BTC USD 83,179.3 Gold USD 4,143.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perhimpunan ICERD 8 Dec 2018

Ratifikasi ICERD


  • Total voters
    0
  • Poll closed .
Apa ke penin menteri ni

Statement beliau

“Ini bermakna jikalau kita menandatangani atau melakukan ratifikasi ICERD ia tidak akan mengubah apa yang sudah sedia ada diamalkan kecuali apa-apa undang-undang yang berkaitan mesti dibawa ke Parlimen,” katanya.

Kalau dh mcm ni

Tak payah sign pun takpe...

Ape kalut sgt nak sign....

dia nak ajak orang jumpa dia lah tu...

tp sebelum jumpa dia...pasti kan kedudukan kita sama level dengan dia...kalo x ...dia x akan terangkan...

kalo setakat level mcm kita dok berhujah dalam forum...x di layannya :D:D:D
 
harap menteri melayu dalam PH tidak jadi pak turut mengikut kehendak puak yg beria sangat nak sign ICERD..perjanjian ni akan jadi satu perangkap untuk kaum melayu...ada muslihat tersembunyi...bukan boleh percaya sangat puak puak ni...
 
ermmmm....saya lagi pelik....kalo cek mek pelik...orang biasa mcm kami lagi pelik....:):):)

Memang pelik pun. Macamlah Malaysia ni teruk sangat diskriminasi kaumnya. Kaum lain dah teruk sangat dikerjakan oleh orang Melayu. Kaum lain nak hidup pun susah kat malaysia ni disebabkan diskriminasi ni. Itu sebab la kita wajib tandatangan ratifikasi tu. Padahal kaum lain hidup senang lenang di Malaysia ni cuma orang Melayu ada kelebihan sikit je. Sikit gil@ kelebihan tu sampaikan tak beri kesan langsung.
 
Saya pun hairan.... Benda sensitif camni perlu penelitian dan kajian yang lama sekurangnya 2 3 tahun...ini baru berapa bulan dah pandai siap nak ajar orang lagi...

tn mujhi, sebelum sebelum ni, kerajaan langsung tak bagi perhatian dan penekanan pun walau ada permintaan daripada gerakan sokong ratifikasi ICERD ni

gerakan sokong ratifikasi ICERD ni dah lama, masa 2012 tu pun dah berbunyi bergerak. namun kerajaan tak layan suara diorang
 
Memang pelik pun. Macamlah Malaysia ni teruk sangat diskriminasi kaumnya. Kaum lain dah teruk sangat dikerjakan oleh orang Melayu. Kaum lain nak hidup pun susah kat malaysia ni disebabkan diskriminasi ni. Itu sebab la kita wajib tandatangan ratifikasi tu. Padahal kaum lain hidup senang lenang di Malaysia ni cuma orang Melayu ada kelebihan sikit je. Sikit gil@ kelebihan tu sampaikan tak beri kesan langsung.

sebenarnya apa kelebihan kepada orang melayu / bumiputera ni memang hak yang telah di persetujui bersama dalam pembinaan negara Malaysia...

setelah beberapa generasi..cucu cicit mereka dah lupa....tentang asal usul nenek moyang mereka...

orang melayu dah menerima mereka sebagai warganegara dan tertakluk kepada perlembagaan yang telah di buat oleh nenek moyang mereka...

lagi pun Malaysia tidak pernah menindas bangsa selain dari Melayu...kita hidup dalam semangat negara Malaysia...

tp asal usul jangan di lupa.....

aku ingat Tun kena ubah...bukan melayu aje mudah lupa...bangsa lain pun mudah lupa juga...
 
mujahid ni mende lgbt sokong..mende mcm ni sokong..apa lagi lepas ni?
 
Ketuanan Melayu: Syed Saddiq, Asyraf mahu dialog terbuka​

Diterbitkan 29 Okt 2018, 6:37 petang

50bc93d7691384135136d933ca4ee44e.jpeg


Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerima jemputan Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki untuk mengadakan dialog terbuka berhubung ketuanan Melayu.

