BTC USD 83,805.0 Gold USD 4,186.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ghazwah / Ghaziya ... Teknik Peperangan dalam Islam

protoculture

Active Member
Messages
1,018
Joined
Jun 16, 2016
Messages
1,018
Reaction score
111
Points
33
Ghazwah / Ghaziya ... Teknik Peperangan dalam Islam



Assalamualaikum,

Tahukah anda, ghazwah غزوة atau ghaziyya غزية, ia merujuk kepada siri2 serangan tentera muslimin ke atas kafilah2 dagang Quraisy di Makkah melalui laluan dagang yang melalui Hejaz ke wilayah Arab Ghassan Nasara serta Ash-Sham jajahan Rum Baizentin dan Ctesiphon jajahan takluk Empayar Parsi Sassaniyah.

Siri serangan ghazwah bertujuan merampas kembali hartabenda kaum muhajirin yang dirampas di Makkah untuk dijual orang Quraisy serta merupakan satu tindakan serangan ekonomi bagi melumpuhkan ekonomi Makkah yang banyak bergantung kepada perdagangan luar.

Ghazwah juga melatih ramai para sahabat dari Muhajirin dan Ansar untuk menajamkan kemahiran berperang mereka, dari segi konsep "ambush" (serangan mengejut). Menyertai ghazwah membawa maksud yang mudah bagi para sahabat yang menyertainya, hidup atau mati. Kerana ini bukan latihan, tapi melibatkan pertempuran bersenjata walaupun dalam skala kecil. Acapkali jumlah tentera Islam yang menyertai ghazwah dalam jumlah sangat minima menyerang kafilah dagang Quraisy yang jumlah pengawal jauh lebih lengkap bersenjata.

Ramai tidak menyedari bahawa Perang Badar itu juga adalah kemuncak kempen ghazwah dimana Rasulullah memimpin satu ketumbukan 313 tentera Islam untuk menyerang dan merampas kafilah dagang yang diketuai Abu Sufyan yang baru pulang dari Ash-Sham. Abu Sufyan mendapat tahu terlebih awal akan pergerakan tentera Islam segera melencong dari laluan asal dan melalui laluan alternatif ke Makkah. Bani Quraisy yang mendapat tahu maklumat berkenaan segera menghantar 1000 anggota tentera Quraisy bagi memintas tentera Islam dan untuk menyelamatkan kafilah dagang Abu Sufyan. Apabila kedua pasukan ini bertembung di Badr, maka berlakulah perang Badar yang menyaksikan kemenangan tentera Islam.
 
maxresdefault.jpg


Konsep Ghazwah diteruskan dibawah pemerintahan Khalifah Abu Bakar menerusi panglima Al-Muthanna ibn Haritha, seorang ketua suku bani Bakr yang diberi watikah oleh Khalifah untuk menjalankan ekspedisi ghazwah di sempadan perbatasan Hejaz dengan Iraq yang dikuasai oleh Empayar Parsi Sassaniyah. Aktiviti ghazwah kini tidak lagi terhad kepada menyerang dan merampas kafilah dagang, ia turut melibatkan serangan dan serbuan ke atas lokasi2 strategik di kota2 perbatasan seperti pasar2 yang berdagang hasil makhsul perdagangan. Ini merupakan bibit2 awal kepada pertembungan siri konflik peperangan antara Khilafah Ar-Rashiddin dengan Parsi Sassaniyyah sebagaimana kempen2 kecil ghazwah yang dilancarkan Kerajaan Islam Madinah merupakan bibit awal kepada Perang Badar.
 
vdsvds.jpg


Tradisi ghazwah diteruskan oleh kerajaan2 Islam berikutnya sehinggakan sampai satu tahap, wujudnya pasukan tentera Ghazi. Unit Ghazi adalah unit2 tentera khusus (boleh dianggap pasukan khas) yang mana aktiviti ghazwah adalah kelebihan mereka. Unit2 Ghazi diberi watikah oleh Khalifah / Amir / Sultan untuk melakukan serbuan ke wilayah2 musuh di perbatasan sempadan dimana gaji mereka dibayar menerusi ghanimah yang diperolehi semasa kempen ghazwah. Kempen2 ghazwah dijalankan tak kira masa aman atau peperangan, jika di masa aman bertujuan untuk mengganggu gugat ekonomi wilayah musuh dan menjadi alat peperangan saraf (psychological warfare) dan jika di masa perang, ghazwah dijalankan untuk menyerang laluan lojistik tentera musuh.

