BTC USD 82,355.0 Gold USD 4,164.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perhimpunan ICERD 8 Dec 2018

Ratifikasi ICERD


  • Total voters
    0
  • Poll closed .
Bila jd menteri kena la bijak..bab bilangan peserta ni pun dia nk buat calculation?...jgn smpai teserlah ke*****an...tak perlu pun pertikai jumlah kehadiran..bukannya menambah naik ekonomi negara pun huhu.
 
aik... bukan yg dtg dlm 20 org je ke...
tu pun 5 org yg join tu nak singgah sogo...
hahahaa...
 
tak kisah berapa nak kira pun..tak kira pun tak pa, biar gambar berbicara dah boleh bagi pak menteri tertentu tak tidur malam.
 
itu pandangan dari sudut dlm sebenarnya 15k tapi menggunakan ilmu naruto shipuden.maka nampaklah ramainya..org2 yg tinggi ilmu kebatinan je boleh nampak bende ni macam menteri wilayah
 
menteri harapan coin:)cgrock

belum habis kira duit syiling, sekarang kena kira orang datang himpun icerd pulak...:">
 
mukhsenyum1_1544509954.jpg


MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir​

ICERD: Mukhriz tersenyum, enggan ulas hal anak

BUKIT KAYU HITAM: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hanya tersenyum dan enggan mengulas berhubung tindakan anaknya yang menyelar peserta perhimpunan kesyukuran meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), Sabtu lalu.

Mukhriz yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kemudian menggelengkan kepala ketika diajukan soalan mengenai banyak kritikan diterima anaknya susulan status yang dimuatnaik di laman sosial, Instagramnya itu.

Anak Mukhriz melalui status yang dimuatnaik di laman sosial itu menyebut bahawa perhimpunan terbabit sebagai menjijikkan dan amat mengecewakan dengan berlatar belakang gambar peserta himpunan berkenaan.

Susulan status yang dimuatnaik itu, anaknya mendapat kritikan hebat daripada pelayar internet sebelum memuatnaik sebuah lagi status melahirkan kekecewaan terhadap bangsanya sendiri yang disifatkan penuh kebencian, diskriminasi dan pembuli.

Sabtu lalu, perhimpunan kesyukuran meraikan kejayaan menolak ratifikasi ICERD diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut disertai Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum ini, kerajaan membuat keputusan untuk tidak meratifikasi ICERD bagi mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana didalamnya termaktub kontrak sosial yang dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini.

https://www.bharian.com.my/berita/n.../icerd-mukhriz-tersenyum-enggan-ulas-hal-anak
 
xyah kira pun xpa..
x penting..

Tuela masalahnye.sume benda nak komen. Patut senyap2 sudah..buat keje yg patut ko buat.

Nak jadi ahli politik kena pandai..walopon x suka jgn dok komen merapu..bila dah komen benda yg x patut ko komen pon..akhirnye akan menampakkan ke*****an diri sendiri.

Bila jd menteri mmg kena jd ******* ke ape..aishh
 
Xyah la kita duk kira2 brpa yg hadir tu. Janji perhimpunan tu berjaya dgn xde kes2 yg tidak diingini.. Yg xhadir/xsempat hadir pon masih ramai lagi klau nk kira btl2.. Trskan perjuangan. Support apa yg baik utk agama Dan bangsa kita. Yg xbaik kita tentang. Jgn jd macai sejati.
 
Demonstrasi tak dapat jatuhkan kerajaan, kata Tun

image.jpg


KUALA LUMPUR - Demonstrasi tidak akan menjatuhkan sesebuah kerajaan yang dipilih secara demokrasi, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Beliau berkata, walaupun kerajaan Pakatan Harapan membenarkan demonstrasi dijalankan, hanya melalui pilihan raya sesebuah kerajaan itu boleh ditukar.

"Kalau pilihan raya diketepikan, sebaliknya kita mengikut kehendak demonstrasi, demokrasi tidak muncul. Sementara kita benarkan demonstrasi, besar atau kecil, demonstrasi sendiri tidak boleh jatuhkan kerajaan.

"Yang boleh jatuhkan kerajaan ialah pilihan raya," katanya dalam program temu bual 'Bicara Khas Bersama Perdana Menteri' di RTM semalam bagi mengulas mengenai himpunan kesyukuran terhadap penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di ibu kota, Sabtu lepas.

Katanya, pilihan raya juga boleh diadakan lebih awal untuk tentukan sokongan majoriti rakyat jika terbukti kerajaan sedia ada telah gagal. - Bernama


http://www.kosmo.com.my/negara/demonstrasi-tidak-dapat-jatuhkan-kerajaan-mahathir-1.803260
 
Back
Top
Log in Register