combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,137
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,137
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Warga Emas Maut Kereta Terbabas Langgar Pagar Institut Memandu
Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta BMW yang dipandunya terbabas dan merempuh pagar sebuah institut memandu di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Alur Tuman di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Marang Superintenden Mohd Sofian Redzuan berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan berlaku kemalangan di hadapan institut memandu berkenaan pada 7.30 pagi.
Beliau berkata siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu mangsa berusia 65 tahun yang dalam perjalanan dari Masjid Kelulut menuju ke rumahnya di Pulau Kerengga hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kanan jalan dan merempuh pagar institut memandu berkenaan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada kepala. Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.