BTC USD 61,879.1 Gold USD 4,406.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berat badan tinggal 17 kilogram

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
11,441
Joined
Jun 13, 2023
Messages
11,441
Reaction score
279
Points
146
SAKIT-scaled.jpg

Qiaoqiao kurus kering kerana menghidap penyakit ganjil atrofi gastrik kronik. – Weibo

BEIJING – Seorang wanita berumur 27 tahun di Guangdong, selatan China, meninggal dunia selepas lama bertarung dengan sejenis penyakit ganjil dina­makam atrofi gastrik kronik, menyebabkan berat badannya merosot sehingga tinggal hanya 17 kilogram, lapor laman  berita MSNews.

Menurut laman teknologi NetEase, pesakit dikenali sebagai Qiaoqiao di internet itu menarik perhatian orang ramai selepas dia memuat naik satu rakaman video pada 17 Julai lalu untuk merayu bantuan.

Pengguna internet kemudian mengesahkan dia meninggal dunia pada 17 Disember lalu.

Masalah kesihatan Qiaoqiao dilaporkan  berkait rapat dengan tekanan emosi jangka panjang yang dialami pesakit akibat  tragedi peribadi.

Dia ditinggalkan oleh ibunya sejak kecil, manakala beberapa tahun lalu, bapanya pula meninggal dunia akibat kanser perut.

Pakar-pakar perubatan percaya bahawa tekanan emosi berpanjangan mengganggu fungsi tubuh pesakit, seterusnya membawa kepada atrofi kelenjar gastrik, menyebabkan perutnya tidak lagi mampu melakukan  fungsi pencernaan.

Keadaan itu turut mengakibatkan kegagalan sistem penghadaman dan akhirnya membawa kepada kegagalan pelbagai organ di dalam badan pesakit.

Berat badannya pula merosot daripada lebih 45 kilogram kepada kira-kira 17.5 kilogram.

Sepanjang tempoh dia jatuh sakit, satu-satunya ahli keluarga yang sentiasa berada di sisi Qiaoqiao ialah saudara lelakinya.

– AGENSI

 
Back
Top
Log in Register