iswarahijau
Super Active Member
- Messages
- 6,060
- Joined
- Dec 12, 2007
- Messages
- 6,060
- Reaction score
- 44
- Points
- 70
Penyelewengan PAS kelantan- ADUN BN buat laporan BPR
Ternyata speaker pas dalam Dun kelantan menggunakan semaksima mungkin kuasa yg ada untuk menyekat Adun2 Umno dari mengemukakan isu2 yg dijangka akan merugikan pas!!
Sekatan demi sekatan yg dilakukan menyebab kan 2 Adun Umno telah membuat laporan kpd BPR terhadap beberapa penyelewengan yg dilakukan oleh pentadbiran pas.
Tindakan itu diambil setelah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Nozula Mat Diah dan ADUN Bukit Bunga, Mohd. Adhan Kechik tidak diberi peluang membangkitkan perkara berkenaan dalam Dewan Undangan Negeri .
Mereka yang merasa dinafikan hak untuk bersuara mengambil langkah itu bagi memastikan rungutan rakyat dapat disampaikan dan kerajaan Pas menjelaskan perkara sebenar kepada BPR.
Semalam, kedua-dua wakil pembangkang itu digantung keanggotaan selama enam bulan melalui satu usul yang diluluskan DUN atas tuduhan menghina Dewan.
Penggantungan mereka kerana mendakwa Spekaer tidak berlaku adil dan mengabaikan peraturan DUN akan berterusan sepanjang tempoh itu jika mereka enggan memohon maaf.
Ketika membuat laporan kira-kira pukul 12.45 tengah hari, mereka turut menyerahkan pelbagai dokumen yang berkaitan termasuk dokumen bank, baucer dan lain-lain.
Turut mengiringi Nozula dan Mohd. Adhan membuat laporan di Pejabat BPR Negeri, Wisma Persekutuan ialah kesemua ADUN Barisan Nasional (BN).
Sementara itu, dalam laporan tersebut, terdapat sembilan perkara utama dinyatakan iaitu salah guna kuasa oleh seorang anggota Exco, laporan penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) dan isu kegagalan pengurusan AKSB kerana kroni yang dilindungi Exco terbabit.
Isu lain ialah berhubung pembinaan kedai oleh Majlis Daerah Machang; pembelian kambing jamnapari yang melibatkan dana Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK); penyelewengan kawasan balak yang kononnya untuk dibuka ladang getah sedangkan ia bertujuan mendapatkan hasil balak.
Tiga isu lagi ialah penyelewengan pembelian lot tanah Mukim Gual Periok; laporan ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Pengarah Urusan KPK dan isu kesembilan ialah pembangunan Bandar Baru Tunjong yang melibatkan percubaan menjual tanah rezab Melayu.
Dalam kenyataan akhbar bersama yang dikeluarkan kemudian, mereka menegaskan bahawa tindakan membuat laporan kepada BPR itu adalah kerana mereka tiada pilihan bagi menyuarakan masalah rakyat.
Kata mereka, sebagai ADUN, mereka bertanggungjawab menyuarakan rungutan rakyat tetapi telah dinafikan hak semalam.
‘‘Justeru kami serahkan kepada BPR segala maklumat dan dokumen berhubung penyelewengan terancang Pas untuk disiasat setelah kami tidak lagi berpeluang mendapat jawapan daripada kerajaan Pas. Biarlah Pas memberi jawapan kepada BPR,” katanya.
Selepas ini, apa yg Adun pas mengelak menjawab di dalam dewan akan dijawab nanti di hadapan BPR!!!