiviti-aktiviti pelaburan dan perniagaan sebelum agihan keuntungan (hibah) dibuat.

iii.Sepanjang operasinya terutamanya di bawah pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak, bermula 2009, LTH telah mula menggunakan keuntungan pelaburan untuk membiayai sebahagian subsidi haji.

iv.Suruhanjaya Diraja berpandangan ini bertentangan dengan konsep Mudarabah iaitu pengusaha (Lembaga Tabung Haji) tidak boleh dengan bebas membelanjakan keuntungan pelaburan untuk memberi sumbangan (dalam kes ini sebagai subsidi haji) dengan sewenang-wenangnya, tanpa persetujuan rakan kongsi (pendeposit).

v.Pada tahun 2016, akad deposit (kontrak syariah) telah ditukar dari Mudarabah kepada Wadi’ah Yad Dhamanah, iaitu deposit dikira sebagai simpanan. LTH membayar keuntungan (hibah) kepada pendeposit untuk mengelakkan pembayaran riba.

vi.Suruhanjaya Diraja mendapati antara faktor perubahan tersebut adalah kerana LTH telah mula menggunakan sebahagian keuntungan pelaburan untuk membiayai subsidi di bawah akad Mudarabah.

vii.Kesan daripada pertukaran akad Wadi’ah Yad Dhamanah telah mengubah hubungan yang boleh menyebabkan pendeposit terdedah kepada tanggungan zakat ke atas deposit yang diserahkan kepada LTH.

viii.Perkara ini dibangkitkan oleh Bank Negara Malaysia dalam suratnya bertarikh 26 Jun 2019 kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad. BNM menyatakan bahawa penzahiran berkenaan zakat kepada pendeposit mungkin tidak sama sebagai kontrak di bawah Wadi’ah Yad Dhamanah.

ix.Di bawah akad Wadi’ah Yad Dhamanah, LTH telah menjadi peminjam kepada deposit yang disimpan. Justeru, bayaran zakat oleh LTH pada masa itu hanya mewakili perniagaan LTH sebagai sebuah institusi, manakala pendeposit sepatutnya perlu membayar zakat simpanan iaitu 2.5% dari jumlah simpanan.

x.LTH menukar kontrak syariah dari Wadi’ah Yad Dhamanah kepada Wakalah hanya dalam Disember 2019.

xi.Suruhanjaya Diraja berpendapat semasa LTH membayar zakat di bawah akad Wadi’ah Yad Dhamanah iaitu dari 2016 hingga 2019, pembayaran zakat oleh LTH sebenarnya zakat yang kena dibayar oleh LTH, dan bukan zakat yang perlu dibayar oleh pendeposit.

xii.Ia juga bertentangan dengan Akta Tabung Haji 1995, yang tidak membenarkan LTH meminjam dan tidak tertakluk kepada pembayaran zakat.

Maklumat lanjut mengenai persoalan status bayaran zakat bagi pihak pendeposit LTH boleh dibaca di dalam laporan RCI tersebut.

Oleh itu, saya menyeru tindakan-tindakan berikut dari pihak yang berkenaan:

1)Perdana Menteri dan Menteri Agama perlu menjelaskan apakah tindakan kerajaan untuk menangani perkara ini yang menimbulkan keresahan di kalangan pendeposit Tabung Haji, terutamanya bagi tempoh 2016 hingga 2019. Adakah Kerajaan Madani, setelah mengambil alih, telah melunaskan zakat bagi pihak pendeposit bagi tempoh 2016 hingga 2019 itu?

2)Institusi ilmuan agama, termasuk Muzakarah MKI dan mufti-mufti perlu memberi panduan kepada pendeposit dan nasihat kepada kerajaan/LTH untuk merungkai perkara ini dengan segera; dan

3)LTH perlu mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan apa yang telah dibuat untuk melepaskan pendeposit-pendeposit dari tanggungjawab Islam membayar zakat, tatkala mereka ingat zakat-zakat itu telah dibayar oleh LTH.

𝟯 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲

Bagi pihak 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
 


Laporan RCI Tabung Haji, di muka surat 68 hingga 72 telah secara jelas menyebut mengenai keraguan status bayaran zakat bagi pihak pendeposit terutamanya antara 2016 ke 2019 bila kontrak syariah bertukar.

Ada yang menyampah sebab kata saya tak sudah-sudah buat isu.

Ikut suka awaklah. Tak penting untuk awak, penting untuk ramai lagi orang lain

#bersama #tabunghaji #rafiziramli
 
Back
Top
Log in Register