BTC USD 80,888.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penyata 1MDB

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

DATUK SERI AHMAD HUSNI HANADZLAH1 November 1997 - 12 Julai 2004PENGERUSI PTPTNNOTATERBITANUTUSAN MALAYSIAKELUARAN KHAS 15 TAHUN PTPTN1 NOVEMBER 2012KHAMISMUKA 3***archived by MHM​

KUALA LUMPUR 14 April - Penyata kewangan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) telah disahkan bersih dan menepati standard laporan kewangan antarabangsa oleh firma audit terbesar dunia, Deloitte yang menjadi juruaudit kepada syarikat pelaburan strategik kerajaan itu.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, perkara tersebut bagaimanapun tidak diambil kira oleh beberapa media yang lebih berminat mencari kesilapan dan mengeluarkan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB bagi menjejaskan reputasinya serta menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Katanya, contoh yang jelas adalah berhubung pelaburan dalam projek cari gali minyak antara 1MDB dan PetroSaudi International (PSI) apabila laporan yang dikeluarkan oleh media-media tertentu lebih berbentuk tuduhan dan mengaitkannya dengan individu tertentu, namun untung sebanyak RM1.494 bilion yang berjaya diraih langsung tidak disebut.

“Isu ini diwujudkan berasaskan persepsi oleh golongan tertentu, kita lihat media tertentu telah main isu ini, letak Low Taek Jho (ahli perniagaan) dapat RM700 juta yang tidak ada dalam laporan Ketua Audit Negara, Deloitte dan KPMG. Petro Saudi sudah membuat laporan polis di London mengenai dakwaan ini.

“Kita lihat dalam laporan akhbar, biasanya bercakap tentang syarikat, untung dan rugi atau penyata kira-kira, ini dia (media) tidak ada langsung ceritakan yang pelaburan dalam PSI telah menjana keuntungan sebanyak AS$487 juta (RM1.49 bilion), pelaburan ini telah membawa balik keuntungan yang begitu besar,” katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Yahaya Mat Ghani dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Sementara itu, menjawab soalan Senator Datin Rahimah Mahamad berhubung langkah meyakinkan kembali rakyat terhadap 1MDB, Ahmad Husni berkata, Deloitte dan KPMG iaitu sebuah lagi firma audit terkemuka telah mengeluarkan kenyataan bahawa laporan kewangan 1MDB bertepatan dengan standard laporan kewangan Malaysia serta standard laporan kewangan antarabangsa selain menepati syarat-syarat Akta Syarikat 1965.

Beliau berkata, komitmen kerajaan dalam memastikan ketelusan urus niaga 1MDB telah ditunjukkan apabila Ketua Audit Negara diminta mengesahkan akaun syarikat itu selain Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) melakukan penilaian terhadapnya.

“Kalau kita lihat secara rasional, tidak mungkin firma terbesar dunia ini mahu berbohong. Maka, pihak Kabinet memanggil, kita selaraskan satu demi satu dan minta 1MDB bentang, daripada situ Kabinet sepatutnya sudah berpuas hati tetapi oleh kerana kita mahu ketelusan, kita minta pula Ketua Audit Negara dan PAC yang ada pemimpin kerajaan dan pembangkang untuk berbincang,” jelasnya.

Dalam pada itu tambahnya, hanya pada 2014 1MDB mengalami kerugian dalam pelaburan sebanyak RM665.4 juta, bagaimanapun keuntungan diraih dalam tempoh empat tahun sebelumnya iaitu RM424.6 juta (2010), RM544.3 juta (2011), RM44.7 juta (2012) dan RM778.2 juta pada 2013.

Berhubung persoalan ditimbulkan mengenai wang 1MDB yang diletakkan di Pulau Cayman, jelas beliau, wang berkenaan sebenarnya dilaburkan ke pasaran seluruh dunia melalui syarikat-syarikat gergasi yang beroperasi di situ bukannya hanya disimpan semata-mata.

Jelasnya, dana berkenaan bagaimanapun telah dibawa balik tahun lalu yang sebahagiannya digunakan untuk membayar hutang, faedah pelaburan selain modal kerja manakala bakinya disimpan di Singapura bagi menyelesaikan hutang 1MDB dalam tempoh beberapa bulan ini.

KUALA LUMPUR 14 April

Penyata kewangan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) telah disahkan bersih dan menepati standard laporan kewangan antarabangsa oleh firma audit terbesar dunia, Deloitte yang menjadi juruaudit kepada syarikat pelaburan strategik kerajaan itu.

Kalau bersih mana duit bnyk2 tu?? 40bilion buat ape? xkan tetiba hilang??
Kalau rugi, projek ape yg smpai 40bilion tu? cuba detailkn.. puiii!!
 
Dia ni bagus jugak nih. Banyak
bekerja, kurang bercakap yang
pelik-pelik. Tapi tu lah, duduk
sebakul dengan yang tak bagus, jadi
lagu tu lah...
 
tunggu n lihat jerlah mcm ne kesudahannya nànti
 
Salaam.

Orang tanya mana pergi 42 Billion tu.

Tak habis2 corner baring ke lain.

Aku bukan suka sangat Tun Mahathir tapi dengan orang tua ni kau jangan main2.

Veteran berbisa dalam mentadbir negara.

Kau fire lah camana pun, dia counter attack kaw-kaw punya.

Cuma bila bab Islam, Tun memang out lah sebab banyak yang dia tak tahu a.k.a jahil

11127877_783619111750812_3816886229250118380_n.jpg
 
Last edited:
Sebelum nie.. Semua senyap...
Lepas GST.... Gaji naik.. Baru muncul.. Mcm vending mechine laa.. Masuk duit baru jilat... Puuii
 
Back
Top
Log in Register