BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perhilitan Tangkap Gajah Liar Di Kemaman

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
5d11bc39057debd97e5fa9a71276766a69440026b4049

f1dadd6866af6033f1e0eff438c7c2566944000c26f27

4776f827011cb3abd211fef49155e4506944003d57b9d

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Loo Kean Seong (tengah) meninjau persediaan mengikat gajah yang ditangkap di Ladang Rakyat Bukit Bandi Cerul dekat sini hari ini. Beliau berkata mamalia tersebut ditangkap pada 2 petang selepas ditembak dengan ubat pelali ketika berada di ladang kelapa sawit itu pada 12.30 tengah hari.
Menurutnya gajah jantan dianggarkan berusia tujuh tahun serta seberat 2.5 tan dan berada dalam keadaan sihat ditangkap sejauh dua kilometer dari lokasi ditembak.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berjaya menangkap seekor gajah liar di Ladang Rakyat Bukit Bandi, Cerul dekat sini hari ini.

Pengarahnya Loo Kean Seong berkata mamalia itu ditangkap pada 2 petang di ladang kelapa sawit itu selepas ditembak dengan ubat pelali pada 12.30 tengah hari.

Beliau berkata gajah jantan dianggarkan berusia tujuh tahun dengan berat 2.5 tan itu berada dalam keadaan sihat ketika ditangkap kira-kira dua kilometer dari lokasi ia ditembak.

"Sekumpulan anggota Perhilitan bergegas ke lokasi selepas mengesan video tular berdurasi lebih tiga minit memaparkan seekor gajah liar berkeliaran di Jalan Cerul-Bukit Sagu yang dimuat naik menerusi aplikasi Facebook pada 10 pagi tadi," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Loo berkata gajah itu akan dipindahkan ke habitat asal dalam masa terdekat.

Berdasarkan maklumat penduduk, gajah liar itu, katanya dikesan berkeliaran di sekitar Cerul sejak beberapa tahun lepas namun tidak mengganggu orang ramai termasuk pengguna jalan raya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata gajah itu dikatakan berkeliaran di jalan raya selepas beberapa kawasan di ladang kelapa sawit berkenaan ditenggelami banjir sejak semalam.

"Pengguna jalan raya tidak perlu bimbang menggunakan laluan berkenaan kerana gajah liar itu telah berjaya ditangkap serta tidak terdapat gajah lain dikesan berada di kawasan ladang kelapa sawit tersebut," katanya.

 
Back
Top
Log in Register