BTC USD 85,622.4 Gold USD 4,150.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peribadi Pendakwah Kini

Mail Aziz

Active+ Member
gem
Messages
2,689
Joined
Dec 27, 2012
Messages
2,689
Reaction score
1,122
Points
101
Di surau kampung Hamada di pedalaman Tokyo, Jepun selalu dijemput pendakwah-pendakwah dari luar.

> Ada pendakwah yang suka buka kitab tafsir dengan air liur

> Ada pendakwah yang suka menggaru-garu tengkuk semasa menyampaikan kuliah

> Ada pendakwah yang menyampaikan ilmu dengan nada suara yang perlahan.

> Ada pendakwah yang menagajar tafsir al-quran tetapi suka hisap rokok

***************

Mungkin ada perkara yang membuatkan kita kurang selesa dengan peribadi yang ditunjukkan oleh pendakwah. Namun, ilmunya tetap sama untuk mengajak manusia beriman kepada Allah dan Nabi.

Setiap tutur kata pendakwah disandarkan kepada al-quran dan hadis iaitu menyampaikan kembali apa yang diwahyukan kepada Nabi S.A.W kepada kita.

***************

Zaman kita? Sudah berlalu lebih 1400 tahun dari pendakwah dan pemimpin teragung iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Pendakwah yang diutuskan untuk sekalian makhluk di dunia tetapi Nabi telah mewariskan kita dengan al-quran dan sunnah baginda.

Tak suka ustaz A, boleh belajar dengan ustaz B, tak mahu ustaz B, ustaz C ada. Ustaz D, E, F...Z pun boleh.

Kata-kata dari Saidina Ali RA: "Lihat perkara yang diperkatakan, bukan siapa yang berkata-kata."

**Memilih penceramah adalah PILIHAN tetapi menerima ajaran Allah S.W.T dan Rasul BUKAN PILIHAN apatah lagi menolak.
 
Back
Top
Log in Register