BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Perbezaan generasi dari Baby Boomers hinggalah Gen Alpha. korang Gen yang mana?

Korang generasi yang mana?

  • Baby Boomers

    Votes: 1 25.0%
  • Gen X

    Votes: 1 25.0%
  • Gen Y

    Votes: 2 50.0%
  • Gen Z

    Votes: 0 0.0%
  • Gen Alpha

    Votes: 0 0.0%

  • Total voters
    4

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201
6190669297160933086_121.jpg


Mengenali berbezaan generasi dari Baby Boomers hinggalah Gen Alpha.
 
308003-308003.jpg


Kenapa penting kita faham tentang Baby Boomers, Gen X, Y, Z & Alpha?

Kerana setiap generasi terbentuk dari zaman yang berbeza.Dan bila zaman berubah, cara fikir pun berubah dari cara bekerja, cara menjaga kesihatan, sampai ke apa yang dianggap ‘penting’ dalam hidup.

👴 Baby Boomers (1946–1964)
Mereka lahir dalam zaman negara membangun.
Dibesarkan dengan semangat membina tanah air. Kerja tetap dianggap puncak kejayaan. Rehat bukan keutamaan. Ramai sanggup tahan sakit demi kerja, dan masih rasa bersalah kalau tak sibuk.Nilai keluarga, agama dan adat jadi tunjang hidup

👨‍👩‍👧‍👦 Gen X (1965–1980)
Anak kepada Boomers. Mereka berdikari, tak suka menyusahkan, dan terbiasa ‘pendam sendiri’.Sekarang, ramai tengah jaga anak remaja dan ibu bapa tua tersepit, tapi tetap teruskan.
Nilai utama mereka? Tanggungjawab.

💼 Millennials / Gen Y (1981–1996)
Lahir masa Malaysia mula globalisasi.
Mereka mula persoal: kerja untuk hidup, atau hidup untuk kerja? Mereka cari makna, bukan semata-mata gaji. Lebih peka tentang kesihatan, hubungan, dan keseimbangan hidup.

📱 Gen Z (1997–2012)
Anak era TikTok dan ‘cancel culture’.
Mereka terbuka, cepat belajar, dan tak takut bersuara. Tapi dalam masa sama mereka juga cepat cemas, rasa tertekan dengan dunia yang terlalu laju dan penuh perbandingan.

🤖 Gen Alpha (2013 ke atas)
Mereka lahir dalam dunia skrin. Pandai swipe sebelum pandai tulis. Mereka akan hidup dalam dunia automasi, AI dan perubahan pantas.

Kesihatan bukan hanya tentang badan ia tentang gaya hidup, tekanan, masa, dan cara seseorang menilai hidup mereka.
.

Bila kita faham generasi, kita faham manusia.
❤️ Kerana kesihatan itu milik semua.
Dan setiap generasi, walau berbeza, tetap perlukan ruang untuk difahami.

Kredit ➡️ Public Health Malaysia
 
generasi x generasi y generasi z generasi alpha
xo9q2B.jpg

xo92Uc.jpg

xo93wG.jpg
 
Back
Top
Log in Register