BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penyelewengan PAS

iswarahijau

Super Active Member
Messages
6,060
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
Penyelewengan PAS kelantan- ADUN BN buat laporan BPR

Ternyata speaker pas dalam Dun kelantan menggunakan semaksima mungkin kuasa yg ada untuk menyekat Adun2 Umno dari mengemukakan isu2 yg dijangka akan merugikan pas!!

Sekatan demi sekatan yg dilakukan menyebab kan 2 Adun Umno telah membuat laporan kpd BPR terhadap beberapa penyelewengan yg dilakukan oleh pentadbiran pas.

Tindakan itu diambil setelah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Nozula Mat Diah dan ADUN Bukit Bunga, Mohd. Adhan Kechik tidak diberi peluang membangkitkan perkara berkenaan dalam Dewan Undangan Negeri .

Mereka yang merasa dinafikan hak untuk bersuara mengambil langkah itu bagi memastikan rungutan rakyat dapat disampaikan dan kerajaan Pas menjelaskan perkara sebenar kepada BPR.

Semalam, kedua-dua wakil pembangkang itu digantung keanggotaan selama enam bulan melalui satu usul yang diluluskan DUN atas tuduhan menghina Dewan.

Penggantungan mereka kerana mendakwa Spekaer tidak berlaku adil dan mengabaikan peraturan DUN akan berterusan sepanjang tempoh itu jika mereka enggan memohon maaf.

Ketika membuat laporan kira-kira pukul 12.45 tengah hari, mereka turut menyerahkan pelbagai dokumen yang berkaitan termasuk dokumen bank, baucer dan lain-lain.

Turut mengiringi Nozula dan Mohd. Adhan membuat laporan di Pejabat BPR Negeri, Wisma Persekutuan ialah kesemua ADUN Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, dalam laporan tersebut, terdapat sembilan perkara utama dinyatakan iaitu salah guna kuasa oleh seorang anggota Exco, laporan penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) dan isu kegagalan pengurusan AKSB kerana kroni yang dilindungi Exco terbabit.

Isu lain ialah berhubung pembinaan kedai oleh Majlis Daerah Machang; pembelian kambing jamnapari yang melibatkan dana Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK); penyelewengan kawasan balak yang kononnya untuk dibuka ladang getah sedangkan ia bertujuan mendapatkan hasil balak.

Tiga isu lagi ialah penyelewengan pembelian lot tanah Mukim Gual Periok; laporan ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Pengarah Urusan KPK dan isu kesembilan ialah pembangunan Bandar Baru Tunjong yang melibatkan percubaan menjual tanah rezab Melayu.

Dalam kenyataan akhbar bersama yang dikeluarkan kemudian, mereka menegaskan bahawa tindakan membuat laporan kepada BPR itu adalah kerana mereka tiada pilihan bagi menyuarakan masalah rakyat.

Kata mereka, sebagai ADUN, mereka bertanggungjawab menyuarakan rungutan rakyat tetapi telah dinafikan hak semalam.

‘‘Justeru kami serahkan kepada BPR segala maklumat dan dokumen berhubung penyelewengan terancang Pas untuk disiasat setelah kami tidak lagi berpeluang mendapat jawapan daripada kerajaan Pas. Biarlah Pas memberi jawapan kepada BPR,” katanya.

Selepas ini, apa yg Adun pas mengelak menjawab di dalam dewan akan dijawab nanti di hadapan BPR!!!
 
agaknya inilah contoh good governance yg diheboh2kan oleh megat huhuuhu ong ong ong
 
layan je le, klau tak layan kan dia panggil 'hujan' plak kan susah :D
 
hahahah..peliknye..peliknye..peliknye.
kalau betol derang salah, asal tak heboh dalam surat khabar?mcm masa bpr baru nak siasat TG nik aziz
hahaha...peliknye..peliknye
 
PAS ITU ISLAM, ISLAM ITU PAS.

Pas mendakwa ia memperjuangkan Islam, justeru itu menentang Pas adalah menentang Islam. Di dalam ceramah-ceramah Pas sering disamakan perjuangan Pas dengan perjuangan Nabi-Nabi, khasnya Nabi Muhammad s.a.q dan ayat-ayat al-Quran berkenaan dengan golongan yang mengikut nabi dipakai untuk orang-orang Pas. UMNO dilabelkan sebagai penentang Islam, penentang Nabi-nabi, kerana UMNO menentang Pas.

HARAM HALAL JADI MAINAN POLITIK PAS.

