BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perang baharu AS-Israel ke atas Iran didakwa bakal meletus

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Perang baharu AS-Israel ke atas Iran didakwa bakal meletus​

3524579.webp

Amerika Syarikat (AS) bersama sekutu kuatnya, Israel didakwa sedang mengatur langkah untuk kembali mencetuskan ketegangan dengan Iran.

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) bersama sekutu kuatnya, Israel didakwa sedang mengatur langkah untuk kembali mencetuskan ketegangan dengan Iran.

"Serangan baharu lebih intensif dijangka bermula seawal minggu ini," menurut laporan The New York Times memetik beberapa sumber.

Dua pegawai mendedahkan persediaan operasi ketenteraan baharu dipergiat secara ketara.

"Pilihan yang sedang dipertimbangkan termasuk 'kempen pengeboman yang lebih agresif' terhadap sasaran ketenteraan dan tapak infrastruktur Teheran.

"Satu lagi pilihan adalah melancarkan operasi bagi merampas stok uranium diperkaya milik Teheran yang dipercayai telah disimpan di ruang bawah tanah susulan serangan ke atas kemudahan nuklear Iran pada Jun 2025," menurut laporan itu lagi.

Presiden AS, Donald Trump berulang kali mengancam untuk memperbaharui serangan terhadap Iran selepas beliau dengan lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap cadangan dikemukakan Teheran.

Iran pula menegaskan ia bersedia untuk memberikan tindak balas sewajarnya terhadap sebarang pencerobohan.

Teheran menegaskan ia mengambil pendekatan lebih berhati-hati terhadap rundingan yang masih tergendala, namun tetap menunjukkan kesediaan untuk meneruskan diplomasi.

“Kami mempunyai alasan kukuh untuk tidak mempercayai Amerika. Tiada penyelesaian melalui ketenteraan dan AS perlu menerima hakikat itu. Mereka tidak akan mencapai matlamat menerusi tindakan sedemikian, namun keadaan mungkin berbeza sekiranya pendekatan diplomasi dipilih,” kata Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi pada Jumaat lalu.

Rundingan tidak langsung antara Washington dan Teheran terus menemui jalan buntu sejak perjanjian gencatan senjata rapuh dicapai pada bulan lalu.

Kedua-dua negara itu gagal mencapai kata sepakat apabila masing-masing menolak cadangan pelan damai pihak lawan kerana disifatkan tidak realistik.

AS dan Iran juga saling mempertahankan tuntutan yang dikemukakan mereka untuk menghentikan permusuhan itu. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register