BTC USD 54,756.5 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PEPERANGAN ANTARA RAJA NEBUKADNEZZAR II DENGAN 'ADNAN BIN 'ADD

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
323,453
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
323,453
Reaction score
16,412
Points
2,376
SIRI PEPERANGAN: PEPERANGAN ANTARA RAJA NEBUKADNEZZAR II DENGAN 'ADNAN BIN 'ADD

Diceritakan bahawa ada seorg lelaki bernama Barkhian dari keturunan Yahuza bin Nabi Yaakub telah mendapat berita bahawa Raja Nebukadnezzar II dr Kerajaan Babylon telah menyerang Kerajaan Yehuda dan membakar Haikal Sulaiman. Pada masa yg sama, Raja Nebukadnezzar II telah menyeret semua Bani Israil dan Bani Yehuda ke Babylon utk dijadikan tawanan.

Hal ini telah membuatkan Barkhian menyimpan dendam dan dia bertambah lagi benci mengingatkan tentang kemuliaan kaum Bani Ismail sedangkan bintang kaum Bani Israil terus lenyap. Baginya kaum Bani Israil ditimpa kehinaan yg begitu menyedihkan.

Kota Jerusalem hancur musnah sementara Baitullah di Makkah tetap bersinar cahayanya. Barkhian memerhatikannya dengan cemburu. Dia memulakan perjalanan ke negeri Babylon dan berazam untuk menentang Raja Nebukadnezzar II dan menghapuskannya dengan tipu daya. Dia bertekad meracuni pemikiran Raja Nebukadnezzar II sehingga bersetuju memerangi kaum Bani Ismail dan menghancurkan kemuliaan mereka.

Sesampainya di Kota Babylon, dia merasa terpegun dengan keindahan bandar yg dihiasi dengan menara yg tinggi dan tembok2 yg kukuh disamping patung Marduk, Sin, Syamas dan Asytar mewarnai keagungannya. Barkhian meneruskan perjalanannya sehingga dia tiba disuatu kawasan lapang. Ketika itu, Raja Nebukadnezzar II sedang berada di situ. Dia terpandang kepada kaumnya yg sedang berarak. Dia simpati melihat nasib mereka.

Dia terus menuju ke istana menemui pegawai besar istana dan memohon kebenaran menghadap Raja Nebukadnezzar II. Dia memberitahu bahawa dia mahu menyampaikan wahyu dari langit. Dia juga mengaku bahawa Yahweh telah memerintahkannya utk menyampaikan berita itu kepada baginda raja.

Sementara itu, Raja Nebukadnezzar II sering mengalami mimpi pelik. Baginda meminta para rahib, pendeta, ahli nujum dan ahli bijaksana utk menafsirkan mimpi baginda. Apabila mereka gagal menjelaskannya, baginda memerintahkan agar Nabi Daniel, Nabi 'Uzair dan para Nabi Bani Israil yg lainnya dtg menghadap.

Sebelum sempat para pengawal memanggil para Nabi Bani Israil, pegawai besar istana menyampaikan berita bhw ada seorg yg mengaku sebagai Nabi berada di muka pintu istana membawa berita dari langit. Beginda segera menitahkan supaya Nabi itu segera dibawa masuk.

Barkhian pun masuk menghadap Raja Nebukadnezzar II. Dia berkata: "Wahai tuanku, Tuhan telah mewahyukan kepadaku supaya menghadap tuanku dan meminta tuanku memerangi bangsa Arab. Tuhan memerintahkan tuanku agar menjatuhkan negeri mereka, membunuh rakyat mereka dan merampas harta benda mereka. Mereka telah mengingkari Tuhan dan mendustai para Nabi dan para Rasul".

Barkhian berusaha menanam racunnya ke dalam dada Raja Bukhtanezzar II agar melaksanakan segala kehendak dan perintah dari langit. Sebelum ini, bangsa Arab dan Babylon pernah bersatu menentang dan menghancurkan Kerajaan Assyria. Hubungan perdagangan yg dijalankan selepas kejayaan itu menjadikan hubungan antara mereka semakin rapat.

Malangnya, kini Barkhian dtg dengan tipu dayanya untuk memutuskan perhubungan antara bangsa Arab dan Babylon. Barkhian berjaya mempengaruhi Raja Nebukadnezzar II. Baginda memerintahkan para pengawalnya supaya menangkap org2 Arab yg ada di pasar2 atau di mana sahaja di negeri Babylon.

