BTC USD 81,674.0 Gold USD 4,011.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perhimpunan ICERD 8 Dec 2018

Ratifikasi ICERD


  • Total voters
    0
  • Poll closed .
Tiga sebab rakyat turun di jalanan semalam

SEMALAM pada 8 Disember 2018 adalah suatu hari yang bersejarah di Malaysia. Beratus ribu rakyat berhimpun dan berdemonstrasi di jalanan di tengah-tengah Kuala Lumpur sekitar Dataran Merdeka.

Perhimpunan ini adalah sepatutnya satu demonstrasi untuk membantah cadangan ratifikasi ICERD oleh kerajaan. Namun pada minggu lepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telahpun menarik balik keputusan untuk meratifikasi ICERD. Oleh itu, mengapakah beratus ribu rakyat masih turun ke jalanan untuk berdemonstrasi?



Terdapat sekurang-kurangnya tiga sebab utama:

Pertama, setelah pemimpin-pemimpin kerajaan membuat pelbagai u-turn dalam keputusan-keputusan mereka dalam tempoh 7 bulan kebelakangan ini dan mungkir janji dalam menunaikan manifesto pilihan raya mereka, kebanyakan rakyat Malaysia menunjukkan bahawa mereka tidak percaya yang kerajaan dan Perdana Menteri akan mengekalkan keputusan untuk tidak meratifikasi ICERD. Kerajaan mungkin akan u-turn lagi jika demonstrasi dibatalkan.

Melalui ucapan-ucapan di himpunan semalam dan reaksi di media sosial, penyokong-penyokong anti-ICERD yang merupakan sebahagian besar daripada rakyat Malaysia, berasa bahawa ICERD akan menyisihkan mereka dan bukan sebaliknya. Dalam hal ini mereka sebenarnya tidak salah untuk beranggapan sedemikian. Paradoksnya, sekiranya kerajaan meratifikasi ICERD di Malaysia, ia akan menerukkan lagi masalah diskriminasi di Malaysia dan bukannya sebaliknya (baca buku berkenaan ICERD di Malaysia di sini: ICERD dan mengapa semua kaum di Malaysia perlu menolaknya.

ICERD ini adalah seperti Malayan Union 2.0 kata mereka.

Kedua, himpunan besar ini adalah suatu signal penolakan daripada rakyat kepada kerajaan PH yang memerintah kerana tidak menunaikan janji-janji pilihan raya mereka. Kebanyakan daripada agenda utama PH dalam manifesto pilihan raya mereka tidak ditunaikan malah mereka membuat u-turn 180 darjah pula berkenaannya selepas mereka menang pilihan raya pada bulan Mei yang lepas.

Mereka (PH) berjanji untuk membatalkan hutang PTPTN yang telah mendorong sebahagian besar daripada orang muda untuk mengundi mereka dalam pilihan raya yang lepas, namun mereka membatalkan janji ini dan sebaliknya mengesyorkan supaya memotong gaji secara paksa untuk membayar hutang PTPTN.

Dan mereka telah berjanji untuk menurunkan harga minyak ke RM1.50 seliter, namun kini senyap berkenaan hal ini.

Dan mereka berjanji untuk menghapuskan cukai kepenggunaan GST 6%, namun mengenakan cukai kepenggunaan SST 10% selepas pilihanraya.

Rakyat marah. Mereka bukan *****. Mereka terasa tertipu.

Ketiga, himpunan besar-besaran ini juga adalah satu signal yang jelas kepada kerajaan PH yang memerintah bahawa orang-orang Melayu sedang marah dan mereka berasa dasar-dasar dan keputusan-keputusan kerajaan kini menyisihkan mereka serta membuat kehidupan mereka menjadi lebih teruk.

Dalam Bajet 2019 yang baru dibentangkan, kerajaan menguar-uarkan bahawa ianya adalah bajet terbesar dalam sejarah iaitu RM315 billion dengan peningkatan sebanyak RM30 billion daripada Bajet 2018 yang lepas. Namun, banyak peruntukkan dan bantuan kepada kumpulan bawah 40% dan orang-orang miskin dipotong atau dibatalkan. Kebanyakan daripada rakyat yang terkesan dan berada dalam kumpulan ini adalah orang-orang Melayu.