Oleh kerana Pas kononnya berjuang menengakkan Islam dan UMNO mengikut kepercayaan Pas adalah penentang Islam, menyokong Pas adalah wajib dan menyokong UMNO adalah haram dan menyokong Pas membawa seseorang itu ke syurga dan menyokong UMNO membawa seseorang itu ke neraka.

Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata: "Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan Pas yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram". (Harakah: 23 April, 1994).

SYURGA, NERAKA TARUHAN PAS.

Ada lagi alasan lain bagi menguatkan kepercayaan orang ramai terhadap Pas, mengundi Pas masuk syurga dan mengundi UMNO masuk neraka dan kerajaan yang diterajui oleh UMNO dikatakan sebagai zalim. Kerana itu cenderung hati kepada UMNO pun akan membawa seseorang itu ke neraka. Apa lagi menyokong, mengundi dan menjadi ahli UMNO.

KEPERCAYAAN SESAT.

Mempercayai bahawa sesuaut tragedi yang berlaku di negeri-negeri yang diperintah oleh BN sebagai bala Allah yang menimpa penentang-penentang Allah s.w.t. Anehnya, mereka mendiamkan diri apabila banjir besar melanda negeri Kelantan yang memusnahkan tanaman dan harta benda.

AMANAT HADI DAN KAFIR MENGKAFIR.

Di dalam amanat Haji Hadi adalah jelas, pemimpin Pas itu mengkafirkan UMNO dan mengeluarkan kaedah usuluddin yang bertentangan dengan pegangan ahli Sunnah Wa al-Jamaah. Beliau berkata: Kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku." Pada hal tidak semestinya orang yang berkata politik suku, agama suku itu menjadi kafir kerana perkataan itu tertakluk kepada takwil. Menurut kaedah usuluddin, tidak boleh dihukum kafir ke atas seseorang selagi kata-katanya boleh ditakwilkan sebagai tidak bermaksud kekufuran.
 
HUKUM MENGIKUT RASA.

Pas tidak konsisten, hukumnya berubah-ubah mengikut kepentingan Pas sendiri. Pada tahun 1963, Dewan Ulama Pas Kelantan telah memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram. Tiba-tiba pada bulan April 1999, Pas bekerjasama dengan Parti DAP, sedangkan parti itu menolak pembentukan negara Islam (Utusan Malaysia 22 April 1999). Nik Aziz bersyukur kerana DAP menerima Pas walaupun menolak negara Islam (Berita Harian 12 Mei 1999).

Ketua Dewan Ulamak Pas Terengganu semasa berucap di Kampung Gong Duek, Besut, Terengganu pada 1 April 1981 antara lain berkata, "orang munafik ialah orang yang mengambil orang kafir buat kawan baik… siapa adik kakak, ambil orang kafir buat kawan baik". (Disambut beramai-ramai "UMNO")…Ha…UMNO.. apa hukum orang ni! …(Pendengar jawab "Munafiq!" ) dan disambung "Munafiq".

Pada 24 Januari 1999, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata di Kampung Pulau melaka, Pas sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik, termasuk DAP dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, malah katanya, dengan syaitan sekalipun beliau terima.



PERPECAHAN UMMAH.

Mendirikan tempat sembahyang Jumaat berasingan di dalam kariah yang sama (2 Jumaat sekampung) kerana Pas mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang berimamkan orang UMNO tidak sah. Perbuatan itu menimbulkan perpecahan di kalangan Umat Islam, memutuskan silaturrahim dan putus hubungan kerabat atau adik beradik. Tegasnya Pas telah meragukan ibadat sembahyang bagi ahli Pas sendiri.



MEROSAKKAN AMAL IBADAT.

Orang-orang Pas yang belum dapat mendirikan pusat Jumaat sendiri, mengambil tindakan sembahyang jemaah berasingan di dalam sebuah masjid seperti di Gong Pasir, Besut dan Alor Limbat, Marang, Terengganu. Di dalam satu kariah, didirikan dua Jumaat, satu di masjid kariah itu dan satu lagi di Markas Pas yang dijadikan masjid. Jika tiada markas Pas di sesuatu kariah, ahli pas di kariah itu akan berjumaat di kariah lain di mana terdapat markas Pas atau masjid yang dikuasai oleh orang Pas.



MENENTANG PERLAKSANAAN PROGRAM ISLAM.

