BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perbadanan bangun semula rumah awam

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

KUALA LUMPUR 25 Mac - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menubuhkan sebuah perbadanan bagi menangani isu pembangunan semula perumahan awam di negara ini.

image.jpg
Abdul Rahman Dahlan

Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, perbadanan berkenaan yang dijangka mula beroperasi tahun ini turut memberi tumpuan kepada usaha penjenamaan semula bandar.

Menurut beliau, pada masa ini, kementerian masih belum mempunyai unit atau agensi yang dipertanggungjawabkan untuk tujuan tersebut.

“Kita juga telah berbincang dengan agensi-agensi lain termasuk Kementerian Kewangan dan maklum balas yang diterima adalah positif,” katanya bagi menjawab celahan Datuk Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) ketika menggulung perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong peringkat kementerian dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Johari bertanya tentang inisiatif kementerian dalam membangunkan semula perumahan awam di ibu negara.

Abdul Rahman memberitahu, kementerian akan membawa cadangan pembangunan semula perumahan awam untuk dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Perumahan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau menambah, kerajaan berdepan kesukaran untuk mendapatkan tanah yang sesuai untuk tujuan pembangunan semula perumahan awam di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

“Kita juga tidak mahu sekadar melepaskan batok di tangga dalam menyediakan perumahan mampu milik kepada rakyat,” jelasnya.
 
Datuk johari ni walupun org bn, tp aku respek dia ni. Mmg lantang bila melibatkan perumahan utk rakyat.
 
Datuk johari ni walupun org bn, tp aku respek dia ni. Mmg lantang bila melibatkan perumahan utk rakyat.

datuk joe mmg terbaik..hari tu den pnh call dia...ptg tu jugak hantar personal assistant dia dtg :D:D
 
Back
Top
Log in Register