BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penyelidik UMS Rekod Tiga Spesies Udang Karang Berduri Baharu Di Perairan Sabah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
def45e49b5e422c628bef8e4907517836457956317ca9


Institut Marin Borneo (IMB) Universiti Malaysia Sabah (UMS) merekodkan tiga spesies udang karang berduri dari perairan Sabah buat kali pertama, yang dua daripadanya ialah rekod baharu di Malaysia dan satu lagi rekod baharu bagi Sabah.

Penyelidik IMB UMS Profesor Madya Dr Chen Cheng yang mengetuai penyelidikan berkenaan berkata penemuan itu mengukuhkan status Sabah sebagai kawasan kepelbagaian biodiversiti marin bertaraf dunia.

Beliau berkata penyelidikan berkenaan telah mengenal pasti Panulirus homarus homarus dan P. femoristriga rekod baharu di Malaysia, dan P. polyphagus rekod baharu di Sabah. Sebelum kajian ini, hanya tiga spesies, iaitu Panulirus ornatus, P. versicolor dan P. longipes diketahui terdapat di perairan Sabah sejak 2004.

“Penemuan ini signifikan kerana ia mengemas kini rekod biodiversiti marin Malaysia serta menekankan keperluan untuk memperkukuh pengurusan sumber perikanan di Sabah,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata penyelidikan berkenaan juga telah menggandakan jumlah tersebut kepada enam spesies, sekali gus menunjukkan bahawa masih banyak biodiversiti marin Sabah yang belum diterokai.

“Dalam kajian berkaitan, pasukan kami turut merekodkan Panulirus stimpsoni dari Semenanjung Malaysia, sekali gus memperluas senarai semak udang karang berduri pada peringkat kebangsaan,” katanya.

Chen berkata penyelidikan lanjut diperlukan bagi menyokong usaha pemuliharaan serta pengurusan mampan spesies yang baharu direkodkan itu.

Beliau turut memaklumkan bahawa kajian berkenaan dijalankan dalam keadaan mencabar ketika pandemik COVID-19 susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, serta akses yang terhad ke tapak lapangan dan komuniti nelayan.

“Walaupun berdepan pelbagai kekangan, kajian ini berjaya menggandakan kepelbagaian udang karang berduri yang diketahui di Sabah, termasuk dua spesies yang juga rekod baharu bagi Malaysia,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register