Program-program Islam bagi melaksanakan Institusi Islam dicemuh oleh Pas, seperti penubuhan Bank Islam, Universiti Islam dan Institusi-Institusi Islam yang lain. Ini dilakukan untuk tidak menampakkan imej Islam pada UMNO dan kerajaan. Mereka menentang perlaksanaan program Islam. Anehnya antara pemimpin Pas itu, ada yang merayu supaya anaknya dapat memasuki universiti Islam dan universiti-universiti lain.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Haji Abdul Hadi Awang menyifatkan penubuhan Bank Islam dan pajak gadai Islam yang sedang diusahakan ole kerajaan tidak memberi apa-apa ertipun kepada umat Islam di negara ini.

"Perkara ini hanya sebagai kulit yang berlambangkan Islam sedangkan pemerintahan negara tidak dijalankan mengikut cara Islam." (Harakah – 26 Januari 1983).

AMANAT HADI MEMBAWA KESESATAN.

Di dalam Amanat Haji Hadi pada 7 April 1981 (ada rakaman kaset) dinyatakan bahawa sesiapa di kalangan pengikut Pas yang mati kerana melawan UMNO adalah mati syahir, mati Islam, kerana UMNO mempertahankan perlembangaan Malaysia yang dikatakan sebagai peraturan kafir dan perlembagaan penjajah. Pada hal Pas juga menggunakan perlembagaan yang sama (Undang-undang Tubuh Pas Fasal 6 (III). Pas juga mempertahankan Perlembagaan Malaysia dalam manifesto Barisan Alternatif (1999).



PENYELEWENGAN ZAKAT.

Pas melawan pihak berkuasa di dalam urusan kutipan zakat dan mengutip zakat di kalangan ahli-ahli dan penyokongnya bagi kepentingan parti itu. Pas juga mengeluarkan fatwa bahawa membayar zakat kepada Pas sah, kerana Pas berjuang Fi Sabilillah. Kutipan itu dibuat tanpa peraturan dan rekod yang kemas. Hak-hak asnaf yang lain tidak diperdulikan.



DERMA JIHAD YANG JAHAT.

Pas banyak mengutip derma di setiap ceramah-ceramah yang diadakan, tetapi pengurusannya tidak telus. Amanah tidak terpelihara. Ia bukan sahaja salah dari segi undang-undang, tetapi lebih salah lagi dari segi syariat. Amanat Haji Hadi menyebut "Derma kita adalah jihad."



PULAU MEMULAU.

Pemulauan sembahyang jenazah , kenduri dan lain-lain yang dilakukan oleh orang-orang Pas terhadap orang UMNO, tanpa menghiraukan hukum-hukum kejiranan dan persaudaraan Islam. Berlakunya perceraian suami-isteri kerana berlainan parti dan kubur juga berasingan (di Gong Medang, Tembila, Besut dan di Kampung Cik Long, Setiu).



PEMBOHONGAN PAS.

Pas mendakwa hendak menegakkan negara islam. Sebenar Pas sengaja berbohong kerana dalam perlembagaan Pas tidak menyebut penubuhan negara Islam cuma cakap-cakap dalam kempen Pas sahaja.



BERGADUH SURUHAN ALLAH.

Sebenarnya perjuangan Pas mengharuskan pergaduhan. Hj Abd. Hadi Awang selaku Timbalan Presiden Pas telah menyalah tafsirkan ayat 251, surah al-Baqarah dengan berkata:

"Kalau Tuhan tidak menjadikan manusia ini bergaduh nescaya akan rosaklah muka bumi". Ucapan ini dibuat beliau di kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu pada 24 September 1980 (Ada rakaman kaset).



MEMPERSENDA HUKUM HUDUH ALLAH.

Pas telah mempersendakan huduk Allah. Buktinya setelah Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau berkata, "Perlaksanaan hukum Hudud melalui proses panjang." Apakah ertinya proses panjang sedangkan hudud Pas sudah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 November 1993, dengan nama Anekmen Kanun jenayah Syariah II 1993. Mengapakah tidak memilih jalan pendek dengan mengguna pakai hudud Pas Kelantan, sedangkan larangan terhadap qariah menyertai tilawah mengikut keputusan Kelantan?

Haji Hadi juga berkata: "Hudud adalah satu aspek daripada 0.001 daripada hukum Islam". Ini bermakna apabila memerintah sendiri hudud yang dibesarkan selama ini telah diperkecilkan sehingga 1/10 000. (Utusan malaysia 7 Mac 2000).



PAS HINA WANITA.

