BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk bakar balai polis

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,431
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,431
Reaction score
321
Points
141
geli-balai-polis.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan penduduk menerbalikkan sebuah kenderaan polis semasa rusuhan besar-besaran semalam. - TikTok

JAKARTA – Penduduk Mandailing Natal, wilayah Sumatera Utara membakar sebuah balai polis kerana kecewa dengan tindakan pihak berkuasa yang membebaskan seorang pengedar dadah, lapor portal berita Lambe Turah.

Rusuhan besar-besaran itu berlaku di Balai Polis Muara Batang Gadis semalam.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @negeri.koplak menunjukkan penduduk tempatan beramai-ramai merosakkan dan menterbalikkan sebuah kenderaan polis.

Mereka kemudian membakar sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan balai sebelum api merebak ke seluruh bangunan dan memusnahkan bumbung.

Situasi itu tercetus apabila seorang pengedar dadah dikenali sebagai Romadon dibebaskan oleh polis, menyebabkan orang ramai kecewa.

Ketua Polis Mandailing Natal, Asisten Komisioner Kanan Arie Sofandi Paloh memberi amaran kepada masyarakat agar tidak mudah terpengaruh dengan maklumat yang tidak sah. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register