Ketiga-tiga sebab di atas menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin dan pembuat dasar kerajaan PH adalah sama ada tidak cekap atau naive dalam membuat dasar termasuk berkenaan hubungan kaum di Malaysia. Selepas menyedari kesilapan mereka, mereka senantiasa membuat pelbagai u-turn yang memalukan. Namun kerosakan telah dibuat.

Selepas banyak u-turn dalam tempoh yang singkat, siapa yang akan percaya kepada mereka lagi? Mereka (pemimpin-pemimpin PH) mungkin akan menipu lagi seperti yang mereka buat selama ini. Apabila dekat pilihanraya nanti, pemimpin-pemimpin PH akan membuat pelbagai janji lagi. Mereka akan menipu lagi. Siapa akan percaya kepada mereka?

Apa yang kita lihat kini ialah kerajaan PH mempunyai dua masalah kronik yang besar dan kritical: Mereka tidak kompeten mentadbir dan mereka tidak boleh dipercayai dengan janji-janji mereka.

Tujuh bulan selepas mereka menang pilihan raya adalah masa yang terlebih cukup malah lama menunggu untuk kerajaan menjalankan tugas dengan cekap untuk rakyat. Sebab setiap hari terdapat ramai rakyat yang sengsara dan perlu dibantu. Tiada rakyat sepatutnya menunggu kerajaan mereka untuk ke tadika untuk belajar mentadbir sementara mereka sengsara.

Para Menteri yang dilantik memegang jawatan sepatutnya telah bersedia untuk melaksanakan tugas dengan cekap daripada hari pertama, dan bukannya bekerja membuat dasar umpama permainan cuba dan salah (trial and error) dengan kehidupan rakyat sementara mereka belajar mentadbir. Rakyat tidak boleh menerima kerajaan yang tidak kompeten.

Ini bukanlah sebab politik, ia adalah melangkau politik. Sebab pada tahun depan, sementara pemimpin PH bermain politik menyalahkan kerajaan yang sebelumnya untuk menutup kelemahan diri sendiri, negara dan rakyat akan berhadapan dengan tahun yang getir dan mencabar kerana ekonomi negara dijangka akan mengalami krisis.

Bagaimana kita boleh percaya kepada pemimpin-pemimpin dan menteri-menteri kerajaan PH ini untuk membawa kita keluar dari cabaran dan kesusahan apabila mereka ini tidak kompeten dan tidak boleh dipercayai? Sekurang-kurangnya, kerajaan BN yang dahulu adalah cekap mentadbir dan boleh dipercayai untuk menunaikan janji.

Sekiranya pemimpin kerajaan BN dahulu dituduh korup dan rasuah, ramai pemimpin-pemimpin kerajaan PH kini yang mempunyai kes korupsi dan rasuah juga, namun ada antara mereka yang bebas dan “terbersih” setelah menang pilihanraya.

Oleh itu jika pemimpin kerajaan PH ini korup, mereka bukan sahaja korup malah tidak kompeten dan tidak boleh dipercayai. Adakah ada jenis kerajaan yang lain yang lebih teruk dari ini?

http://www.sinarharian.com.my/mobil...ebab-rakyat-turun-di-jalanan-semalam-1.913469
 
Himpunan ICERD satukan Umno-Pas?

KUALA LUMPUR - Kehadiran ratusan ribu peserta dalam Himpunan ICERD semalam, seolah menzahirkan harapan mereka agar dua parti terbesar umat Islam di Malaysia iaitu Umno dan Pas untuk kembali bersatu.

Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kehadiran mereka juga adalah satu mesej dan harapan agar Pas-Umno menjadi satu gabungan mantap bagi mempertahankan kepentingan Islam, Melayu dan rakyat keseluruhannya.



Justeru katanya, sudah tiba masanya untuk kepimpinan tertinggi kedua-dua parti itu untuk membentuk jawatankuasa bersama bagi memperhalusi segala agenda yang melibatkan kepentingan survival politik Islam dan Melayu.

"Jawatankuasa ini juga boleh berperanan menangani apa jua isu-isu berbangkit dalam mencari kesefahaman dan membina kerjasama konkrit bagi membentuk gabungan pembangkang yang kuat terutamanya mewakili suara Islam dan Melayu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kerjasama Umno-Pas juga tidak seharusnya dikhuatirkan parti-parti komponen BN kerana hakikatnya kerjasama ini akan mampu mengukuhkan lagi keduduhan blok pembangkang bagi menghadapi PH menjelang PRU15 akan datang sebagaimana pernah berlaku pada 1974.

