aiman27
Active+ Member
- Messages
- 4,608
- Joined
- May 14, 2010
- Messages
- 4,608
- Reaction score
- 729
- Points
- 71
terlajak perahu blh di undur.. silap membuat keputusan buruk padah nya.. dan ia mungkin akan kekal selamanya.
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.




https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/507548/melia-bebas-beri-komen-dr-mahathir
Cucu bebas beri komen, kata Tun
![]()
PUTRAJAYA: “Beliau (Melia Serena Mukhriz) bebas untuk memberi komen. Anda boleh bertanya kepadanya,” ulas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kritikan dibuat cucunya, Melia Serena berhubung perhimpunan kesyukuran kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di ibu negara, Sabtu lalu.
Melia Serena menerusi catatan di Instagram Stories baru-baru ini merujuk kepada peserta perhimpunan itu dengan keterangan; ” Menjijikkan....saya tidak peduli. Terlalu mengecewakan,”.
Selain itu, beliau turut mengatakan bahawa ‘Wawasan 2020 hilang kerana anda semua’.
Melia Serena adalah anak perempuan kepada Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Menteri Besar Kedah.
Pada Sabtu lalu, satu perhimpunan aman berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bagi meraikan keputusan kerajaan yang tidak akan meratifikasi konvensyen di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.
Antara pemimpin pembangkang yang hadir dalam himpunan itu termasuk bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/507548/melia-bebas-beri-komen-dr-mahathir






Sambut baik Himpunan ICERD di setiap negeri - UMNO Pahang
KUANTAN – Umno Pahang menyambut baik cadangan penganjur ICERD yang mahu mengadakan perhimpunan terbabit di seluruh negara termasuk negeri ini.
Pengerusi Umno negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, namun penganjur mestilah mendapatkan permit terlebih dahulu bagi memastikan semua syarat mengenai penganjuran dapat dipatuhi.
“Saya sendiri bangga kerana penganjuran himpunan ICERD di Dataran Merdeka Sabtu lalu, berlangsung tanpa insiden walaupun menurut polis ada pelanggaran syarat seperti membawa anak-anak kecil bersama-sama ke sana.
“Jika penganjuran hendak dilakukan ke seluruh negara termasuk Pahang selepas ini, hendaklah mematuhi sepenuhnya syarat-syarat yang ditetapkan itu,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Menurutnya, Umno akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak penganjur termasuk Pas bagi memastikan kelancaran dan kejayaan perhimpunan tersebut di peringkat negeri kelak.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/sambut-baik-himpunan-icerd-di-setiap-negeri-1.913876






Jumlah peserta perhimpunan: Terpulang pandangan masing-masing - KPN
KUALA LUMPUR: Terpulang kepada mana-mana pihak untuk membuat dakwaan jumlah peserta perhimpunan kesyukuran meraikan kejayaan membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Fuzi berkata, perkara itu adalah perkara yang subjektif, bagaimanapun pihaknya mempunyai anggaran yang tersendiri jumlah peserta dalam perhimpunan kelmarin.
“Ada yang kata lebih daripada itu, ada pihak yang kata 100,000, ada pula yang kata 200,000.
“Malah, ada juga yang mengatakan jumlah adalah lebih daripada itu, perkara ini mengikut pandangan masing-masing.
“Bagi polis, kita ada jumlah rasmi yang kita keluarkan iaitu antara 55,000 hingga 60,000 jumlah peserta, kita dapat jumlah dalam lingkungan itu,” katanya selepas menghadiri program Ronda Cegah Jenayah Ketua Polis Negara bersama pelatih Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur di sekitar Central Market, di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Seri Rosli Ab Rahman, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim dan Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun.
Terdahulu tular di media sosial berkenaan jumlah peserta himpunan terbabit yang didakwa mencecah hingga jutaan peserta.
Kelmarin, satu perhimpunan aman membantah ratifikasi ICERD di adakan di Dataran Merdeka.
Berdasarkan kenyataan daripada pihak polis, peserta yang menghadiri perhimpunan berkenaan seramai 55,000 peserta.
https://www.bharian.com.my/berita/k...impunan-terpulang-pandangan-masing-masing-kpn
Gomen pH yg hebat... Boleh organise.. Himpunan icerd aman damai.. Super clean... Bbanding zaman najib...

Gomen pH yg hebat... Boleh organise.. Himpunan icerd aman damai.. Super clean... Bbanding zaman najib...

pergh ini mmg gle pny statement la....perhimpunan ini parti lain yg organised ph lak dpt nama...
abis bersih dlu npe x organised bg clean