BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penuntut IPTS Tular Memandu Mabuk Didakwa Bunuh Warga Emas

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Penuntut IPTS Tular Memandu Mabuk Didakwa Bunuh Warga Emas​

ad09e8b86e2b2da8f6bee97726b764185e3a411dec1cf


Seorang penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang tular kerana didakwa memandu dalam keadaan mabuk, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas, minggu lepas.

N. Vishwesh, 23, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Maslinda Selamat namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa membunuh Eng Kim Kheng @ Ng Kim Swee, 78, di Kilometer 38, Jalan Klang-Banting-Port Dickson, dalam daerah Kuala Langat pada 7.20 malam 7 Ogos.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun berserta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Syafiq Yazid manakala lelaki itu diwakili peguam T. Mishant.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 1 Okt untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, tular rakaman video kemalangan di persimpangan lampu isyarat Kanchong Bengkok di sini, menunjukkan seorang lelaki didakwa memandu dalam keadaan mabuk manakala seorang lagi lelaki terbaring dengan kesan darah pada bahagian kaki.

 
Back
Top
Log in Register