BTC USD 82,620.2 Gold USD 4,165.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perbincangan: Panji Hitam

Terimakasih atas penerangan yang padat.

Sbg Contoh

Jadi bagaimana nak hapuskan yang ini dgn kaedah demokrasi moden:

Dan nak tegakkan yang ini:

Sebabnya:

Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. (Al Maa'idah : 44)
Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim. (Al Maa'idah : 45)
Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik (Al Maa'idah : 47)

Kalau kerajaan boleh gunakan semua saluran TV, Radio dan akhbar untuk rakyat paham GST jadi kenapa dlm bab undang2 islam tidak boleh guna kaedah sama untuk rakyat paham tentang undang2 quran?

Bila ada kepentingan....boleh
Bila takde kepentingan....tak boleh?

Maaf ye bincang....
Nice tuan..terbaik :)paid
 
Benda ni dah lari dari tajuk asal iaitu bendera hitam dan kaitannya dengan ISIS. Takpelah tumpang sekaki sampai Mod sound...

Soalan pertama kan dah jawab. Demokrasi adalah konsep kenegaraan. Manakala Perlembagaan Persekutuan adalah asas undang-undang. Demokrasi vs Negara Islam. Undang Undang (Kanun Acara Jenayah, Sivil dan lain-lain) vs Hudud. TOTALLY different thing tetapi berkait antara satu sama lain. Kita boleh jadi negara demokrasi yang melaksanakan undang-undang Hudud. Ianya masih Islamik selagi tidak bertentangan dengan syariat. Kita boleh jadi Negara Islam yang melaksanakan hukum sivil (ciptaan 'manusia') selagi ianya tidak bertentangan dengan syariat. Aku fikir begini mengenai hudud dan aku sangat setuju dengan hudud. Buatlah bila rakyat sudah bijak dan faham cara hidup yang sebenar dalam Islam. Bagaimana nak capai, peranan pemerintah untuk mendidik dan mengembangkan ilmu tersebut. Peranan ibu bapa hendak didik anak mereka menjadi manusia yang faham peraturan dan norma hidup dalam Islam.

Persoalan kedua, cuba terang dengan jelas Surah Al Maa'idah dari ayat 44 - 47 tu. Apa yang kau petik tu di penghujung setiap ayat. Adakah al-Quran patut ditafsir sebegitu rupa? Pemahaman aku mengenai ayat ke-45, hukuman yang diberikan mestilah adil dan sesuai dengan kejadian yang telah berlaku. Jangan lebih dan jangan kurang. Ikut kesesuaian. Maka bukan jawapan bahawa Hudud perlu dilaksanakan tanpa peduli apa pun. Ianya menerangkan mengenai proses pengadilan yang adil dan saksama. Tiada penekanan bahawa perlu dilaksanakan hudud. Hanya ada, kalau membuat pengadilan, mestilah adil dan saksama dan kalau tidak, ianya melanggar syariat Allah. Maaf, aku bukan orang yang mahir mentafsir al-Quran. Mungkin ada yang lebih mahir menjawab persoalan ini.

Soalan ketiga, sila tanya Ketua Pemuda Umno (dalam CG ni)... Tuan dia tu sebab dah lebih 50 tahun tapi buat-buat tak nampak.
 
Jangan kita lupa walaupun demokrasi dikatakan ciptaan manusia, kita perlu sedar bahawa setiap ilmu yang ada di dunia ini adalah Milik Allah dan demokrasi itu wujud dengan IzinNya untuk manusia menilai dan memahaminya.

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia)....(Al An'aam : 112)

Ya....semuanya ciptaan Allah termasuk setan manusia dan setan jin yang memusuhi ajaran nabi dan sebagai ujian.

Jadi masing2 nilai dan ikutlah pendapat masing2.
 
Benda ni dah lari dari tajuk asal iaitu bendera hitam dan kaitannya dengan ISIS.

Tajuk dah lari tapi inti mungkin sama iaitu ISIS jalankan Hudud dgn cara kekerasan dan siapa tolak.....maut.

Kita kt Malaysia ni juga nak tegak hukum Allah tapi bukan cara ISIS.

