BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mekanik didakwa culik isteri orang di Balai Polis Malim

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,513
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,513
Reaction score
1,681
Points
201
14315867481764021-425517.jpg

14315867481764021-425518.jpg


Mekanik didakwa culik isteri orang di Balai Polis Malim

Ayer Keroh: Mekanik didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menculik seorang wanita yang juga isteri orang di Balai Polis Malim, awal bulan ini.

Tertuduh, Lim Jun Wei, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menculik wanita berusia 33 tahun daripada jagaan sah suaminya, Azam Mamat ketika mangsa berada di dalam sebuah kereta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Balai Polis Malim, jam 1.30 tengah hari, 1 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Dipercayai ketika kejadian, wanita terbabit berada di dalam sebuah kereta dan menunggu suaminya yang sedang membuat laporan polis berkaitan kes lain di balai berkenaan.

Tertuduh kemudian dipercayai masuk ke dalam kereta berkenaan sebelum memandu keluar dari kawasan balai polis.

Wanita itu dikatakan menjerit meminta pertolongan sebelum kenderaan terbabit berhenti di lampu isyarat, yang membolehkan orang awam datang membantu dan menyelamatkannya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Syauqi Mardia Baharudin mencadangkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin, manakala tertuduh diwakili peguam LK Teoh.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 22 Oktober ini untuk sebutan semula kes.
 
Back
Top
Log in Register