combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,421
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 23,421
- Reaction score
- 321
- Points
- 141
Tangkap layar video menunjukkan penduduk menerbalikkan sebuah kenderaan polis semasa rusuhan besar-besaran semalam. - TikTok
JAKARTA – Penduduk Mandailing Natal, wilayah Sumatera Utara membakar sebuah balai polis kerana kecewa dengan tindakan pihak berkuasa yang membebaskan seorang pengedar dadah, lapor portal berita Lambe Turah.
Rusuhan besar-besaran itu berlaku di Balai Polis Muara Batang Gadis semalam.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @negeri.koplak menunjukkan penduduk tempatan beramai-ramai merosakkan dan menterbalikkan sebuah kenderaan polis.
Mereka kemudian membakar sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan balai sebelum api merebak ke seluruh bangunan dan memusnahkan bumbung.
Situasi itu tercetus apabila seorang pengedar dadah dikenali sebagai Romadon dibebaskan oleh polis, menyebabkan orang ramai kecewa.
Ketua Polis Mandailing Natal, Asisten Komisioner Kanan Arie Sofandi Paloh memberi amaran kepada masyarakat agar tidak mudah terpengaruh dengan maklumat yang tidak sah. – AGENSI
Penduduk bakar balai polis
JAKARTA - Penduduk Mandailing Natal, wilayah Sumatera Utara membakar sebuah balai polis kerana kecewa dengan tindakan pihak berkuasa yang membebaskan seorang pengedar dadah, lapor portal berita Lambe Turah. Rusuhan besar-besaran itu berlaku di Balai Polis Muara Batang Gadis semalam.Rakaman video...
www.kosmo.com.my