Kaum Arab diseret beramai2 ke istana dan dimasukkan ke dlm kawasan yg dijaga rapi. Barkhian amat berpuas hati kerana sebahagian drpd dendamnya sudah terlaksana. Penderitaan yg dialami kaum Bani Israil selama ini kini turut dirasa oleh kaum Bani Ismail.

Berita tindakan kejam Raja Nebukadnezzar II itu tersebar di kalangan kabilah Qhaidar, 'Uraibi, Kerajaan Nabat dan juga di kalangan kabilah Bani Ismail yg bertaburan di Sina dan tempat2 yg lain. Mereka berpakat utk pergi ke negeri Babylon untuk membuat perjanjian damai.

Walau bagaimana pun 'Adnan bin 'Add, moyang Rasulullah SAW tidak menyetujuinya sebaliknya meminta kaumnya mempersiapkan kekuatan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Golongan yg inginkan perdamaian segera menuju ke negeri Babylon dgn membawa hadiah utk Raja Nebukadnezzar II. Baginda menempatkan mereka di pinggir2 Sungai Euphrat supaya mereka mendirikan sebuah tempat untuk tentera2 mereka. Mereka menamakan tempat itu al-Anbar. Org2 Arab tinggal di kawasan al-Anbar dan Hirah.

Raja Nabukadnezzar II terus melengkapkan angkatan tenteranya utk menyerang mana2 bangsa Arab yg tidak mahu tunduk kepadanya dan pada kekuasaan Marduk. Raja Nebukadnezzar II telah berjaya dikuasai oleh Barkhian sehingga bertekad tidak akan membiarkan seorg pun bangsa Arab yg hidup.

'Adnan bersiap sedia utk menghadapi ancaman dari Raja Nebukadnezzar II. Ketika beliau mahu keluar berperang, Allah Taala telah mengilhamkan ke dlm hatinya supaya mengutuskan kedua org anaknya yg bernama Ma'ad dan 'Akk ke Hijaz. Di Hijaz masih ramai kaum Bani Ismail yg dpt melindunginya. 'Adnan mahu anak2nya berlindung di Baitullah, tempat yg aman dari sebarang ancaman. Ketika itu anaknya Ma'ad berusia 14 tahun dan 'Akk lebih muda dari Ma'ad.

'Adnan pun keluar mengetuai barisan tentera Bani Ismail dengan menaiki kuda dan unta yg lasak di padang pasir. Mereka bersenjatakan pedang yg diperolehi dari Mesir, Damsyik (Damascus), Phonecia dan Yaman.

Tentera Raja Nebukadnezzar II bertembung dengan tentera 'Adnan di Husura lalu terjadilah peperangan yang begitu hebat sekali. Mayat2 bergelimpangan di sana sini menjadi santapan burung hering. Kedua2 belah pihak gagal mencapai kemenangan kerana tidak dapat mengatasi antara satu sama lain.

Penduduk Babylon bermunajat memohon agar Marduk, Sin, Syamas dan Asytar menolong mereka. Sebahagian kaum Bani Ismail memohon pertolongan dari Al-Lata, Al-'Uzza dan Manat agar membantu mereka. Mereka lupa kepada Allah Taala setelah sekian lama tidak diutuskan Rasul di kalangan mereka.

Hati mereka telah terpesong jauh daripada kebenaran. Allah Taala mahu menurunkan azab kepada kaum Bani Ismail lantaran tindak-tanduk mereka sendiri. Allah Taala melemparkan rasa gerun di hati Bani Ismail. Tentera2 Raja Nabukadnezzar II menyerbu ke arah mereka, menyerang dan memancung kepala mereka. Maka ramailah di kalangan kaum Bani Ismail terbunuh.

Walau bagaimana pun, Allah Taala tetap mengukuhkan kedudukan 'Adnan dan org2 yg bersama2nya. Mereka dengan sabar terus mempertahankan diri dan cuba memecahkan barisan tentera Babylon. Setelah pertempuran semakin berpanjangan, Raja Nebukadnezzar II menjadi bimbang utk terus menyerang. 'Adnan menggali parit2 sebagai benteng pertahanannya.

Akhirnya kedua2 belah pihak terpaksa menghentikan peperangan itu dan pulang ke negeri masing2. Allah Taala tidak mahu menghancurkan 'Adnan dan org2nya kerana Allah Taala akan mendatangkan drpd keturunan 'Adnan seorg manusia yg akan mengeluarkan umat manusia drpd kegelapan syirik.

#MAMR

 

CG Sponsors




Top
Log in Register