BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelaksanaan Dasar Bekerja Dari Rumah Sektor Perkhidmatan Awam Bermula Esok

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
00650923388175a993215332e8a13fc569ddf20175fdb

Penjawat Awam mengemas barangan susulan arahan Kerajaan Malaysia melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi penjawat awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mulai 15 April 2026, khususnya bagi yang menetap melebihi lapan kilometer dari pejabat.

Pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi sektor perkhidmatan awam, yang merupakan sebahagian langkah strategik kerajaan bagi memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat, akan bermula secara rasmi esok.

Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang bertugas di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan semua ibu negeri dengan jarak perjalanan sehala ke pejabat melebihi lapan kilometer, layak melaksanakan dasar BDR yang diperkenal serta dilaksana pada 2020 dan 2021 sebagai sebahagian daripada langkah kawalan pandemik COVID-19.

Hari BDR ditetapkan mengikut negeri serta hari kelepasan mingguan (HKM), dan negeri yang menetapkan HKM pada Ahad akan melaksanakan dasar berkenaan dari Selasa hingga Khamis manakala bagi negeri yang menetapkan HKM pada Jumaat, melaksanakan BDR dari Isnin hingga Rabu.

Bagaimanapun, beberapa sektor dikecualikan daripada pelaksanaan BDR termasuk perkhidmatan keselamatan dan pertahanan seperti Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Penjara, Agensi Penguatkuasaan Maritim, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan serta Jabatan Imigresen.

Turut dikecualikan sektor kesihatan yang memberikan perkhidmatan kritikal termasuk pegawai perubatan, pegawai farmasi, pegawai pergigian dan jururawat serta pegawai pendidikan yang terlibat dengan sesi persekolahan.

Semua perincian dan ketetapan berkaitan BDR dinyatakan dalam surat edaran bertarikh 2 April lepas bertajuk Pelaksanaan Bekerja Dari Rumah bagi Perkhidmatan Awam Berikutan Konflik Asia Barat yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Surat itu turut dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk pelaksanaan selaras arahan kerajaan.

“Bagi sektor lain yang layak, Ketua Jabatan bertanggungjawab menentukan perkhidmatan penting dan menyusun jadual BDR mengikut keperluan operasi manakala tempat bekerja semasa BDR ditetapkan di rumah yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS),” menurut surat berkenaan.

Pegawai terlibat BDR juga dikehendaki menggunakan sistem SPOT-Me untuk perekodan kehadiran secara elektronik dengan fungsi geolokasi setiap jam manakala Ketua Jabatan memantau keberadaan dan output kerja pegawai secara berkala.

 
Back
Top
Log in Register