BTC USD 86,123.1 Gold USD 4,158.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peperangan Sui-Champa

TokCu

Legendary Member
gem
Messages
11,155
Joined
Jul 25, 2011
Messages
11,155
Reaction score
542
Points
161
Ramai yang terkejut dengan pendedahan yang saya keluarkan mengenai sejarah perang sebuah Dinasti empayar besar China, iaitu Dinasti Sui yang ditubuhkan pada tahun 589 Masihi selepas tamatnya era Dinasti Utara-Selatan, tewas dalam sebuah peperangan melawan Kerajaan Champa yakni merupakan milik orang Melayu.


Walaupun Dinasti Sui merupakan antara dinasti paling pendek jangka masanya dalam sejarah China namun Empayar ini sangat-sangat kuat. Bayangkanlah Dinasti Sui mampu kembali menyatukan Negara China yang berpecah belah ketika era Dinasti Utara dan Selatan (420–589 Masihi). Maharaja pertamanya ialah Maharaja Yang Jian memerintah pada tahun 21 Julai 541 sehingga 13 Ogos 604. Mangkatnya Maharaja Yang Jian diganti oleh anak kedua Maharaja Yan Jian iaitu Yang Guang. Ketika penabalannya, anak sulung kepada Maharaja Yang Jian tidak bersetuju dengan naiknya beliau sebagai Maharaja Dinasti Sui lalu melakukan pemberontakan.

Maharaja Yan Guang berjaya mematahkan pemberontakan oleh abangnya. Selepas itu, Maharaja Yan Guang mahu mengembalikan kegemilangan Negara China ketika di bawah pemerintahan Dinasti Han. Caranya ialah Maharaja Yan Guang harus menawan kembali wilayah-wilayah di bawah Dinasti Han dahulu yang sangat luas… antaranya ialah Kerajaan Melayu Champa dan Kerajaan Goguryeo di Semenanjung Korea. Kita tinggalkan kisah epik peperangan armada tentera Dinasti Sui bertempur dengan armada askar Bangsa Korea. Kita jelajah kisah yang lebih epik daripada itu… kisah bagaimana TEWASNYA sebuah empayar besar dari Timur kepada bangsa Melayu. Empayar yang digeruni oleh seluruh bangsa di dunia pada ketika itu. Empayar China di bawah Dinasti Sui.

Kerajaan Melayu Champa ialah antara kerajaan terawal yang pernah ditubuhkan oleh orang Melayu kalau ditelusuri jangka masa Sejarah Kontemporari. Dipercayai bahawa Kerajaan Champa berdiri pada abad pertama masihi, sama zaman dengan satu lagi kerajaan Melayu yang hilang, iaitu Funan.

Antara pencapaian yang dapat dibanggakan oleh Kerajaan Champa ialah lambakan negara kota yang dibina oleh mereka dan penggunaan nombor kosong yang ratusan tahun lebih awal daripada bangsa-bangsa lain di dunia. Tidak banyak yang diketahui mengenai Kerajaan Champa ini.

Kembali kepada cerita, Peperangan Sui-Champa ini bermula apabila Maharaja Yuan Guang mengarahkan Jeneral Perang mereka, Liu Feng untuk mengetuai tentera mereka menyerang orang Melayu Champa yang kerajaan mereka terletak di Selatan Vietnam pada hari ini, ketika orang Melayu masih lagi RULING CLASS di Indochina melalui dua kerajaan hebat mereka, Champa dan Funan.

Dinasti Sui menghantar 10 000 tentera berjalan kaki, tentera berkuda, dan beberapa ribu lagi tentera lain dari bahagian yang berbeza yang dipimpin oleh tiga orang jeneral perang iaitu Ning Changzhen, Li Yun, and Qin Xiong. Liue Feng pula memimpin ribuan lagi armada laut China bersama pembantunya, Li Gang.

Pada peringkat permulaan peperangan ini, Sui menunjukkan perkembangan positif dengan memenangi beberapa pertempuran kecil di Hutan Vietnam pada waktu itu. Namun, kebijaksanaan askar Champa pada waktu itu yang menggunakan kelebihan geografi bumi Vietnam membuatkan Askar Sui mengalami kesukaran untuk menewaskan Champa.

Raja Champa dipercayai telah mengerahkan Tentera Bergajah dan Tentera Badak Sumbu untuk menghalau Sui kembali ke tanah air. Akhirnya, tentera Sui terpaksa lari ke tanah air mereka selepas dilanda wabak penyakit yang dasyat. Liu Feng dikatakan mati ketika perjalanan balik ke China.

