BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penyangak tinggal najis

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUANTAN: “Cukup menjijikkan apabila pencuri terbabit meninggalkan tompokan najis sebelum melarikan diri bersama peti besi mengandungi pelbagai mata wang asing,” kata pengurup wang berlesen, Mushawwir Muhamed Jamaludin, 26, yang kerugian kira-kira RM140,000 selepas premisnya di Jalan Pasar di sini, dimasuki pencuri, semalam.

Dalam kejadian jam 3.56 pagi itu, kumpulan pencuri terbabit nekad memikul peti besi berkenaan setinggi kira-kira dua meter dan seberat 250 kilogram.

Sebelum kejadian, pencuri terbabit dipercayai menggunakan jentera hidraulik untuk membuka pintu aluminium sebuah pasar raya berhampiran premis mangsa.

Sebaik pintu dibuka, pencuri yang dipercayai lebih daripada seorang itu dipercayai masuk dan menebuk dinding premis mangsa sebelum menggeledah.

Menceritakan semula kejadian itu, Mushawwir berkata, dia menerima panggilan automatik melalui telefon bimbitnya sebaik alat penggera dipasang di premisnya berbunyi.

Menurutnya, dia kemudian menghubungi seorang pekerja, Mohd Nazar Abdul Hamid, 30, yang tinggal berhampiran dengan premis berkenaan untuk membuat pemeriksaan.

Katanya, sebaik pemeriksaan dilakukan, pekerjanya mendapati pintu depan premis terbabit terbuka sebelum mendapati pelbagai dokumen mengenai perniagaan berselerak.

Mushawwir berkata, dia yang tiba di premisnya beberapa minit kemudian mendapati wayar kamera litar tertutup dan alat penggera sudah dipotong pencuri terbabit.
 
itu ilmu hitam daaa..memang perompak ni akan tinggal najis selepas merompak utk tak dapat dikesan ...ada bacaaan2 ayat setan gak tu
 
ok la 2... skurangnya²nya pcuri 2 tggl taik die sbgai ganti..
 
itu ilmu hitam daaa..memang perompak ni akan tinggal najis selepas merompak utk tak dapat dikesan ...ada bacaaan2 ayat setan gak tu

yer ke?
mmg btoi2 hitam lah ilmu tu...:D:D:D
tp klu bwat dna tu agak2 lulus x?:)):)):))
 
Bukti DNA tu :eek:
 
250 kilo...berat sampai terberak....:))
 
indon punyer keje r ni...
 
Back
Top
Log in Register