Demokrasi bukan undang-undang. Kits boleh jadi demokrasi tapi dalam masa sama laksana hukum hudud dan qisas. Demokrasi itu adalah anda, saya dan orang lain memilih pemerintah. Demos + Kratos (Kerajaan + Rakyat) bermaksud kerajaan yang dipilih dan dilantik oleh rakyat secara bersetujuan bersama (musyawarah) dan itu ada Islamiknya. Kita boleh refine lagi kalau kita ikut cara Islam dalam memilih pemerintah dan ianya dalam konsep politik masih demokrasi.
Saya faham, demokrasi adalah sistem dan hudud, qias adalah undang2
Demokrasi digunakan untuk menjalankan undang2. Dalam suasana negara malaysia, adakah demokrasi boleh diterima pakai apabila orang kafir dan sebahagia orang islam dengan terang-terang tolak undang2 quran?
Khalifah 4 pertama tidak amalkan sistem macam Brunei kerana kempimpinan mereka dilantik oleh rakyat.
Malah khalifah 4 sangat demokratik kerana mereka menamakan beberapa calon yang layak untuk jadi khalifah sebelum dipilih. Bezanya dengan ahli politik moden, calon khalifah dulu menarik diri kerana tak sanggup pikul beban atau rasa diri tak sesuai. Calon sekarang berlumba-lumba kejar pangkat. Bab itu yang patut kita ubah. Bab manusia dan tanggungjawabnya.
Kita semua tahu cara pemilihan khalifah terutama yg 4 awal.
Tetapi sistem demokrasi masa tu hanya tertumpu kepada pemilihan pemimpin dan tidak melibatkan masalah undang2 kerana semua masih dilandasan quran. Sedangkan sekarang pemilihan pemimpin yg akan melibatkan perlaksanaan undang2 dan jika terkeluar dari garis panduan quran....Allah mengancam dgn neraka.
Ilmu dan amal dulu yang penting kerana ianya mampu ubah manusia. Itu yang dituntut Allah dalam al-Quran.
Hakikatnya memang Ilmu dan Amal itu penting. Kita sudah merdeka lebih 50 tahun dan sudah berpuluh-puluh ribu rakyat malaysia mendalami aqama di uni. azhar, uni madinah, yaman dll.
Jadi adakah kita perlu lagi 50 tahun untuk mengilmukan ummat?
Sekarang cuba bagitahu bagaimana memilih pemerintah dalam Islam? Apa langkah dan caranya?
Ini pendapat saya!
Senarai calon yang layak dari segi kefakihan dalam agama dan ilmu dunia. Manifesto semua calon mesti letak quran dihadapan.
Buat pemilihan dan bai'ah.
Tiada calon kafir dan wanita.
Org kafir hanya boleh jadi wakil kaumnya sahaja.