BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mangsa Kebakaran Di Kampung Chabang Tiga Tinggal Sehelai Sepinggang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
8e8c9a936de59aa170f0abf1a6c36a0869d0d6d29d66d

44d1b706a02b8b3b3d7098c013d3a9f269d0d6c914ffb

Foto: Mustaqim Khairuddin

Kebakaran lima rumah di Kampung Chabang Tiga, Kedai Buloh, di sini menyebabkan kira-kira 30 penghuni tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah 100 peratus.

Seorang mangsa, Nor Lilis Zaidi, 23, berkata dia bergegas pulang sebaik dimaklumkan jiran, namun tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan barangan di dalam rumah kerana api marak sangat kuat.

"Ketika kejadian saya dan ayah, Zaidi Abdullah, 50, tiada di rumah. Sebaik mendapat panggilan mengatakan rumah terbakar, saya terus pulang tetapi api begitu marak.

"Saya kini terpaksa tinggal di rumah emak di Kampung Kijang kerana kesemua barangan di dalam rumah  terbakar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, kakak kepada Nor Lilis, Norly Atira, 28, pula berkata dia yang menetap di Melaka terus pulang ke Kelantan sebaik menerima berita kejadian tersebut dan terkejut apabila melihat rumah yang didiami ayah serta adiknya hangus.

Dalam kejadian kira-kira 9.45 malam itu, sebanyak lapan rumah terbakar dengan lima daripada rumah berkenaan musnah 100 peratus, manakala bakinya terbakar 10 peratus.

 
Back
Top
Log in Register