BTC USD 83,818.4 Gold USD 4,187.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perbincangan: Panji Hitam

Tolak demokrasi, laksana hudud?

Demokrasi itu sistem, hudud itu undang-undang. Sistem pemerintahan Islam itu sendiri adalah demokrasi di mana musyawarah itu adalah konsep yang sama dengan demokrasi iaitu persetujuan bersama. Itu asas sebenar demokrasi suatu masa dulu sebelum dimodenkan dengan pengaruh lobbyist dan kapitalist seperti di USA.

Hudud pula adalah undang-undang atau peraturan dalam pemerintahan. Kita tersangat obses dengan hudud dan video puak-puak gasar di Asia Barat yang memenggal kepala dan memotong tangan tapi sentiasa lupa dengan cerita-cerita para Khalifah yang sangat bertoleransi dalam menjalankan hukuman. Adakah kita mahu jadi seperti umat Islam di zaman Nabi/Khalifah atau zaman jahiliyah moden di Asia Barat sekarang yang bertopengkan Islam?

Kisah bendera hitam ini juga bukan dari al-Quran, bukan dari Hadith sahih. Ianya cerita daripada cerita oleh tokoh dan pihak suatu masa dulu. Kenapa hitam? Kenapa bukan putih atau hijau yang sering dikaitkan dengan Islam?

Adakah tidak mustahil bendera hitam dipilih kerana keadaan semasa (keperluan fabrik dan warna fabrik) atau orang Quraish/Ansar yang memang menggunakan bendera hitam sebagai tanda pengenalan mereka?

Rugi kan umat Islam tak boleh nak kaji semua tu sebab keperluan ilmu tidak mencukupi dek kerana terlalu obses mengejar benda lain.
 
Hudud pula adalah undang-undang atau peraturan dalam pemerintahan. Kita tersangat obses dengan hudud dan video puak-puak gasar di Asia Barat yang memenggal kepala dan memotong tangan tapi sentiasa lupa dengan cerita-cerita para Khalifah yang sangat bertoleransi dalam menjalankan hukuman. Adakah kita mahu jadi seperti umat Islam di zaman Nabi/Khalifah atau zaman jahiliyah moden di Asia Barat sekarang yang bertopengkan Islam?

Kita pun nak jadi islam wasatiyyah dalam hukum-hukum Allah spt yg kamu contohkan dari cerita khalifah.

Tapi bagaimana? Adakah dgn demokrasi ia boleh terlaksana dgn sistem 2/3 majoriti parlimen.
Dah ada contoh?
 
saya lihat demokrasi d mlaysia pun sudah berlaku pwncabulan d mana kuasa sultan d gunakan utk ambil alih kuasa hasilnya rakyat xder piliham, perubahan bukanlah jaminan demokrasi yg tulen, d mesir pun nampak sangat teori demokrasi gagal, pas bertahan & terpaksa akur dgn keputusan pr
 
kalau begini kena kecilkan skop demokrasi. Bukan wakil rakyat patut kita pilih, tetapi rakyatlah memilih sultan. Sultanlah yg perlu bijaksana memilih gabenor2 di setiap negeri.

sekian dimaklumkan.
 
pasal panji hitam... biarkan hadis2 itu berjalan sebagaimana adanya.

Yang perlu bagaimana kita sekarang membuka jalan2 untuk agama ini ditauhidkan. Kitalah yg akan ditanya, bukan imam mahdi atau sesiapa.
Bila sampai masanya, Allah lah akan menentukan jalan untuk setiap kita. Masing2 sudah ditentukan.
 
Kita pun nak jadi islam wasatiyyah dalam hukum-hukum Allah spt yg kamu contohkan dari cerita khalifah.

Tapi bagaimana? Adakah dgn demokrasi ia boleh terlaksana dgn sistem 2/3 majoriti parlimen.
Dah ada contoh?

Memang sistem pemerintahan Islam adalah yang terbaik. Itu tidak dinafikan. Lihat saja contoh Perjanjian Madinah antara Nabi Muhammad, orang Islam dan orang bukan Islam. Ianya persetujuan bersama antara mereka. Itu contoh demokrasi. Tidak mustahil pada waktu itu ada yang tidak bersetuju kerana ada berlaku selepas itu pengkhianatan dari satu pihak kaum yahudi mengakibatkan mereka dihukum. Tetapi kehendak majoriti menyokong perjanjian tersebut dan itulah konsep demokrasi.

