BTC USD 80,324.3 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perhimpunan ICERD 8 Dec 2018

Ratifikasi ICERD


  • Total voters
    0
  • Poll closed .
umno bukan sekular mahupun liberal.

asalkn umno masih lagi memperjuangkn agama, sudah cukup utk mewujudkn kerjasama.

bukan mcm dap dan parti liberal dlm ph, jahanam

Aik ...sudah tukar ka ? Bukan tahgut lagi ? ...hehe
 
yep..semua claim jumlah kehadiran lebih ramai dari yang di lapor..tu aku teringin nak tahu macam mana mereka congak jumlah kehadiran tu..

kiraaan ikut kepadatan satu2 kawasan..

mcm kira kacang hijau dalam balang..

boleh pakai google map
 
Last edited:
by the way..angka pdrm n malaysiakini xbanyak beza..55k n 80k..

angka dari nik abduh anggaran 500k turun..:eek:

https://www.facebook.com/177786515581027/posts/2945202655506052/


Mengarut sangat 55k atau 80k tu. Stadium yg kecik tu kalau penuh pun dah 90k. Itu pun duduk dalam keadaan tak repat. Tengok semalam orang berimpit2 dengan cover kawasan yg sangat luas.

Polis dari dulu kira memang berlipat kali ganda rendah dari sebenar. Biasanya 10 kali kurang. Kapau dia report 55k bererti dalam 550k la.
 
Sekarang ada 3 blok...
Ph
Bn
Pas

Asalkan 2 blok bekerjasama dptla tadbir malaysia pasni...study dun perak tgk apa jadi kalau blok bn n pas bekerjasama masa pru haritu...

Dah lupa ke camna umno tendang pas masa nizar jd mb dulu ?
 
Mengarut sangat 55k atau 80k tu. Stadium yg kecik tu kalau penuh pun dah 90k. Itu pun duduk dalam keadaan tak repat. Tengok semalam orang berimpit2 dengan cover kawasan yg sangat luas.

Polis dari dulu kira memang berlipat kali ganda rendah dari sebenar. Biasanya 10 kali kurang. Kapau dia report 55k bererti dalam 550k la.

Tak habis kira lg ke jumlah yg hadir ..kan tun dah cakap 1 jota .

Rasanya lebih 1jota ada tu :D
 
Polis panggil penganjur untuk dirakam keterangan

09lazim_1544338759.jpg

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim ketika sidang media kawalan keselamatan sempena perlawanan akhir bola sepak Piala AFF Suzuki di Ibupejabat Polis Kuala Lumpur. - Foto Muhd Zaaba Zakeria





KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil penganjur perhimpunan kesyukuran penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) untuk disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata ia susulan laporan polis yang diterima pihaknya berhubung perhimpunan itu.

“Kita ada terima laporan terhadap penganjur perhimpunan kerana didapati ada peserta yang membawa kanak-kanak ke perhimpunan itu.

“Tindakan itu jelas melanggar Seksyen 4(2)(f) APA 2012 kerana membawa atau membenarkan kanak-kanak menghadiri perhimpunan, maka kita akan panggil penganjur untuk dirakam keterangan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah beliau, proses merakam keterangan adalah penting bagi memastikan kesalahan itu tidak diulang pada masa hadapan.

Beliau juga mengesahkan tiada pemimpin yang berucap dalam perhimpunan semalam akan disiasat di bawah Akta Hasutan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada penganjur di atas kerjasama untuk menganjurkan perhimpunan yang aman.

“Mereka (penganjur) juga menepati janji mereka untuk mengutip sampah sebaik selesai perhimpunan, ini adalah contoh baik yang perlu diikuti oleh semua,” katanya.

Semalam, polis berkata kira-kira 55,000 peserta hadir ke perhimpunan dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.








sumber: https://www.bharian.com.my/berita/k...is-panggil-penganjur-untuk-dirakam-keterangan








.
 
kesian Pas tak menang.

terngiang ngiang pula hari ni menang esok minyak turun.
tol mansuh, Ptptn mansuh.
bla bla bla dan bla :D

DjeQjwrUUAAFcjG.jpg

Hari ni pas menang esok hudud lah ya ? :D

Ptptn mansuh ?

Petrol rm1.50 ?
 
Back
Top
Log in Register