BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tukang Cuci Didakwa Bunuh Warga Emas Ketika Samun

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,780
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,780
Reaction score
289
Points
146

Tukang Cuci Didakwa Bunuh Warga Emas Ketika Samun​

a3e309019fdf0ca34d1eb6e1ba5d4a726a0545448bbd7

Tukang cuci M. Manimaran (tengah) didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas ketika menyamun rumah mangsa minggu lepas.

Seorang tukang cuci didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas ketika menyamun rumah mangsa minggu lepas.

M. Manimaran, 27, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Asma' Nahdiyya Che Ab Rahim.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian Tang Kai Kong, 85, di Jalan Melayu, Ayer Tawar dalam daerah Manjung antara 3 hingga 4 pagi 7 Mei.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah disebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 20 Ogos untuk sebutan semula kes bagi laporan bedah siasat dan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nuranisah Ismah Muhammad Husaini manakala Manimaran tidak diwakili peguam.

Pada prosiding sama, Manimaran mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan dadah jenis methamphetamine di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung pada 12.30 tengah malam 8 Mei.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000, jika sabit kesalahan.

 
kenapa laa tangkap hidup spesis perosak nie...
 
Back
Top
Log in Register