BTC USD 83,454.3 Gold USD 4,174.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peperangan Sui-Champa

Pernah baca pasal perang Champa Sui. Tak silap aku last2 Sui menang tp ramai askar dia mati sbb sakit and terpaksa balik semula ke China. Champa-Viet juga salah satu kerajaan yg berjaya kalahkan Mongol sekaligus mematikan usaha Mongol utk tawan kawasan Indo-China. Champa gak pernah tolong Kesultanan Johor serang Portugis kat Melaka selepas kejatuhan Melaka.
 
mcm cerita famtasi, sbb kita sendiri x percaya pada org dulu2.

bukan nk memihak pada sesiapa tp jika nk pertikai kata tipu ke karut ke sila la kasi sumber yang betul berkaitan perkara sebenar.

kan kwn kita tu dh bagi 8 sumber rujukkan berkaitan cerita di atas.. adil la kiranya yg x percaya utk sertakan link yg menyokong pendapat anda pula.
 
Champa adalah antara pensejarahan yang dalam kategori 'underrated'. Tak ramai orang ambil tahu tentang rumahtangga 'sedara' Melayu kita ni. Tapi orang Champa sendiri pun rasanya tak ambil tahu juga.

Bayangkanlah kerajaan diorang berdepan dengan serangan China & Mongol, iaitu dua buah kuasa besar dunia masa tu. Tak termasuk peperangan dengan jiran-jiran diorang.

Tapi perang Sui-Champa ni...kalau tak silap aku la, dimenangi oleh Sui. Aku tak ingat perinciannya tapi di akhir kisah Champa menghantar ufti kepada China, dan tidak ada orang yang menang perang menghantar ufti kepada orang yang kalah..
 
dulu bukan laut china tpi laut champa..kerajaan champa pernah bantu sultan johor serang portugis
 
Sebenarnya orang Champa yang tinggal di Kamboja ramai yang kisah tentang negara asal datuk moyang mereka. Ini termasuklah golongan muda. Jika ditanya golongan berusia mereka berbangga bahawa wali songo berasal dari Champa.

Perang Sui-Champa ini tidak jelas sejarahnya. Tetapi banyak kali juga berlaku perang China-Champa. Beberapa kali juga Champa memenangi perang tersebut. Hubungan Champa-China menjadi erat semasa pemerintahan Dinasti Ming. China memberi bantuan kepada Champa menentang keganasan Vietnam.
 
element of surprise ni pakai badak.:)cgrock

dulu TokCu pun fikir perkara ini rekaan semata-mata... tetapi tektik yang sama juga cuba ditiru oleh Vietnam

menariknya orang Melayu zaman dahulu cuba memanfaatkan sumber alam dalam kehidupan harian termasuk perang.
 
dulu bukan laut china tpi laut champa..kerajaan champa pernah bantu sultan johor serang portugis

Memang benar.
Setelah kejatuhan Champa pada tahun 1832, negeri Champa telah dilenyapkan dari peta dunia. Tujuannya ialah untuk menghapuskan identiti dan sejarah orang Melayu.

Banyak kajian termasuk oleh barat, menyatakan asal penduduk Aceh ialah dari Champa. Begitu juga Palembang. Hal ini sedikit sebanyak membuktikan sejarah Melayu yang menyatakan penduduk Champa melarikan diri ke Aceh dan ada yang berkhidmat dengan Sultan Melaka ada kebenarannya.

Begitu juga dengan penduduk asal Pahang, Terengganu dan Kelantan. Penemuan arkeologi juga mendapati terdapat jejak orang Melayu Champa di Selangor.
 
Pernah baca pasal perang Champa Sui. Tak silap aku last2 Sui menang tp ramai askar dia mati sbb sakit and terpaksa balik semula ke China. Champa-Viet juga salah satu kerajaan yg berjaya kalahkan Mongol sekaligus mematikan usaha Mongol utk tawan kawasan Indo-China. Champa gak pernah tolong Kesultanan Johor serang Portugis kat Melaka selepas kejatuhan Melaka.

Kali pertama serangan Monggol, Champa kalah. Etnik Melayu Champa bersatu kemudian mengusir Monggol keluar dari Champa.

Po Rome atau Sultan Abdul Hamid Syah itulah Raja Champa yang menghantar bantuan ketenteraan kepada Sultan Ali Jalla Sultan Johor. Kedua-dua Sultan ini masih mempunyai hubungan persaudaraan.
 
Raja Champa menggunakan kesempatan ini untuk meminta Maharaja China meminta maaf kepada mereka dan membuat perjanjian sempadan di antara wilayah mereka. Apa yang harus dibanggakan melalui peperangan ini ialah kehebatan orang melayu pada ketika itu menggunakan haiwan dalam peperangan terutama badak sumbu dan gajah sehingga mengejutkan tentera China. Bahkan, orang Melayu telah memanfaatkan strategi Tsun Zu dalam peperangan dengan memanfaatkan bentuk muka bumi. Ilmu perang orang Melayu pada waktu itu sudah setanding kuasa besar China.

den tak leh nak bayangkan , mungkin badak sumbu itu digunakan untuk mengejar tentera china itu, bertempiaran lari terkejut tentera china itu bila dikejar badak2 sumbu tu, hingga lari balik ke negeri china:)

tq TT, den minat bab2 sejarah
 
Back
Top
Log in Register