BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Video kejam pelaku tembak beruk yang gagal cakap 'baby sayang'

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201


Kejadian kejam. Video mula viral. Apa pun jika baru berlaku harap tangkap pelaku..
 
bukan video lama ke

pastu suara tu mcm bukan suara asal..
 
dah kena tangkap dan didakwa pun ..6 taun lepas..
 
Polis siasat kejadian tembak monyet

Hasbi Sidek

POLIS akan mengesan lelaki yang menembak seekor monyet menggunakan pistol yang tular di media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, berdasarkan rakaman yang tular itu, lelaki berkenaan melanggar dua peraturan.

“Dari segi penyalahgunaan senjata api, seseorang individu yang memiliki lesen tidak boleh sewenang-wenang melepaskan tembakan. Setiap tembakan, walaupun sebutir peluru perlu diisytiharkan.

“Bagi kesalahan kedua, kita tidak dibenarkan untuk membunuh binatang kerana ia dikira sebagai menganiaya seperti kes lelaki yang memasukkan kucing ke dalam mesin pengering yang berlaku September tahun lalu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, suspek boleh disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana membunuh haiwan.

Beliau berkata, pihaknya akan meneliti video berkenaan dan menyiasatnya sebelum mengesan lelaki yang bertanggungjawab membunuh haiwan itu.

“Berdasarkan rakaman itu, kejadian dipercayai berlaku di negara ini berdasarkan bahasa digunakan, namun kami perlu memastikan lokasi sebenar kejadian itu,” katanya.

Video berdurasi 19 saat itu memaparkan seorang lelaki menembak seekor monyet gara-gara tidak memanggilnya ‘Baby sayang’ sehingga mengundang kecaman netizen yang mengutuk kejadian itu.

Lelaki berkenaan menyuruh monyet berkenaan memanggilnya ‘Baby sayang’ sebelum menembak haiwan itu selepas kiraan tiga, malah sempat menunjukkan kesan darah di situ.

Berita berkaitan

• Belum dapat maklumat jelas


Artikel : Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register