Kita boleh jadi negara demokrasi yang melaksanakan undang-undang Hudud. Ianya masih Islamik selagi tidak bertentangan dengan syariat. Kita boleh jadi Negara Islam yang melaksanakan hukum sivil (ciptaan 'manusia') selagi ianya tidak bertentangan dengan syariat.

Kita kongsi pendapat.
Dlm suasana demokrasi malaysia ini adakah boleh ditegakkan undang2 islam kalau tidak cukup 2/3mjoriti.

Kita boleh dapat majoriti melayu (PAS + UMNO + PKr melayu)
Tapi kita tak boleh dapat majoriti untuk laksana hudud
Jadi 2/3 majoriti menghalang hukum Allah.
Adakah ini Allah maafkan sedangkan ancamannya dlm quran adalah jelas.
 
Tajuk dah lari tapi inti mungkin sama iaitu ISIS jalankan Hudud dgn cara kekerasan dan siapa tolak.....maut.

Kita kt Malaysia ni juga nak tegak hukum Allah tapi bukan cara ISIS.

Kita kongsi pendapat.
Dlm suasana demokrasi malaysia ini adakah boleh ditegakkan undang2 islam kalau tidak cukup 2/3mjoriti.

Kita boleh dapat majoriti melayu (PAS + UMNO + PKr melayu)
Tapi kita tak boleh dapat majoriti untuk laksana hudud
Jadi 2/3 majoriti menghalang hukum Allah.
Adakah ini Allah maafkan sedangkan ancamannya dlm quran adalah jelas.

Sebenarnya ada cara yang lebih senang daripada mengharapkan MELAYU Islam bersatu padu.

Sebarkan syiar Islam kepada semua yang bukan Islam melalui dakwah dan tunjukkanlah keindahan Islam kepada CINA, INDIA, SINGH, IBAN, KADAZAN, ORANG ASLI dan lain-lain kaum bukan Islam di Malaysia ini dengan harapan Allah beri hidayah kepada mereka supaya menerima Islam.

Selepas itu nanti, takde masalah nak laksanakan Hudud atau Negara Islam seperti yang diimpikan. Bukankah itu yang Nabi Muhammad lakukan dulu terhadap orang bukan Islam? Sebarkan Islam, tunjukkan keindahan Islam. Dakwah. Kelak bila majoriti orang di sesuatu tempat itu menerima Islam, maka tidak ada persoalan jika hukum Islam hendak diterapkan.

Jangan harap melayu saja. Kesianlah melayu memikul tanggungjawab yang berat. Ajaklah Cina, India dan lain-lain join Islam. See the beauty of it.
 
Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. (Al Maa'idah : 44)
Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim. (Al Maa'idah : 45)
Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik (Al Maa'idah : 47)

Persoalan kedua, cuba terang dengan jelas Surah Al Maa'idah dari ayat 44 - 47 tu. Apa yang kau petik tu di penghujung setiap ayat. Adakah al-Quran patut ditafsir sebegitu rupa? Pemahaman aku mengenai ayat ke-45, hukuman yang diberikan mestilah adil dan sesuai dengan kejadian yang telah berlaku. Jangan lebih dan jangan kurang.

Ali bin Abi Thalhah meriwayatkan dari ibnu ‘Abbas ketika menafsirkan firman Allah “Barang siapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan maka ia kafir.” (QS Al Maidah : 44)

Beliau berkata,”Barang siapa yang tidak berhukum kepada apa yang Allah turunkan maka ia telah kafir,
dan barang siapa yang mengakui (kewajibannya) namun ia tidak berhukum dengannya maka ia dzalim dan fasiq.

(Dikeluarkan oleh ibnu Jarir dalam tafsirnya 4/333 cet. Dar ibnu Hazm. Periwayatan Ali bin AbiThalhah dari ibnu Abbas adalah riwayat yang shahih, walaupun Ali tidak mendengar dari ibnu ‘Abbas, akan tetapi perantaranya telah diketahui yaitu Mujahid dan Ikrimah yang keduanya adalah imam yang tsiqah)
 
Jadi ayat sebelum tu dan selepas tu memang takde kaitan ke? Menarik tafsir ni. Aku bukan anti-Hadith, jauh sekali. Tapi bila baca balik Tafsir al-Quran, ianya sangat berkaitan dengan keadilan melaksanakan undang-undang dan peraturan. Ianya lebih merujuk kepada tindakan individu yang menjadi pengacara/hakim atau pemerintah yang berkuasa atau ketua yang menyelesaikan perbalahan. Mana nak letak keseluruhan ayat?