Pas menghina kedudukan wanita dengan mendolak dalikkan hukum terhadap mereka serta tidak menggalakkan mereka bekerja. Mereka tidak dibenarkan menjadi calon tetapi membenarkan pengundi Pas mengundi calon wanita daripada parti lain dlam gabungan Barisan Alternatif. Suara wanita adalah aurat apabila membaca al-Quran, sebaliknya suara-suara muslimat Pas dibenarkan berkempen memaki dan mencaci dan bersuara di Dewan Negara. Lebih tidak berakhlak lagi Nik Aziz menyamakan tilawah al-Quran dengan nyanyian.

"Kerajaan Pas Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga," kata Nik Aziz pada 16 Mac 1999 di Kota Bharu.

Pada 20 Julai 1999 Nik Aziz berkata, cadangan kerajaan negeri untuk memberi pekerjaan kepada wanita "kurang rupawan" kerana wanita rupawan biasanya mempunyai suami kaya. Jika wanita rupawan tidak bekerja ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada mereka.
 
PAS PARTI SERPIHAN.

PAS ialah parti politik serpihan UMNO. Apabila ketuanya Tuan Haji Ahmad Fuad selaku Pengerusi Biro Agama UMNO kalah dalam pertandingan melawan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj abgi merebut jawatan Yang Di Pertua Agung (Presiden) UMNO pada 25 Ogos 1951, dia keluar dari UMNO dan menubuhkan parti politik baru pada 16 September 1951, iaitu PAS.



PENYERTAAN PAS DALAM BN.

PAS menyertai Barisan Nasional selepas Peristiwa 13 Mei 1969. Pada tahun 1973, PAS bersama UMNO dan MCA dalam Kerajaan Campuran di Kelantan dan pada tahun 1974, PAS menyertai Barisan Nasional. Semasa UMNO melancarkan Dasar Ekonomi Baru bagi merealisasikan agenda Melayu di dalam pembangunan Negara, PAS turun menyokongnya. Apabila PAS keluar daripada Barisan Nasional dalam tahun 1977, perjuangan membela bangsa Melayu sudah tidak relevan lagi untuk PAS, kerana perjuangan itu telah diisi sepenuhnya oleh UMNO.



SINGKIR ASRI KERANA KEPIMPINAN ULAMA.

Pada tahun 1983 PAS menyingkir Tan Sri Asri daripada kepimpinannya, kemudian diganti oleh sekumpulan pemimpin baru yang terdiri daripada Haji Yusof Rawa, Fadzil Noor, Nik Aziz, Hj. Hadi dan lain-lain. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai kepimpinan ulama. Dalam era tersebut PAS melabelkan perjuangan kebangsaan Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO sebagai asabiyyah.



PEMALSUAN AQIDAH KERANA POLITIK.

Apabila Pas menjadikan politik sebagai aqidah , menyebabkan berlakunya campur aduk antara persoalan aqidah dan politik tanpa membezakan antara usul slasiyyah (prinsip politik) dengan qadaya siasiyyah (isu-isu politik). Bagi pemimpin dan ahli-ahli Pas yang tidak memiliki pengetahuan yang mantap mengenai politik dan aqidah Islam, menjadikan mereka golongan yang mengulangi penyelewengan Al-Khawarij (satu golongan yang mengkafirkan orang lain yang tidak sehaluan dengan mereka di akhir pemerintahan Khulafah Al-Rasyidin).



MEMBINA PEMIKIRAN PELAMPAU, TAKSUB.

Pas mula membina pemikiran-pemikiran politik melampau dengan memulau dan mengkafirkan sesama Islam yang tidak sehaluan dengannya dan berbagai-bagai tindakan lagi dilakukan oleh Pas menyebabkan parti itu boleh dianggap sama dengan pemikiran kaum Al-Khawarij sepanjang penglibatan kaum itu dalam politik.



SEJARAH KHAWARIJ.

Sejarah perkembangan umat Islam telah menunjukkan kepada kita betapa adanya individu atau kumpulan yang mahukan kuasa sehingga sanggup melakukan apa sahaja sekalipun memutarbelitkan hukum agama sebagaimana yang dilakukan oleh Kumpulan Khawarij di zaman Saidina Ali dan Muawiyah.

Sebenarnya golongan yang sangat taksub kepada Saidina Ali itu telah melakukan tindakan yang melampau sejak zaman pemerintahan Saidina Uthman r.a lagi di mana mereka telah menuduh Saidina Uthman sebagai kafir dengan alasan baginda tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t dan hal ini mengakibatkan berlakunya fitnah di kalangan umat Islam.