Tentera Ghazi digunakan oleh Kerajaan Islam Seljuk, Khilafah Abbasiyyah, Kerajaan Islam Mamluk, dan juga Khilafah Uthmaniyyah. Antara penulisan mengenai tradisi kempen ghazwah disentuh secara terperinci oleh Ibn Rushd dalam kitab Bidayah al-Mujtahid wa-Nihayah al-Muqtasid.
 
TOLL-articleLarge.jpg


Ghaziyyah غزية merujuk kepada kempen serangan laut terutama aktiviti perampasan kapal perdagangan, serangan laut ke atas bandar2 pesisir pantai yang dijalankan oleh angkatan laut Uthmaniyyah yang berpengkalan di Maghreb (kawasan jajahan takluk Uthmaniyyah di Afrika Utara meliputi Algeria, Tunisia, Libya, Maghribi).

Sebagaimana unit Ghazi Uthmaniyyah yang dibayar menggunakan ghanimah hasil serbuan ke kota2 musuh di wilayah perbatasan, konsep yang sama digunapakai bagi pelaut2 tentera laut Uthmaniyyah yang menjalankan aktiviti ghaziyyah.

Nakhoda, anak kapal berserta panglima laut wilayah jajahan Uthmaniyyah di Maghreb diberi watikah oleh Khalifah untuk melaksanakan ekpedisi serangan rampasan kapal musuh, serta ekspedisi serangan amfibi ke atas lokasi2 penempatan atau kota musuh di pesisiran pantai. Tentera laut Uthmaniyyah ini akan dibayar menerusi ghanimah (rampasan perang) dari serangan yang dilakukan, terutama ke atas armada laut Rum Baizentin, kerajaan salibi Perancis, England, dan mana2 kerajaan Eropah Kristian yang bermusuh dengan Khilafah Uthmaniyyah.

Serangan laut ghaziyyah ke atas laluan perdagangan di laut Mediterreanean, sehinggalah ke serangan amfibi ke atas pesisir laut di Italy, Perancis, Portugal, Sepanyol, dan kepulauan England (hingga ke Ireland! ) dan rampasan kapal musuh Khilafah berkembang dari lautan Mediterreanean ke lautan Atlantik sehingga sejauh benua Amerika Selatan!

Paling menarik, aktiviti serangan ghaziyya turut diamalkan oleh perajurit Kesultanan Melayu Brunei, dan perajurit Kesultanan Sulu ke atas kapal2 dagang Sepanyol di laut China Selatan dan laut Sulawesi. Rekod sejarah juga membuktikan, Kesultanan Melayu Johor Riau dalam kempen peperangan dengan Belanda menyaksikan kempen serangan armada Melayu Bugis melakukan serangan ghaziyyah ke atas kota2 koloni Belanda dan merampas kapal2 dagang Belanda di Selat Melaka.

Keberanian pahlawan laut Islam dari Maghreb hingga ke Nusantara membawa kepada kejayaan merampas kapal2 dagang kuasa kolonial seperti Britain dan Amerika Syarikat pada kurun ke 19.

Antara panglima2 armada ghaziyyah adalah seperti Laksamana Armada Uthmaniyyah Allahyarham Khidr Khayruddin Barbarossa, abangnya Oruc Rais, serta panglima armada Uthmaniyyah di Tunis iaitu Yusuf Rais (John Ward, bekas kapten Royal Navy England yang memeluk Islam dan berpaling tadah kepada Uthmaniyyah - dialah inspirasi kepada watak Captain Jack Sparrow) dan juga Yang Dipertuan Muda Kesultanan Johor-Riau, Raja Haji Fisabilillah ibn Daeng Chelak.
 
Chechen_rebels_-_EDM_August_8__2014.jpg


Di zaman moden, kempen ghazwah masih digunakan terutamanya kempen insurgensi mujahidin Chechen ke atas penaklukan Russia di Chechnya. Pejuang Sunnah di Iraq serta Syria juga kerap menggunakan kempen ghazwah ke atas kawasan2 strategi ekonomi dan persenjataan melalui serangan ke atas konvoi bekalan dan kem tentera rejim Syiah Shafawi Iraq / rejim Syiah Nushairiyah Syria.

Kempen ghazwah ini jika diterap dalam konteks peperangan moden adalah sebahagian taktik serangan tidak asimetrikal (non-assymetrical warfare) atau dalam bahasa mudah sebahagian taktik serangan gerila yang bertujuan melibatkan serangan ke atas sasaran ekonomi atau bekalan ketenteraan (perampasan aset militeri).
 
Gitu ke.. Igtkan maksud die ialah perang yang Nabi ade je.
 
umat islam kena belajar ilmu senjata, nak beli panah moden PM saya.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register