Adakah ianya hadith? Atau sekadar penerangan tafsir?

Soalan orang jahil macam aku ni, maaflah.
 
Ya kita sama-sama mencari kebenaran.

Soalan saudara ini dah kena masuk bab asbabunnuzur. Panjang ceritanya.
Saya guna tafsir ibnu kathir. Jd boleh baca la.
Kesimpulan dari keseluruhan ayat dari cerita dua kelompok yg bergaduh itu maka itulah pendapat ibnu Abbas spt di atas dan diterima pakai oleh semua ulamak.

Dan dalam riwayat Thawus, ibnu Abbas berkata,”Sesungguhnya ia bukan kufur seperti yang mereka (kaum khowarij) fahami, ia kufur yang tidak mengeluarkan dari millah, kufur dibawah kufur.

([3] HR Al Hakim dalam mustadrok no 3219 tahqiq Abdul Qadir ‘Atho, Al Hakim berkata “Shahih” dan disetujui oleh imam Adz Dzahabi. Qultu : hadits ini shahih sesuai dengan syarat Bukhari dan Muslim sebagaimana yang dikatakan oleh Syaikh Albani rahimahullah, semua perawinya tsiqah kecuali Hisyam bin Hujair, ibnu Hajar berkata,” Shoduq lahu auhaam”. Sehingga sanad atsar ini hasan, tetapi ia tidak bersendirian namun dimutaba’ah oleh Abdullah bin Thawus dari ayahnya dari ibnu ‘Abbas sebagaimana yang dikeluarkan oleh ibnu Abi Hatim dalam tafsirnya, dan Abdullah bin Thawus dikatakan oleh ibnu Hajar,” Tsiqah.” Sehingga atsar ini menjadi shahih, bagaimana jadinya bila digabungkan lagi dengan jalan Ali bin Abi Thalhah di atas, tentu menjadi semakin shahih. Maka sungguh sangat aneh bila riwayat ini berusaha dilemahkan oleh sebagian khowarij di zaman ini, selain ia bertentangan dengan ijma’ (kesepakatan ulama) untuk menshahihkan atsar ini.
 
apa itu demokrasi?
hanya kepimpinan dibeli.
 
Memang sistem pemerintahan Islam adalah yang terbaik. Itu tidak dinafikan. Lihat saja contoh Perjanjian Madinah antara Nabi Muhammad, orang Islam dan orang bukan Islam. Ianya persetujuan bersama antara mereka. Itu contoh demokrasi. Tidak mustahil pada waktu itu ada yang tidak bersetuju kerana ada berlaku selepas itu pengkhianatan dari satu pihak kaum yahudi mengakibatkan mereka dihukum. Tetapi kehendak majoriti menyokong perjanjian tersebut dan itulah konsep demokrasi.

Jangan kita lupa walaupun demokrasi dikatakan ciptaan manusia, kita perlu sedar bahawa setiap ilmu yang ada di dunia ini adalah Milik Allah dan demokrasi itu wujud dengan IzinNya untuk manusia menilai dan memahaminya. Aku tidak nampak demokrasi sebenar lari dari konsep Islam. Malah secara dasarnya, komunisme juga adalah konsep yang ada kerana kekayaan diagihkan secara adil dan saksama. Itu juga Islamik. Tetapi para pelaksana (ahli politik, oportunis, megalomaniak dan lain-lain) yang merosakkan konsep tersebut menjadikannya ianya buruk. Siapa mahu hidup dalam dunia yang tidak aman dan porak peranda?

Tapi begitulah realitinya manusia, tetap ada yang mahukan huru hara akibat ketamakan kuasa dan harta. Jadi apa jaminan kita kalau "SISTEM NEGARA ISLAM" yang dipimpin oleh Khalifah tidak terlepas dari ketamakan dan kejahatan manusia? Sepanjang sejarah Khalifah dari 4 Khalifah pertama hingga khalifah terakhir terhapus awal kurun ke-20, berapa banyak cerita yang boleh kita perolehi mengenai khalifah yang kejam dan tamak keduniaan? Sedangkan dakwa kita mereka melaksanakan hukum Islam.

