BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,331.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peragut diberkas di balai polis

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
ALOR SETAR – Tindakan seorang pemuda membuat laporan polis berhubung kad pengenalannya yang tercicir ketika cuba meragut seorang wanita di Simpang Empat di sini pada Rabu lalu menjerat diri apabila dia diberkas polis.

Sebelum ditahan pada pukul 11 pagi kelmarin, suspek yang berusia 25 tahun itu datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang di sini dan membuat laporan polis mendakwa kad pengenalannya hilang.

Polis yang curiga dengan laporan dibuat lelaki itu telah menahannya untuk siasatan sebelum rahsia sebenarnya terbongkar.

Susulan penahanan suspek pertama itu, polis kemudian menahan seorang lagi rakannya di sebuah rumah di Taman Pendang dekat sini pada pukul 6 petang hari sama dan merampas sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC.

Dalam kejadian ragut pada Rabu lalu, kedua-dua suspek yang ditahan itu berputih mata apabila hasrat mereka untuk meragut seorang jurujual, Nor Izzuana Zaini, 20, gagal apabila motosikal dinaiki mereka bergesel dengan motosikal mangsa dan sebuah kenderaan lain.

Ketika kejadian pada pukul 11 malam itu, kedua-dua suspek itu terjatuh dari motosikal tetapi sempat melarikan diri.
 
hahaha,baru nak belajar jadi lembu agaknya mamat nih hahaha
 
Back
Top
Log in Register