soybean
CG Hardcore Club


- Messages
- 63,243
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2009
- Messages
- 63,243
- Reaction score
- 4,135
- Points
- 661
Mohd Gunawan Che Ab Aziz
April tahun ini adalah April yang paling bermakna buat umat Islam di Malaysia. Ini bukan sahaja disebabkan tibanya Ramadan, bulan rukun Islam ketiga iaitu puasa ditunaikan, tetapi kali ini April akan bermulanya masa sukatan dan sekatan untuk memakmurkan masjid serta surau akan ditamatkan. Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengisytiharkan fasa peralihan negara ke endemik baru-baru ini, turut dimaklumkan bahawa masjid dan surau boleh diimarahkan tanpa perlu melakukan penjarakan fizikal serta sukatan kapasiti.
Ini adalah satu perkara yang sangat bermakna kepada umat Islam yang selama ini merekalah komuniti paling taat dengan segala arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan. Ketika pasar raya dan stadium bersesak-sesak diasak pengunjung serta penonton, mereka yang memakmurkan rumah Allah tetap patuh dengan segala SOP ditetapkan.
Walaupun hati mereka sebenarnya menangis, apa yang mampu mereka lakukan ialah mensyukuri sambil berdoa untuk perkara ini segera berakhir. Apa yang penting, masjid dan surau dapat terus dimakmurkan sesempurna mungkin kerana ia adalah hidup dan jati diri hakiki umat ini sebagaimana mereka warisi daripada Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW dan sahabatnya menunjukkan dengan jelas melalui kehidupan mereka, betapa besarnya erti serta kedudukan masjid dalam kehidupan Muslimin. Masjid pada masa itu benar-benar menjadi paksi kepada putaran kehidupan harian mereka. Secara umumnya masjid telah diimarahkan 24 jam sehari dengan empat kategori amalan utama iaitu dakwah, pengajaran ilmu, ibadah dan khidmat. Bukan itu sahaja, malahan untuk perkara yang kelihatan remeh pun, perhatian mereka akan tertumpu kepada masjid.