Jangan kita lupa walaupun demokrasi dikatakan ciptaan manusia, kita perlu sedar bahawa setiap ilmu yang ada di dunia ini adalah Milik Allah dan demokrasi itu wujud dengan IzinNya untuk manusia menilai dan memahaminya. Aku tidak nampak demokrasi sebenar lari dari konsep Islam. Malah secara dasarnya, komunisme juga adalah konsep yang ada kerana kekayaan diagihkan secara adil dan saksama. Itu juga Islamik. Tetapi para pelaksana (ahli politik, oportunis, megalomaniak dan lain-lain) yang merosakkan konsep tersebut menjadikannya ianya buruk. Siapa mahu hidup dalam dunia yang tidak aman dan porak peranda?

Tapi begitulah realitinya manusia, tetap ada yang mahukan huru hara akibat ketamakan kuasa dan harta. Jadi apa jaminan kita kalau "SISTEM NEGARA ISLAM" yang dipimpin oleh Khalifah tidak terlepas dari ketamakan dan kejahatan manusia? Sepanjang sejarah Khalifah dari 4 Khalifah pertama hingga khalifah terakhir terhapus awal kurun ke-20, berapa banyak cerita yang boleh kita perolehi mengenai khalifah yang kejam dan tamak keduniaan? Sedangkan dakwa kita mereka melaksanakan hukum Islam.

Kenapa Jepun atau Singapura atau Denmark atau Switzerland sekalipun yang tidak melaksanakan sistem pemerintahan negara Islam, tetapi negara mereka jauh lebih aman damai, rakyatnya jauh lebih bersopan dan bersih (Jepun terutamanya) dan jauh lebih maju dan Islamik dalam banyak sudut? Tidakkah itu menunjukkan bahawa sistem negara Islam adalah sebuah idealisme moden umat Islam masa kini yang sebenarnya tidak faham apa itu negara Islam sendiri dan menolak mentah-mentah demokrasi yang kononnya tidak Islamik?

Adakah Nabi Muhammad SAW setelah menerima wahyu pertama dan setelah berhijrah ke Madinah mengisytiharkan bahawa baginda telah menegakkan negara Islam atau mahu negara Islam ditegakkan dahulu? Pastinya tidak. Ayat pertama mengajar kita berilmu. Mengejar Ilmu dan belajar. Jadi faham, jadi pandai. Kerana kebijaksanaan itu adalah anugerah Allah terhadap manusia dan itu yang membezakan manusia dengan haiwan dan itu membezakan Umat Islam dengan bukan Islam. Islam mengajar umatnya menjadi pandai dan bijaksana melalui ilmu dan tindakan dalam setiap aspek hidupnya.

Kerana ilmu ini penting bagi mendidik dan menyedarkan kita mengenai cara hidup yang disyariatkan. Apabila ada ilmu, peraturan dan undang-undang mudah difahami dan diikuti. Mudah diterima dan mudah diserap dalam jiwa manusia kerana manusia yang berilmu dan bijak berfikir akan tahu batas-batas hidup terutama dalam Islam. Itulah yang Nabi Muhammad buat dulu sebelum buat perkara lain. Terapkan manusia berilmu dikalangan umat Islam hingga mampu mencipta strategi perang yang efektif, mampu mencipta dan membaiki teorem dan ilmu sains dan teknologi untuk kebaikan manusia. Undang-undang adalah pelengkap apabila manusia bijak dan berilmu. Undang-undang tidak akan ada kesan jika manusia tidak faham dan tidak pedulikannya.

Kenapa kita obses mengejar negara Islam dan undang-undang hudud sedangkan ramai antara kita yang langsung tidak faham mengenainya tetapi bersungguh-sungguh juga hendak melaksanakannya? Maaf terlalu panjang dan lari tajuk.