Kenapa Jepun atau Singapura atau Denmark atau Switzerland sekalipun yang tidak melaksanakan sistem pemerintahan negara Islam, tetapi negara mereka jauh lebih aman damai, rakyatnya jauh lebih bersopan dan bersih (Jepun terutamanya) dan jauh lebih maju dan Islamik dalam banyak sudut? Tidakkah itu menunjukkan bahawa sistem negara Islam adalah sebuah idealisme moden umat Islam masa kini yang sebenarnya tidak faham apa itu negara Islam sendiri dan menolak mentah-mentah demokrasi yang kononnya tidak Islamik?

Adakah Nabi Muhammad SAW setelah menerima wahyu pertama dan setelah berhijrah ke Madinah mengisytiharkan bahawa baginda telah menegakkan negara Islam atau mahu negara Islam ditegakkan dahulu? Pastinya tidak. Ayat pertama mengajar kita berilmu. Mengejar Ilmu dan belajar. Jadi faham, jadi pandai. Kerana kebijaksanaan itu adalah anugerah Allah terhadap manusia dan itu yang membezakan manusia dengan haiwan dan itu membezakan Umat Islam dengan bukan Islam. Islam mengajar umatnya menjadi pandai dan bijaksana melalui ilmu dan tindakan dalam setiap aspek hidupnya.

Kerana ilmu ini penting bagi mendidik dan menyedarkan kita mengenai cara hidup yang disyariatkan. Apabila ada ilmu, peraturan dan undang-undang mudah difahami dan diikuti. Mudah diterima dan mudah diserap dalam jiwa manusia kerana manusia yang berilmu dan bijak berfikir akan tahu batas-batas hidup terutama dalam Islam. Itulah yang Nabi Muhammad buat dulu sebelum buat perkara lain. Terapkan manusia berilmu dikalangan umat Islam hingga mampu mencipta strategi perang yang efektif, mampu mencipta dan membaiki teorem dan ilmu sains dan teknologi untuk kebaikan manusia. Undang-undang adalah pelengkap apabila manusia bijak dan berilmu. Undang-undang tidak akan ada kesan jika manusia tidak faham dan tidak pedulikannya.

Kenapa kita obses mengejar negara Islam dan undang-undang hudud sedangkan ramai antara kita yang langsung tidak faham mengenainya tetapi bersungguh-sungguh juga hendak melaksanakannya? Maaf terlalu panjang dan lari tajuk.

Umat Islam perlu keluar dan turun dari bonggol unta. Sudah sampai masa untuk jadi lebih maju dan berilmu sesuai dengan tuntutan Allah sendiri. Barulah lepas itu kita boleh fikir untuk bina sebuah negara Islam yang berjaya.

Sbb itu kne ade ilmu.. Sbb itu kne belajar.. Mengatakan demokrasi satu sistem yg selari dgn konsep Islam shj sudah salah.. Demokrasi menyebabkan berlaku perpecahan sedangkan Allah sendri melarang perpecahan (42:13). Jd jika demokrasi bkn sistem dr Allah maka ia adalah sistem berlawanan dgn Allah atau mngkin boleh dinamakan 'sistem syaitan'.. Demokrasi mempunyai kelemahan kerana suara orang bawahan atau rakyat td itu boleh di beli.. Buktinya kte boleh lihat di negara yg kte berada sekarang ini.. Manakala Allah membenarkannya ia terjadi bkn bermakna Allah telah memberi izin.. Ia adalah satu sunnatullah.. Tambahan lg manusia ini suka membuat kerosakan.. Maksiat berlaku di Malaysia ini juga adakah Allah membenarkannya? Sudah pastilah bukan.. Jd berbalik kpd pernyataan yg awl, adalah penting ilmu dan kefahaman mengenai ilmu itu td.. Semua ini ada di dalam Al-Qur'an.. Yg penting kemahuan utk belajar.. Jika berkehendak pasti ada jalan-Nya.. :)
 
Back
Top
Log in Register