Raja Champa menggunakan kesempatan ini untuk meminta Maharaja China meminta maaf kepada mereka dan membuat perjanjian sempadan di antara wilayah mereka. Apa yang harus dibanggakan melalui peperangan ini ialah kehebatan orang melayu pada ketika itu menggunakan haiwan dalam peperangan terutama badak sumbu dan gajah sehingga mengejutkan tentera China. Bahkan, orang Melayu telah memanfaatkan strategi Tsun Zu dalam peperangan dengan memanfaatkan bentuk muka bumi. Ilmu perang orang Melayu pada waktu itu sudah setanding kuasa besar China.

Dicedok dan kredit kepada:

http://www.negarakumalaysia.net/ind...rangan-sui-champa-lambang-ilmu-perang-melayu/
 
jinakkan gajah, memang da biasa tgk.
tapi bab jinakkan badak sumbu pegi brperang, memang susah nak bayangkan..kagum2x...
:-?#:-S
 
Orang Melayu terdiri daripada berbagai etnik, seperti yang diketahui hari ini. Begitu juga Melayu Champa pada zaman dahulu kala, mereka mempunyai 6 etnik terbesar. Setiap etnik mempunyai raja masing-masing dan mereka saling menentang satu sama lain untuk meluaskan wilayah pemerintahan.

Kesempatan daripada perang saudara inilah yang menyebabkan Vietnam/Dai Viet menyerang wilayah tertua di Nusantara ini. Kelebihan mereka pula ialah, mereka cepat bersatu untuk menentang musuh-musuh mereka. Inilah yang menyebabkan kerajaan Melayu ini dapat bertahan hampir 2000 tahun.

Mereka juga banyak mencipta teknologi perang serta melahirkan inovasi peralatan perang yang ada diantaranya lebih beik daripada tetera China pada waktu itu.
 
Orang Melayu terdiri daripada berbagai etnik, seperti yang diketahui hari ini. Begitu juga Melayu Champa pada zaman dahulu kala, mereka mempunyai 6 etnik terbesar. Setiap etnik mempunyai raja masing-masing dan mereka saling menentang satu sama lain untuk meluaskan wilayah pemerintahan.

Kesempatan daripada perang saudara inilah yang menyebabkan Vietnam/Dai Viet menyerang wilayah tertua di Nusantara ini. Kelebihan mereka pula ialah, mereka cepat bersatu untuk menentang musuh-musuh mereka. Inilah yang menyebabkan kerajaan Melayu ini dapat bertahan hampir 2000 tahun.

Mereka juga banyak mencipta teknologi perang serta melahirkan inovasi peralatan perang yang ada diantaranya lebih beik daripada tetera China pada waktu itu.

ada bukti bertulis? sumber?
 
boleh pecaya ke citer ni? :-?
 
ada bukti bertulis? sumber?

Banyak.....

1) Perpindahan dan Hubungan Semasa Orang Cam (Mohamad Zain bin Musa - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia)
2) Kerajaan Champa - Hubungannya Dengan Vietnam (Muhammad Zain bin Musa ATMA-UKM)
3)Po Cei Brei To Cambodia in 1795 - 1796 (Dr. Mark Phoeun - Centre of Study of France)
4) Vietnam-Champa Relations and the Malay-Islam Regional Network in the 17th-19th Century (Danny Wong Tze Ken - Jabatan Sejarah University Malaya)
5) The Historical Place of Acehness: The Known and Unknown (Graham Thurgood - California State University, USA)
6) Understanding the Cham identity: Journal of Social in South East Asia 1-OCT-06
7) Research of Champ History in Malaysia (Danny Wong Tze Ken - UM)
8) Sejarah Melayu-Champa Menurut Pengamatan Orang Melayu (DR, H. Mohd Sawi MA - Pensyarah Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia)

............dan banyak lagi tak larat nak tulis macam budak nak buat tesis pulak.... sejarah kita banyak kat negara penjajah....
 
boleh pecaya ke citer ni? :-?

Tujuan TokCu buka thread ni bukan nak suruh percaya
tapi nak minta generasi Melayu buka minda
bahawa tidak semua sejarah diajar di sekolah atau universiti

dan siapakah bangsa Melayu yang dihina bangsanya sendiri....
 
Back
Top
Log in Register