Umat Islam perlu keluar dan turun dari bonggol unta. Sudah sampai masa untuk jadi lebih maju dan berilmu sesuai dengan tuntutan Allah sendiri. Barulah lepas itu kita boleh fikir untuk bina sebuah negara Islam yang berjaya.
 
wow, ulasan yang pada pendapat saya adalah tepat. semunya atas diri kita (umat Islam)..
 
Peperangan akhir zaman lebih menakutkan dari apa yg boleh dibayangkan, ia adalah peperangan alam semesta...pusat peperangan adalah di bumi...di mana kebaikan dan kejahatan adalah terbalik..yg baik di lihat jahat, yg jahat di lihat baik...sebab tu ramai umat islam mengikut dajjal..ramai dari org miskin, pompuan dan kanak2...sedangkan mahdi akan kelihatan seperti penjahat dan kejam..tak ramai yg mahu mengikuti kerana imam mahdi di sangka dajjal org kebanyakan .sama cam cerita nabi khaidir dengan musa..apa yg nabi khirdir buat nampak salah pada pandangan musa...selepas di terangkan baru ia faham.
 
setuju dgn pandangan ini

perjalanan dunia telah dirancang dgn sebaik mungkin oleh MEREKA,
supaya yg baik akan nampak jahat dan yg jahat akan nampak seperti penyelamat

mereka akan memainkan lagu2 propaganda berkali2 walaupun ianya 1 pembohongan apabila diulang beribu2 kali maka ianya akan jadi seolah2 ianya benar.....

the art of deception, mengalihkan pandangan dari sesuatu yg penting

bread and honey, mereka kononnya akan datang sebagai penyelamat dgn menghulurkan bantuan (bantuan ade makna)

kita sendiri confused dgn siapa benar dan siapa salah ttg ISIS, umno, pas dan sebagainya....

percayalah hanya ade 2 pilihan: islam atau bukan islam (xde duduk atas pagar)

pilih sebelah mana anda akan berada.......
 
Terimakasih atas penerangan yang padat.

Aku tidak nampak demokrasi sebenar lari dari konsep Islam. Malah secara dasarnya, komunisme juga adalah konsep yang ada kerana kekayaan diagihkan secara adil dan saksama. Itu juga Islamik. Tetapi para pelaksana (ahli politik, oportunis, megalomaniak dan lain-lain) yang merosakkan konsep tersebut menjadikannya ianya buruk.

Sbg Contoh

Jadi bagaimana nak hapuskan yang ini dgn kaedah demokrasi moden:

Senarai 1 & Jadual 9, PERLEMBAGAAN Persekutuan. Undang-undang Persekutuan yang wujud mengenai kesalahan-kesalahan jenayah dan hukuman-hukumannya yang berkuatkuasa iaitu Penal Code [Akta 574] yang terpakai kepada sesiapa sahaja (tanpa mengira keturunan dan anutan agama) yang melakukan kesalahan jenayah di Malaysia. Undang-undang ini turut menyenaraikan juga kesalahan dan hukuman zina (dengan keizinan wanita itu) sebagaimana dinyatakan di bawah Seksyen 375 (c). 375(d), 375(e) ataupun 375(f). Kesalahan jenayah di bawah Seksen 375 ini boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang 5 tahun tetapi tidak lebih 20 tahun, dan hendaklah dikenakan sebatan sebagaimana dinyatakan di Seksyen 376.

Dan nak tegakkan yang ini:

Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.(An Nuur : 2)

Kenapa kita obses mengejar negara Islam dan undang-undang hudud

Sebabnya:

Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. (Al Maa'idah : 44)
Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim. (Al Maa'idah : 45)
Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik (Al Maa'idah : 47)

sedangkan ramai antara kita yang langsung tidak faham mengenainya tetapi bersungguh-sungguh juga hendak melaksanakannya?

Kalau kerajaan boleh gunakan semua saluran TV, Radio dan akhbar untuk rakyat paham GST jadi kenapa dlm bab undang2 islam tidak boleh guna kaedah sama untuk rakyat paham tentang undang2 quran?

Bila ada kepentingan....boleh
Bila takde kepentingan....tak boleh?

Maaf ye bincang....
 
Back
Top
Log in Register