BTC USD 82,693.7 Gold USD 4,122.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peperangan Sui-Champa

gemilangnya kesultanan melayu dulu...

Kesultanan Melayu dan Kesultan Islam dahulukala mempunyai zaman kemuncak gemilang dan juga zaman keruntuhan.

Bangsa Melayu harus mengkajinya supaya timbul kesedaran bagaimana bangsa ini boleh maju dan kenapa ianya runtuh
 
champa ni kemboja ke??:-?

Orang Melayu Champa telah lari ke Kemboja pada skala yang besar pada abad ke-17 Masehi.

Sebab itulah kerajaan dan NGO Malaysia tidak putus-putus menghantar bantuan kepada rumpun saudara Melayu di Kemboja.

Negeri Champa asalnya terletak di selatan Vietnam sekarang. Kerajaan Champa terdiri dari wilayah Indrapura, Amravati, Vijaya, Kauthura dan Panduranga.

Ahli sejarah dunia bersepakat bahawa tarikh awal yang diketahui kewujudan Champa ialah tahun 192 Masehi dan dijajah sepenuhnya oleh Vietnam pada tahun 1832 Masehi.

Ini menunjukkan bahawa negeri Melayu Champa telah wujud sekurang-kurangnya selama 1640 tahun.

Penduduk Champa sebelum kedatangan Islam adalah beragama Hindu.

Sultan pertam yang beragama Islam di Champa ialah Sultan Zainal Abidin atau gelaran Champanya, Che Bo Nga, yang memerintah dari tahun 1360 - 1390 Masehi.

Kemudian kemuncak kekuatan Islam di Champa semasa pemerintahan Sultan Wan Abdullah atau Wan Bo Teri Teri (1471 - 1478). Selepas baginda, Champa terus diperinath oleh Kesultanan Islam sehinggalah kejatuhannya kepada Vietnam pada tahun 1832.
 
Kerajaan Dinasti Sui muncul pada tahun 581 Masehi sehingga 618 Masehi.
Dinasti Sui menyatukan seluruh China yang berpecah semenjak keruntuhan Dinasti Han pada tahun 220 Masehi.

Manakala nama Kerajaan Melayu Champa menurut rekod dalam prasasti muncul pada tahun 658 Masehi. Sarjana sejarah bersepakat bahawa Lin Yi adalah nama asal Champa, yang mengecil akibat dijarah oleh Dai Viet (Vietnam) menyebabkan mereka memindahkan ibukota ke selatan.

Lin Yi (Champa) diketahui bermula seawal tahun 192 Masehi dan berakhir pada tahun 1832 Masehi.

Kerajaan Sui (581 - 618) inilah yang menyerang Champa.
 
Suka sejarah mcm ni.

rasa mcm nk buat movie jer kalo kaya.

kasi gempar kat film mcm citer2 kungfu china.
 
Suka sejarah mcm ni.

rasa mcm nk buat movie jer kalo kaya.

kasi gempar kat film mcm citer2 kungfu china.

really like that idea, tp kene ade karekter yg wujud memainkn peranan penting menyatukan melayu -champa, mcm citer cine once upon a time in china ade wong fei hung. kene detail kn lg kalo nk buatkn citer
 
cerita Melayu Champa bukan boleh diletakkan karektor sembarangan macam movie kerajaan Melayu Melaka atau lainnya.

Karektor utama penyatunya ialah seorang yang alim dan berani atau seorang pejuang Islam yang memimpin negaranya menentang serangan tentera kafir.
 
boleh buat mcm citer siam , bang rajan, langkasuka. yg mana bukan fokus pada satu individu tapi ramai watak..

mungkin kalo versi kita nama film CHAMPA.
 
boleh buat mcm citer siam , bang rajan, langkasuka. yg mana bukan fokus pada satu individu tapi ramai watak..

mungkin kalo versi kita nama film CHAMPA.

TokCu sentiasa sokong usaha positif terutama untuk memartabatkan bangsa Melayu dan Islam. Harapan TokCu ada pembikin filem atau drama yang mengambil cerita seperti korea, thailand selain hollywood. kisah cinta hanya selingan yang tidak sampai 5 peratus dari keseluruhan cerita. sedikit humor.

yang paling penting penyampaian sejarah tidak terpinggir...
 
Back
Top
Log in Register