"Boleh, nanti kita tetapkan masa/tarikh semasa berjumpa di mesyuarat Jawatankuasa Anak Muda bagi membincangkan pindaan yang berkaitan dengan belia. Pemimpin muda dari parti politik yang lain juga saya (akan) jemput

"Ini mungkin kali pertama tetapi insyaAllah kita mampu lakukannya," katanya menjawab jemputan Asyraf melalui Twitter hari ini.

Dalam kenyataan berasingan, Asyraf memaklumkan pihaknya telah dihubungi Sinar Harian yang mahu menjadi hos penganjur dialog berkenaan.

"Saya telah nyatakan persetujuan (kepada penganjur), hanya menunggu jawapan balas YB @SyedSaddiq. Harap sangat YB terima. Ini dialog untuk cari titik sepakat dan kebenaran bukan debat untuk tentu siapa handal!" kata Asyraf.

Pada kiriman balasnya kepada Syed Saddiq, Asyraf juga mencadangkan agar menteri itu menetapkan tarikh secepat mungkin.

"Tidak perlu tunggu mesyuarat tersebut sebab dah pinda tarikhnya baru-baru ini. Isu ini perlu dibincangkan secara ilmiah dan objektif dengan kadar segera kerana rakyat perlukan pencerahan sebab itulah dialog penting," katanya.

Pada 27 Okt lalu, dalam program Forum Ekonomi Anak Muda 2018 yang diadakan di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Syed Saddiq dilaporkan berkata zaman ketuanan Melayu telah berakhir.

Jelas Syed Saddiq, Malaysia bergerak ke arah fasa baru yang memperjuangkan kesaksamaan, dan perkara tersebut turut menjadi agenda yang akan diperjuangkan BERSATU.

Dalam artikelnya selepas itu, Syed Saddiq memberi gambaran ketuanan Melayu adalah "mimpi palsu".

Dalam tulisan itu juga, Syed Saddiq menjelaskan kenyataannya berhubung ketuanan Melayu tidak bermaksud menyentuh hak termaktub dalam perlembagaaan Malaysia tentang orang Melayu, Raja-raja Melayu ataupun agama Islam.

Susulan itu, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa kenyataan SYed Saddiq disalah tafsir.

Meskipun memperjuangkan nasib Melayu, negara kita ini juga ada kaum bukan Melayu yang turut memerlukan sokongan daripada kita supaya mereka juga boleh bersama-sama berkongsi kekayaan ada di negara ini.

"Kita kena faham dalam senario dan situasi zaman kini, zaman selepas kita menang pilihan raya dan membentuk kerajaan dengan harapan baharu, di situlah kita berjanji bahawa kita akan berlaku adil dan saksama kepada semua rakyat Malaysia tidak kira apa jua kaum dan keturunan," katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/449501
 
sebenarnya apa kelebihan kepada orang melayu / bumiputera ni memang hak yang telah di persetujui bersama dalam pembinaan negara Malaysia...

setelah beberapa generasi..cucu cicit mereka dah lupa....tentang asal usul nenek moyang mereka...

orang melayu dah menerima mereka sebagai warganegara dan tertakluk kepada perlembagaan yang telah di buat oleh nenek moyang mereka...

lagi pun Malaysia tidak pernah menindas bangsa selain dari Melayu...kita hidup dalam semangat negara Malaysia...

tp asal usul jangan di lupa.....

aku ingat Tun kena ubah...bukan melayu aje mudah lupa...bangsa lain pun mudah lupa juga...

Mereka2 tu mana ada lupa. Susur galur diaorang pun siap ada tulis dalam jurnal lagi sejak lama dahulu. Mereka saja je buat2 lupa sebab nak ambik peluang lagi lebih. Ada pulak b@ngsat yang sokong mereka2 tu lagi la naik tocang.
 
Back
Top
Log in Register