Oleh kerana salah satu natijah penting daripada tuduhan kafir (takfir) ialah halal darah, maka tuduhan kufur terhadap Saidina Uthman telah membawa kepada pertumpahan darah seorang sahabat besar Rasulullah dan Khalifah Islam ketiga dengan matinya beliau. Ekoran daripada pembunuhan Saidina Uthman, timbul di kalangan masyarakat Islam waktu itu golongan yang ingin menuntut bela terhadap darahnya, yang berakhir dengan peperangan al-Jamal antara kumpulan yang dipimpin oleh Saidatina Aisyah dan Saidina Ali. Peperangan al-Jamal telah mengakibatkan penumpahan darah ribuan umat Islam.

Fitnah takfir berulang lagi pada zaman Saidina Ali r.a. Golongan Khawarij bukan sahaja mengkafirkan Saidina Ali dan pengikut-pengikutnya, tetapi juga umat Islam yang bukan Khawarij serta menghalalkan darah mereka. Malah lebih jauh lagi pengangan ini mereka jelmakan dalam tindakan dengan membunuh sesiapa sahaja orang Islam bukan Khawarij yang mereka temui.

Peristiwa sejarah telah memperlihatkan betapa besarnya bahaya dan kemusnahan akibat daripada perbuatan takfir terhadap akidah dan perpaduan Umat.



BERTOPENG ISLAM GAGAL ATASI UMNO.

Dengan strategi bertopengkan imej perjuangan Islam, Pas gagal mengemukakan dasar-dasar perjuangan Islam yang sebenarnya baik di bidang ekonomi, politik, pemerintahan, sosial, pendidikan, dan lain-lain. Justeru itu, Pas hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu mengemukakan alternatif kepada dasar dan program pembangunan yang dilaksanakan oleh UMNO untuk memenuhi kehendak perjuangan Islam yang sebenarnya. UMNO walaupun tanpa diberikan jenama Islam kepada apa yang telah dilaksanakn dalam pembangunan, tetapi ternyata Pas tidak mampu menyainginya.



SIKAP EKSTRIM ALA KHAWARIJ.

Menyedari kelemahannya, Pas mengambil jalan singkat yang merbahaya dan kotor untuk terus berhadapan dengan UMNO. Di samping meneruskan sikap ekstrim ala khawarij, Pas juga menggerakkan jentera penerangannya utnuk membenci UMNO. Gerakan membenci UMNO telah dilaksanakan sejak lama dahulu dan apabila berlakunya krisis Dato Seri Anwar Ibrahim kebenciannya itu seolah-olahnya baru bagaikan disirami petrol yang menyemarakkan.

Sejarah menceritakan bagaimana seorang pegawai kepada Saidina Ali bersama isterinya yang sedang mengandung telah dibunuh oleh sekumpulan pemberontak Khawarij sebabnya kerana mereka tidak sanggup mengkufurkan Saidina Ali.

Diperhatikan juga bagaimana takfir telah melahirkan pegangan dan tindakan ekstrim yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam, sehingga buah tamar seorang Nasrani lebih berharga daripada nyawa seorang Muslim, dan nyawa seorang musyrik lebih terpelihara daripada nyawa seorang Muslim yang tidak sama pegangannya.



KESAN MELAMPAU MEROSAKKAN IBADAT, RUMAHTANGGA DAN NEGARA.

Kesan pendekatan melampau, taksub, fitnah dan membenci yang digunakan oleh PAS telah melahirkan banyak kerosakan dalam masyarakat Islam seperti sembahyang dua imam, kubur berasingan, bercerai suami isteri, pulau-memulau, tragedi berdarah Memali, penderhakaan di Bukit Jenalek, Sauk.
 
sian aku tgk katak hijau@peacock ni...
semua benda dah lama PAS jawab.
tp adat la org BN, bila dijawab..buat pekak.hhahah

sian si katok hijau..
katok o katok..oh gundala
 
tah la
xtau nk kata pa
manusia2
ada yg kelebihan ngan kekurangan msg2
xdak sapa pun yg sempurna....
 
sian aku tgk katak hijau@peacock ni...
semua benda dah lama PAS jawab.
tp adat la org BN, bila dijawab..buat pekak.hhahah

sian si katok hijau..
katok o katok..oh gundala

itu je ke yg mampu kau goyat..
kalau terer,tangkislah dengan tahkik yg empiris huhuh
 
Back
Top
Log in Register