Himpunan ICERD yang berlangsung di Dataran Merdeka , semalam telah menyatukan pemimpin tertinggi Pas-Umno dalam satu pentas.

Selain kehadiran pimpinan tertinggi Pas-Umno, himpunan itu turut menyatukan NGO untuk turut serta dalam himpunan itu.

Ia dihadiri oleh ratusan ribu rakyat dari seluruh pelusuk tanah air.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/himpunan-icerd-satukan-umno-pas-1.913538
 
Sebenarnya silap tengku abdul rahman dulu. British masa tu memang urgently nak bagi merdeka. British dah bankrap masa tu sebab ww2. Sebab tu habis semua tanah jajahan british bagi merdeka. Kalau tengku masa tu boleh bertegas tak nak bagi kerakyatan pada cina dan india, British tetap bagi kemerdekaan. Tengok macam Brunei aman damai sekarang sebab tak ada cina kiasu yg jadi rakyat.

aku pun mmg sentiasa menyalahkan pemerintah dahulu.. sejak merdeka sdh ada unsur cina & unsur india.. lps tu pulak melayu dididik dgn manja..subsidi.. tk cukup upaya buat sesuatu..bg subsidi.. smentara cina & india menerima cara survival.. sdh 60 tahun..melayu ada le maju..tp tk segempak cina.. yg satu lg tu slow sikit..

skrg ni sdh fasa 2 pemerintahan.. tk blh la hrpkan sama mcm yg dulu tu.. melayu patut kuat..tp bkn hanya kuat jerkah bangsa lain..
 
aku pun mmg sentiasa menyalahkan pemerintah dahulu.. sejak merdeka sdh ada unsur cina & unsur india.. lps tu pulak melayu dididik dgn manja..subsidi.. tk cukup upaya buat sesuatu..bg subsidi.. smentara cina & india menerima cara survival.. sdh 60 tahun..melayu ada le maju..tp tk segempak cina.. yg satu lg tu slow sikit..

skrg ni sdh fasa 2 pemerintahan.. tk blh la hrpkan sama mcm yg dulu tu.. melayu patut kuat..tp bkn hanya kuat jerkah bangsa lain..

tang mana pulak melayu dapat subsidi??
 
Kalu dah kata perhimpunan open utk semua melayu yg beragama islam tak kan semua dalam tu puak2 pas belaka .

Ko ada bukti ke semua tu penyokong/ahli pas ?

Nk kira jumlah yg hadir pun ko masih terkial2 boleh pulak semua tu kata penyokong pasumno ...hehe

Majoriti yg pegi penyokong pas dan umno...ada ke penyokong PH pegi? Kalau ada pun yg dah kecewa ngan kerajaan Ph ..hahaha..menteri ph pun sekor pun tak nampak batang hidung..puiiii..

Aku tak adapun terkial2 nak kira jumlah yg hadir...yang pastinya lebih ramai dari bersih...hehehe
 
aku pun mmg sentiasa menyalahkan pemerintah dahulu.. sejak merdeka sdh ada unsur cina & unsur india.. lps tu pulak melayu dididik dgn manja..subsidi.. tk cukup upaya buat sesuatu..bg subsidi.. smentara cina & india menerima cara survival.. sdh 60 tahun..melayu ada le maju..tp tk segempak cina.. yg satu lg tu slow sikit..

skrg ni sdh fasa 2 pemerintahan.. tk blh la hrpkan sama mcm yg dulu tu.. melayu patut kuat..tp bkn hanya kuat jerkah bangsa lain..

survival?dari segi ekonomi kaum
cina dapat bantuan dari british,orang melayu masa tu nak bersekolah pun tak boleh.
 
aku sokong melayu bersatu padu..

cuma, tolong la jangan bagi UMNO menang..

takut ada lagi kes-kes macam 1mdb, felda, Mara, tabung haji..

natijahnya bukan kita je yg merasa, anak cucu kita pun terpaksa tanggung..
 
aku sokong melayu bersatu padu..

cuma, tolong la jangan bagi UMNO menang..

takut ada lagi kes-kes macam 1mdb, felda, Mara, tabung haji..

natijahnya bukan kita je yg merasa, anak cucu kita pun terpaksa tanggung..

boleh laa ph sucikan skang..

tangkap semua yang korup..

sumbat dalam penjara..
 
Back
Top
Log in Register